Pasti ramai yang sudah biasa dengan QR-Code kan? Eh tak tau? Alright QR Code atau secara asasnya Quick Response, sudah menjadi perkara biasa di Negara Matahari Terbit, dan kebanyakkan smartphone di sana sudah mempunyai aplikasi yang boleh membaca kod sebegini.
QR code ini menukar URL, vCards atau apa bentuk text kepada pixels segi empat (two-dimensional code) yang korang boleh scan atau imbas menggunakan smartphone anda tanpa perlu menaip apa-apa.
![]() |
QR Code Saiazuan Blog |
Cuba scan code diatas, dan ia akan membawa anda ke blog ini, cool bukan (huh tak cool?)??? Tak perlukan asas pengaturcaraan atau knowledge komputer yang tinggi untuk membuat QR Code ini.. Macam mana nak buat? Anda boleh dapatkan QR Code blog anda dengan ke sini (QR-Code Generator) dan masukkan url, phone number, sms atau text di dalam kotak 'content' yang disediakan.
Untuk pengetahuan anda QR ni banyak digunakan untuk pengiklanan, flyer, poster, jemputan, kupon dan sebagainya.. Jom layan video di bawah untu anda lebih memahami QR Code.
Jadi pada mereka yang masih belum mempunyai smartphone yang mampu scan QR code, cepat dapatkan sebuah kerana ia memudahkan hari anda.
Ops, pada yang belum perasan akan beberapa perubahan kecil pada blog ni, aku telah meletakkan QR Code pada header, dan menambah tab (pages) SB Works yang memaparkan koleksi-koleksi header, komik yang aku buat.. Dari masa ke semasa, tab (pages) akan ditambah..
Ops, pada yang belum perasan akan beberapa perubahan kecil pada blog ni, aku telah meletakkan QR Code pada header, dan menambah tab (pages) SB Works yang memaparkan koleksi-koleksi header, komik yang aku buat.. Dari masa ke semasa, tab (pages) akan ditambah..
-zuan-
p.s : banyak gadget-gadget idaman yang belum mampu aku miliki seperti ipad, galaxy s, kamera lumix, headphone beats, jam led, dan kereta golf gti (eh bukan gadjet tu)