Monday, 10 August 2009

>m4Th 1+2-3*4/5=???

Matematik...

Subjek yang kurang atau tidak pernah digemari semua orang(pelajar) waktu di sekolah dulu(termasuk aku.. hehe..), tetapi menjadi subjek 'santapan' lazat para 'nerd' di sekolah...
Waktu disekolah dahulu sewaktu mata pelajaran math secara automatik mataku menjadi sayu, kepalaku menjadi kaku dan lidahku menjadi kelu(berdebar-debar melihat gadis idaman hati???)..
Segala yang diajar cikguku(walaupun cikgu tu lawa) tidak masuk ke dalam kepala(tah asal tah!!!).. Aku bagai dirasuk agar jangan dengar, jangan faham, dan jangan fokus ketika diajar ilmu MATEMATIK.. Mengapa???
Tak lama kemudian ujian pertengahan tahun berlangsung.. aku berjaya menjawab soalan untuk setiap subjek, tetapi.. tetapi math??? hampeh!!!fail kot!!
Beberapa hari kemudian aku ternampak gadis idaman ku.. aku mendapat khabar dia adalah seorang pelajar yang pintar dan adalah pelajar paling handal math dalam sekolah.. neeh???
harapan pudar???
Disaat itu aku mula meletakkan azam! azam untuk belajar math dan menjadikan math mata pelajaran kegemaran ku!!!(demi seorang gadis???)
Pagi, petang, waktu sekolah so tak ada masa belajar math, jadi waktu malam aku bertungkus lumus belajar math, aku ikuti kelas tambahan math dan pada ujian akhir aku membuat kejutan di sekolah.. Aku telah mendapat markah tertinggi dalam mata pelajaran math sekaligus berjaya menewaskan 'si dia'..
Jadi pada petang itu aku berjumpa 'si dia' di kantin sekolah.. berdebar-debar hatiku ingin melafaskan sesuatu.. 'dia' pandang tepat ke mataku dengan pandangan yang menggodakan.. dengan selamba aku berkata "haha!! i am number 1!!!!" dan berlalu pergi dari situ..


p/s: kisah ini adalah rekaan semata mata, jadi jangan ambil hati.. bagi mereka yang meminati math, teruskan minat anda! Dan bagi yang tidak meminati langsung anda perlu faham kepentingan math di dalam kehidupan kerana math itu adalah seni, seni yang sangat berharga jika diteliti.. ^_^


m.a.t.e.m.a.t.i.k.

Gabungan 9 huruf menjadi satu perkataan yang digeruni tetapi mempunyai pengaruh yang sangat kuat diseluruh dunia!! Ia juga adalah sains yang mengkaji kuantiti, struktur, jarak, dan perubahan..

sila rujuk laman web dibawah untuk rujukan..
http://en.wikipedia.org/wiki/Mathematics

1 comment:

  1. aiyok! tak boleh minat lahh.. maths memang sangat menyakitkan kepala.

    ReplyDelete

Every comment worth a thousand thanks.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...