Showing posts with label review unifi. Show all posts
Showing posts with label review unifi. Show all posts

Thursday, 16 February 2012

> Tech Thursday : Unifi

HOlla Peeps,

Unifi! Unifi! Unifi! Semakin hari semakin ramai kawan aku yang dah berpindah ke Unifi! Pada yang tak tau, Unifi bukanlah sebuah Universiti seperti yang menawarkan kursus menjadi jutawan hartanah atau kursus menulis blog PHD yang bagus aku bayangkan selama ini! (Alright, enough with joking #LOL)

TM Unifi adalah perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi (high-speed broadband) yang menawarkan penghantaran lebar jalur pada kelajuan rangkaian 5Mbps dan ke atas. Pakej itu termasuk TM Homeline. Tiada bayaran  berasingan untuk sewa talian tetap TM (Fixed Line Rental). Pengguna hanya perlu membayar yuran langganan bulanan tunggal untuk kedua-dua perkhidmatan dan menikmati tawaran Pelan Panggilan seperti panggilan tanpa had ke talian tetap TM seluruh negara dan serendah 10sen/minit ke semua panggilan mobile. (rujuk laman web TM untuk maklumat lanjut)

Pakej yang ditawarkan

Menarik pakej yang ditawarkan dengan harga yang, errr boleh tahan mahal untuk student yang tak ada pendapatan tetap macam aku. Alright berminat? Maaf aku bukan agent TM yang mana aku akan dapat bayaran komisyen setiap kali aku dapat customer (hehe), aku hanya seorang blogger yang suka berkongsi sesuatu dengan pembaca! Apa yang menarik? Alright, di laman web TM, ada sediakan function atau aplikasi yang mana membantu mereka yang ingin melanggan Unifi tetapi tidak tahu pakej yang mana yang sesuai untuk mereka langgan. Korang boleh try Pakej Recommendation (seperti yang dibulatakn di gambar di bawah)



Apa yang perlu korang buat adalah jawab soalan yang diberikan (ada 6 soalan) sebelum aplikasi ini mengira dan mengeluarkan result pakej yang mana yang wajar korang langgan.










Simple bukan? Jadi pada yang ingin melangan Unifi tapi tak tau pakej yang mana yang sesuai, function ini boleh membantu.Korang boleh baca beberapa review Unifi yang yang ditulis oleh penggunanya yang aku jumpa. Ada yang berpuas hati, dan ada yang hmm.. (link 1, link 2, link 3)  

Well better dapatkan review dari pengguna Unifi sebelum mula melanggan.. (",)



-zuan-
p.s : aku masih pengguna setia celcom broadband student package.. harap maklum yang entry ni bukan untuk Shakiddo huhu  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...