Semakin lama semakin banyak produk-produk baru yang dikeluarkan pengeluar barangan elektronik, khususnya produk berkenaan komputer. Kalau jalan-jalan di kawasan bandar terutamanya, semakin ramai mengusung tablet pc di tangan masing-masing.
Dan jika kita ke kedai-kedai komputer, harga laptop semakin lama semakin murah, bayangkan dulu sebelum sambung belajar di UiTM, aku mengumpul duit dengan bekerja nak beli lappy punya pasal, sekarang "Abah, nak laptop" senang-senang je adik aku dapat (dalam setahun tu, bezanya sangat besar) Semakin lama harganya semakin murah, sebab apa? Sebab makin banyak persaingan, masing-masing berlumba-lumba mengeeluarkan produk terbaik dengan harga yang murah.
Semua perlu touch~
Sedar atau tidak, Microsoft dalam perancangan nak mengeluarkan Windows 8 pada hujung tahun hadapan (2012) dan pastinya ketika itu, semua aplikasi memerlukan touch screen (jadi Tablet akan semakin banyak digunakan ketika itu), dan jika anda merancang untuk membeli komputer (jenis desktop) pastikan anda membenar-benar tepat dengan keputusan anda, kerana semakin banyak teknologi menggunakan touch screen pada masa kini, jadi desktop pada mudahnya, akan semakin outdated (tapi masih bagus digunakan untuk membuat kerja multimedia dan untuk menonton movie)
Kenapa perlu tablet?
- Portability adalah keutamaan korang.
- Korang inginkan kepuasan menggunakan applikasi touchscreen.
Kenapa Laptop?
- Kepuasan menaip keyboard (tapi jangan lupa yang tablet ada extension untuk keyboard).
- Kapasiti menyimpan data yang lebih besar.
Kenapa Desktop?
- Berkeupayaan lebih tinggi dari lappy dan tablet.
- Tahan lama.
Secara konklusi
Laptop dan tablet mempunyai kelebihan masing-masing bukan? Pendapat aku secara peribadi, jika korang merancang untuk mendapatkan Tablet pada masa kini, fikir lagi, sebab Tablet masih banyak kekurangan, ia masih mahal, leceh untuk menaip dan jika ada keyboard pun perlu extension keyboard, storage kecil dan tak mampu menampung banyak software di dalamnya, dan saiz skreen yang kecil jadi kepuasan menonton movie dan banyak lagi adalah di taham minima. Buat masa ni, Lapotop masih melengkapi keperluan kita bukan?
-zuan-
p.s : insyaAllah malam ni aku balik seremban, cuti raya haji selama seminggu (",)