HOlla Peeps,
Ramai tanya or tegur aku;
"Kurus la kau ni" > maksudnya aku ni kurus
"Awat hang ni kecik sangat?" > maksudnya aku ni kecik (atau 'comel')
"Awat hang ni pendek sangat" > maksudnya diorang kurang ajar (ok gurau)
Ok ok aku tau aku secomel
Yuyu Zulaikha, dan korang nak puji aku sebenarnya kan???
Admit it!!! #LOL
|
Gambar time aku dalam train OTW ke Hat Yai. Time ni dalam 56kg |
Alright, dah lama niat aku nak naikkan berat badan aku sebenarnya.. Tapi tak naik-naik.. Sampai la satu masa, aku betul betul bagi komitmen untuk naikkan gak.. Dan aku makan makan dan makan (
sapa follow instagram aku tau la apa aku makan). Ini juga salah satu Langkah Kanan untuk aku jadi salah satu host Jalan Jalan Cari Makan musim baru nanti barangkali? Hehe
|
Ayam memang makanan favorite aku, yang sedikit kecewanya tak ada gambar aku makan burger. |
And now, berat aku dah mencecah 61kg! Alhamdulillah, berbaloi segala 'usaha makan' aku hehe..
Pada yang ada niat nak naikkan berat badan, jangan lupa baca bismillah sebelum makan, sebab kalau tak baca, bukan kita yang kenyang, 'Sang Bertanduk' yang kenyang hehe.. Dan pada yang niat nak turunkan berat badan tu, sila sila la ke Fitness Concept or mana-mana kedai yang menjual alatan untuk workout atau bersukan. Tak yah la percaya sangat dengan produk fat burner tu, menghabiskan duit je..
Alright, sampai sini je entry pendek aku.. Harap ada peluang untuk mengarang lebih panjang di masa hadapan.. Adiós~
-zuan-
p.s: save gaza! Jangan putus-putus berdoa untuk mereka..
click ads to show your support (",)