Setiap insan di dunia ini tak pernah lepas daripada ujian daripada NYA..
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda, jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila mereka ditimpa musibah, mereka berkata:
“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat hidayah”(Surah al-Baqarah 155-157).
Kita tak mungkin akan terfikir yang salah seorang sahabat rapat kita sendiri akan menikam kita dari belakang,
Kita juga tidak pernah terfikir yang peristiwa silam yang ingin kita lupakan akan kembali semula menghantui kita,
Kita juga mungkin tidak sedar yang sedikit demi sedikit kita mula rasa berang akan sesuatu atau seseorang..
Kadang juga kita disakiti oleh seseorang dengan suatu cara, tetapi kita tetap sabar dengan ujian itu.. Tapi apabila kita menggunakan cara yang sama kita disakiti, kita berterusan dihina dan di pulaukan..
“Tidak seorang muslim pun yang ditimpa keletihan, penyakit, susah hati, sedih, disakiti orang, derita, sehingga jika sebatang duri menikamnya, kecuali Allah memadamkan dengan itu semua dosa-dosanya”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dan kita sering terlupa yang Allah SWT sedang menguji kita..
Apa yang kita lakukan adalah mengeluh, marah, memaki hamun dan melakukan perkara yang mungkin akan merosakkan akhlak kita demi melepaskan amarah yang hanya sementara berada di dalam diri kita..
Kepada Bro Jejai, diharap tabah menghadapi ujian daripadaNYA..
-zuan-
p.s: selamat hari meredeka semua! diharapkan tiada kekecohan atau kecelakaan berlaku ketika majlis menyambut kemerdekaan diadakan..
click ads to show your support (",)