Showing posts with label twitter apps. Show all posts
Showing posts with label twitter apps. Show all posts

Thursday, 11 August 2011

> Tech Thursday : Widget Wibiya

HOlla Peeps,

Sepeti yang anda sudah sedia maklum, hari khamis adalah hari Tech Thursday yang aku akan selalu buat yang mana aku akan publish entry/artikel mengenai teknologi seperti software, dan hardware.. Ia tak semestinya tertumpu pada komputer sahaja kerana minggu lepas aku ada terbit entry mengenai Jam LED Touch Screen. Minggu ni aku nak cerita mengenai widget cool dari wibiya.Dah lebih kurang 1 minggu aku menggunakan widget wibiya, dah thanks to blogger ni ROT dan Tengku Nizam aku kenal widget cool macam ni..


Jom berkenalan dengan widget cool ni
Wibiya adalah widget bar yang mana pengguna boleh menambah pelbagai aplikasi web. Bar Wibiya ini adalah  customizable yang mana pengguna boleh design mengikut keseuaian site pengguna seperti konfigurasi warna bar, pengguna juga boleh add features, plugin dan apps yang akan memudahkn dan memantapkan site mereka dengan percuma! Lebih info anda boleh lawat laman web wibiya sendiri http://www.wibiya.com/

Wibiya Bar diletakkan di bawah site anda Jika anda tengok pada belah kanan, ada button "POWERED BY wibiya" ia akan membawa anda ke dashboard wibiya anda dimana anda boleh konfigurasi wibiya bar anda.

Pada bulatan yang berbentuk orang itu adalah notifikasi /notification dari wibiya,
klik untuk lebih info

Ini adalah antara apps favourite aku, ia menggantikan shoutbox aku (so korang faham la function dia kan?).. i like it

Widget cool yang menunjukkan current visitor pada blog anda, siap bagitau lokasi lagi

Plusone, Ramai gagal gunakan function ni dengan baik, ok plusone ni an, function cool dari google, lagi tinggi +1 ni, lagi senang orang nak carik artikel korang kat google, ala-ala facebook like button, tapi ni lagi best sebab membantu dalam search engine google. (try tekan kat bawah)

Blog anda tahap international? Apps ni memang sesuai sebab dia akan translate kan language untuk readers anda (kalau yang suka short form tu memang tak ada la jawabnya)

Pada pengguna RSS feed, boleh subscribe dengan menekan butang ini

Sharing memang penting kalau nak promote blog, jadi anda boleh menggunakan apps ni untuk share artikel anda di facebook, twitter dan sebagainya.

Recent post, anda boleh dilihat disini.. lebih kurang sama function dengan blog archive tetapi kelebihan recent post apps ni ia menyatakan sedikit description mengenai artikel itu

Twitter button, Penggemar twitter mesti ada apps ni, ia memaparkan recent tweet, search tweet dan anda boleh tweet dari sini tanpa buka twitter anda
Facebook button, Kalau anda ada facebook page / fan page, boleh guna apps ni 

Facebook like button

Setelah 1 minggu menggunakan widget ni, aku sangat berpuas hati.. Rating? Err full la aku bagi, sebab semua apps yang aku nak ada, dan tak perlu membazir widget memberatkan blog (try tekan kat bawah)..


-zuan-
p.s : mau tengok rise of planet apes, but kesempitan masa.. ops tekan-tekan la like button kat bawah tu ye.. hehe(",) 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...