Showing posts with label Nikon V1. Show all posts
Showing posts with label Nikon V1. Show all posts

Thursday, 9 February 2012

> Tech Thursday : Antara SmartPhone dan Kamera

HOlla Peeps,

Tech Thursday kalini agak personal sebab ia meminta pendapat pembaca mengenai apa produk yang patut aku utamakan untuk miliki terlebih dahulu. Galaxy Nexus dan Nikon V1! Kedua-dua produk ini ada kelebihan masing-masing pada pendapat aku.


Ada sebab yang kenapa aku perlu memiliki phone baru, iaitu phone aku sudah dikira outdated sebab belum into platform Android, dan jika ada phone baru rasanya lebih mudah untuk aku online dan blogging di mana sahaja aku ada.
 
Kalau dicerita mengenai smartphone ni, semua sedia maklum yang kita takkan dapat mengejar evolusi phone itu sendiri, sebab dalam beberapa sahaja macam-macam model hebat akan ada dalam pasaran untuk menyayingi dan mengatasi model-model yang sedia ada. Yang terbaru, Galaxy Nexus! Baru sahaja Samsung mengeluarkan Galaxy Note, dan masih lagi hangat di pasaran, Nexus pula keluar untuk terus menghangatkan punggung dan mengeringkan wallet peminat smartphone terutamanya yang meminati platform Android.


#justNexusIt
Apa yang best pasal Galaxy Nexus?

  • Ia adalah Smartphone pertama yang menggunakan OS Android 4.0 Ice Cream Sandwich!
  • Design yang elegant dan smart!
  • Mempunyai function untuk Check Data Usage, Widgets Galore, Multitask, Notification, Web Browsing, Type With Voice, Rapid Fire Typing, Screenshot, Function Hangout pada G+, Awesome Aps & Games, Google Maps, dan banyak lagi.
  • Super AMOLED 720p Screen yang anti calar dan mempunyai resolusi skreen yang hebat.
  • Mempunyai HD Video Cam, dan 5MP Camera (1.2 MP Rear Camera)!
  • 1.2 GHz Dual Core Processor. 16 GB Internal Memory
  • Harga : RM2,099.

Ini pula antara sebab yang membuatkan aku rasa aku perlu memiliki kamera.

Haha ok, salah seorang pembaca blog ni mencadangkan yang aku membeli kamera,



Sebab untuk aku memiliki kamera pula adalah kerana belum ada kamera untuk family, yang mana kalau sebelum ni kitorang ke mana-mana hanya gunakan kamera phone. Sebab yang lain pula adalah aku hanya mampu download gambar yang diupload kawan di facebook dan blog, haha tak mampu nak upload yang sendiri punya.

Kenapa Nikon V1? Ia lebih kecil daripada DSLR yang biasanya kebanyaakkan photographer miliki. Bagi aku yang masih belajar (travel jauh beb), memang memerlukan kamera bersaiz kecil kerana ia mengurangkan kuantiti barang yang perlu aku bawa ketika balik ke rumah. Ye la, banyak baju yang tak basuh lagi, tu yang nak bawak bali ke rumah terus, suruh umi basuh hehe. Antara sebab aku ingin memikili kamera adalah untuk merakam detik-detik masam-masam manis sepanjang hidup aku. Dan aku sebenarnya meminati panorama dan makro(bunga, kumbang, etc yang kecil untuk diteliti mata kasar). Antara yang best pasal kamera ini lagi, ia boleh tukar lens sama seperti kamera DSLR yang lain. Tapi malangnya harga kamera ini mencecah RM 2,858.


Hmm rasanya cukup kot alasan-alasan aku untuk memiliki kedua-dua produk, tapi malangnya aku hanya boleh membuat satu pilihan kerana duit aku bukan sebanyak duit jutawan yang mampu beli apa sahaja tanpa perlu berfikir panjang.

Atau patut ke aku simpan je duit tu? Hmm.. Apa kata klik iklan nuffnang aku untuk bantu aku capai impian aku..hehehe


-zuan-
p.s : try search 'tech thursday' kat google, alhamdulillah aku antara kelompok teratas hasil carian (",) 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...