Monday, 8 April 2013

Ke Puncak Bukit Broga - Pendakian Bukit Broga

HOlla Peeps,

Gunung Daik Bercabang Tiga,
Bukit Broga Ku Tawan Juga.. 
#AlaaaaaaBukitAmaturJePun


Ada Google Maps, apa susah?


Terletak di Semenyih, Bukit Broga juga dikenali sebagai Bukit Lalang oleh pendaki bukit bukanlah tempat yang asing untuk penggemar Hiking dan Nature. Bergerak di pukul 4 pagi dari Senawang pada Sabtu lepas boleh dikatakan sedikit lewat jika di kirakan waktu travel + mendaki untuk tiba ke puncak, tetapi tidak mematahkan semangat empat jejaka idaman Malaya.

Tiba di kawasan perkir kereta di bawah Bukit Broga, di sekitar pukul 5, Kelihatan begitu banyak group yang bersiap-siap untuk menaki. Kami mula mula mendaki pada pukul 5 lebih.


Start With 4, End With 4.


Kelihatan begitu banyak group yang juga ingin melihat Sunrise di Puncak Bukit Broga yang berada di ketinggian 400meter. Tak kira lelaki, perempuan, tua dan muda mahupun kanak-kanak ingin ke atas dengan determinasi masing-masing.

Penuh dengan batu dan tanah yang sedikit licin, jika tidak menggunakan kasut yang sesuai mungkin sedikit menyukarkan pendakian, tetapi untuk sampai ke puncak, bukan sesuatu yang mustahil kerna banyak kawasan yang boleh dijadikan check-point untuk charge semula tenaga. Torch light memainkan peranan utama supaya petunjuk jalan ketika merentas rimba.

Kami berjaya tiba ke puncak bukit lebih kurang pukul 8 lebih kerna sedikit kesesakkan untuk naik ke puncak membataskan perjalanan kami. Matlamat utama untuk melihat Sunrise tidak kesampaian. Antara alasan paling tepat adalah, ketidak 'fit' an kumpulan. Mengikut anggaran jika dalam keadaan fit, boleh tiba di puncak dalam kurang sejam.


Tiga Jejaka Idaman Gadis-Gadis Sunti 
(Tak termasuk photographer yang merupakan idaman Izara Aishah)


Akibat sedikit kelewatan ke puncak,
dan ke 'Mainstream'an Bukit ni, 
tak banyak gambar menarik dapat di tangkap untuk dipertontonkan


Kenangan di Bukit Broga


Lepas ni kita naik Gunung Datok pulak pulak ke an an an..hehehe



Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: dah mula rasa nak jadikan mendaki sebagai salah satu hobi selain jejalan dan menonton wayang :) 


click ads to show your support (",)

25 comments:

  1. Aku langsung tak pernah naik bukit broga ni. Haha

    ReplyDelete
  2. salam isnin
    apa khabar hari ini
    singgah pagi :)

    ReplyDelete
  3. macam baca situs penampan bahasa indonesia pon ade dah nih..adehhh bebelit lidah aku jap

    ReplyDelete
  4. satu cbrn nek bukit broga ni die takde tali keselamatan masa naik bukit dkt dalam hutan tu. tp bile dah naik tu oke laa,cntek kan pemandangan tu. sejuk giler dok atas tuuuu

    ReplyDelete
  5. boleh sesat tak ? kehkeh .

    cantiklah wei pemandangan dia . hermmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengan track yang ada, inshaAllah takkan sesat :)

      Delete
  6. bestnye awk....nnti ada rezki, rietta pown nk ke sana jugak...

    ReplyDelete
  7. perghh.... gaya macam atlet sukan extreme la memasing.... abang TOUGH....hahahahaha

    ReplyDelete
  8. alaaa syg nyer x dpt tgk matahari terbit..x pe next time ada lg..

    ReplyDelete
  9. tahniah la sbb berjaya sampai ke puncak :-)

    ReplyDelete
  10. dah lame teringin nak panjat.. huhuhu.. bile ek

    ReplyDelete
  11. hasrat nk ke puncak xkesampaian lg..bz ja memanjang..:D

    ReplyDelete
  12. then boleh tawan Gunung Kinabalu pulak bro...:)

    ReplyDelete
  13. dkna teringin nak naik broga tapi tak ada geng yang ajak dkna :(

    ReplyDelete
  14. jejaka idaman sangat nih hahahaha.

    ReplyDelete
  15. macam nak kena serang je ni bukit broga ni..hehehe

    ReplyDelete
  16. wah..syok tu..xpernah lg daki gunung..teringin..huhu

    ReplyDelete
  17. bestnya..dh lama teringin nk naik tp xsempat lg.

    ReplyDelete
  18. teringin kempunya nak pergi banyak kali dah dengan kawan2 tapi masa masih tak mengizinkan.. ah! jeles >,<

    ReplyDelete
  19. bestnya dpt pei mendaki..
    sy teringin nak try activity mcm nie...
    tapi, belum berkesempatan lagi..huhu..

    ReplyDelete
  20. naik broga tak ajak pon bro.wuuuu..sedih la ini macam

    ReplyDelete
  21. Akak teringin nak ke sini.. :(

    ReplyDelete
  22. "kerna sedikit kesesakkan untuk naik ke puncak" ramai org ke sebab pancit zuannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn,hik....zuannn,hobi yg menarik ! best kot hiking :D

    ReplyDelete

Every comment worth a thousand thanks.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...