Friday 3 May 2013

Solat Sunat Istikharah Menjelang GE13 - Tips Memilih Pemimpin

Salam Jumaat,

Debaran Pilihan Raya Umum ke 13 semakin terasa. Harap semua yang dah layak mendaftar telah mendaftar di SPR (SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA). Pilihan di tangan anda.

Aku 1st time mengundi. Masih neutral. Masih mentah. Tak tau muslihat politik. Hanya jadi orang tengah. Dengar je kata dua-dua pihak. Dok perhati je. Masih tak tau nak pangkah mana.

Pelbagai Manifesto kita dengar. Pelbagai aku janji. Calon-calon Pilihan Raya sudah kita ketahui. Semua hebat-hebat, kalau tak hebat tak mungkin tercalon. Harap tak ada yang dengki khianat. Harap semuanya berjalan lancar. Harap semuanya berfikiran matang tanpa membuat kacau di mana-mana tempat.

Dan bila keputusan di umumkan nanti, harap semua terima dengan baik keputusannya. Harap semua terima yang ia adalah takdir, ia adalah ketentuanNya. Harap tak ada yang kata tak BERSIH.




Aku belek-belek buku-buku yang pernah aku beli di MPH. Sedikit kekurangan masa untuk membaca semuanya. Tersemak pasal Solat Sunat Istikharah dari buku '110 Solat Sunat Besera Zikir dan Doa Ringkas' tulisan Ustaz Ku Muhammad Asmadi keluaran Pustaka Al Ehsan.




Jadi sangat bertepatan dengan aku. Hati masih tak tahu nak pangkah yang mana satu. Harap ia membantu.

Ramai buat Solat Sunat Istikharah ni sebab nak cari jodoh. Banyak sebenarnya kelebihan membuat Solat Sunat Istikharah ni. Just kita tak membaca untuk mengetahui lebih je.

Macam mana cara menunaikan Solat Sunat Istikharah? Sangat mudah, hanya 2 rakaat. Korang boleh google beberapa site untuk maklumat lebih terperinci mengenai panduan dan cara menunaikannya. Tak pun boleh dapatkan buku yang aku mentioned di atas. Penerangan ringkas mengenai cara menunaikan lebih 100 jenis solat sunat dengan saiz yang begitu kompak dan harga yang sangat berpatutan.


Semoga dipermudahkan. In-Shā’-Allâh


Till then, Salam

-zuan-
p.s: sejak praktikal kat solaris ni, dah 2 orang artis aku jumpa, Amy Search dan Rich Estranged. Hopefully pasni leh jumpa Hanis Zalikha, nak tengok sapa lagi tinggi..hehe 


click ads to show your support (",)

12 comments:

  1. marilah kita menjadi pengundi yang beriman dan ohsem :D

    zuannnn, u dgn hanis zalikha u (tetiba u i u i,getik i )tetap pendek,eh kbai...larikkkkk :P

    ReplyDelete
  2. selamat mengundi~ saya first time jugak!
    suami pun suh buat solat istikharah ni sebab tak tahu nak undi mana.

    ReplyDelete
  3. betul, aku baru buat entry psl berdoa dan bertawakal jugak..aku pun first time mengundi, dua2 pihak aku ambil tahu..harap2 aku membuat undi yg tepat..amin~ selamat mengundi :)

    ReplyDelete
  4. serious, memang kena buat solat ni. hehehe

    ReplyDelete
  5. mntk petunjuk dari-Nya untuk buat keputusan yg baek..
    Allah Huakbar

    ReplyDelete
  6. aku dafatar lewat weh..tak dapat mengundi.. haha

    ReplyDelete
  7. selamat mengundi yer bro...:)

    ReplyDelete
  8. Saya x sempat nk mgundi lg, next 5 years baru boleh, and same laa still neutral, tp x terfikir pulak nk buat istikharah, thanx ingatkan pasal solat istikharah tuh, nnt sblm saya mgundi wajib istikharah dulu nih.

    Nice to see your blog, i'm new in blogging, please do visit mine too

    insanbiasabiasa@blogspot.com

    ReplyDelete
  9. my god! aku pun konpious nak pilih pemimpin yang mana satu untuk tempat aku...then aku google nama2 mereka di internet dan harapnya aku telah membuat pilihan tepat huhuhu

    ReplyDelete

Every comment worth a thousand thanks.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...