Showing posts with label how to get there. Show all posts
Showing posts with label how to get there. Show all posts

Monday, 30 January 2012

> Pertama Kali Sampai

HOlla Peeps,

Aku memang tak familiar dengan Kota Damansara dan memang aku akan tertanya-tanya, "Apa ada kat sana? Macam mana nak ke sana menggunakan public transport?"

So ada satu event invitation yang meminta aku ke sana.. Jadi aku selidik la macam mana nak ke sana dengan mudah dari Seremban.. Dan aku dapati ada 2 kaedah untuk ke sana iaitu dengan menaiki bus or KTM ke KL, then berenti di Pasar Seni (kalau menaiki bus) atau berhenti di KL Central (kalau menaiki KTM), then naik la Train Rapid KL (Putra) ke Kelana Jaya (last station) dan naik Cab untuk ke Sunway Giza Mall.

First time nak ke sana memang tak boleh gambarkan macam mana tempat tu. Bila sampai kat Kelana Jaya aku pada mulanya nak naik bus sebab nak save duit sikit, tapi bila tengok je masa, memang saving tu terpaksa tolak tepi dan aku decide untuk naik cab. Tanya uncle cab, mau ke Sunway Giza Mall Kota Damansara, dia dah pening dan ingatkan yang tempat tu dekat Sunway Pyramid. Tapi bila aku sebut Kota Damansara je, dia baru boleh catchup tempat tu. Memang jauh sebenarnya Sunway Giza dan Sunway Lagoon, kedua-dua tempat tu menggunakan nama Sunway, tapi lain lokasi (kalau nak cerita dengan detail memang aku tak ada idea mengenainya, tak pakar beb~)

Misi aku pada ahad (29/1/2012) lepas adalah untuk ke Sunway Giza Mall! Tapi apa kes aku ke sana? Sambungan persoalan ini di entry seterusnya.. Hehe

Bangkok House(Sunway Giza Mall)


-zuan-
p.s : terlepas tengok beberapa persembahan hebat AJL 26.. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...