Showing posts with label kl gangster. Show all posts
Showing posts with label kl gangster. Show all posts

Wednesday, 22 June 2011

> Keywords???

HOlla Bloggers, 

Keywords, the words that are used to reveal the internal structure of an author's reasoning (reff wiki)
Terkejut aku yang blog aku ni ada gak bantu pencari-pencari maklumat kat luar sana.. ;)


aku pun lupa sebenarnya entry-entry aku yang aku tulis, ye la, dah dekat 190 entry aku tulis, dan kat bawah ni antara entry aku yang berjaya dijumpai mengikut keywords



-zuan-
p.s tidor lambat je habit aku skarang ni.. adoi~

Wednesday, 15 June 2011

> Harap Membantu

ALRIGHT, NO MORE WORDLESS WEDNESDAY!!! HEHE!!!! ;D

HOlla Bloggers,

Pada yang sudah biasa membaca Movie Review aq, hope korang berpuas hati dengan review-review yang aq buat setakat ni, setiap rating, dan komen yang aq buat berdasarkan pendapat aq sendiri dan berpandukan laman web filem itu sendiri.. Sebagai seorang yang suka tengok wayang, aq rasa best kalau share pendapat dan review aq tentang apa yang aq tengok dengan semua reader, dan suatu penghormatan kalau dapat komen mengenai review yang aq buat.. Aq masih lagi baru dalam reviewing ni, banyak lagi kena blajar, dan hope so far, review aq membantu la..



-zuan-
p.s mgu ni mungkin ada review dari aq mengenai green lantern

> Wordless Wednesday #3 Gangster


-zuan-
pic taken from here

Tuesday, 14 June 2011

> Movie Review : KL Gangster

HOlla Bloggers,

Dah tengok KL Gangster? Pada aq, ni salah satu filem Malaysia arahan Syamsul Yusuf yang perlu anda tonton tahun ini!!! Kenapa aq ckp macam tu? OK layan sinopsis ni dlu :


"Menceritakan kisah dari adik beradik yang terlibat dalam dunia gangsterism.Malek (Aaron Aziz) dipenjara selama lima tahun selepas dikhianati oleh geng sendiri yang dimulakan oleh Shark (Syamsul),saudara langkah dari gangster yang paling berpengaruh di Kuala Lumpur,King (Ridzuan Hashim). Malek yang menginginkan hidup normal selepas dibebaskan, ditarik kembali ke dunia yang ditinggalkannya setelah bertahun-tahun. Terutama kerana adiknya Jai (Adyputra) dipengaruhi oleh gangster dan memutuskan untuk bekerja untuk Shark membawa semuanya jadi dalam kekacauan."

Dengan durasi filem ‎selama 1 jam dan 21 minit, bergenre‎‎ Aksi, dan salah satu lagi filem produksi berjaya dari SKOP PRODUCTIONS, filem ini mampu meraih kejayaan besar dari segi kutipan dan anugerah (barangkali)! Kenapa aq cakap macam tu?

Storyline : Aq suka jalan cerita filem ni, dia tidak terlalu melalut panjang. Ia tersusun dan mudah difahami.

Humor : Komedi dah tak boleh diabaikan dalam sesebuah filem, sebab pada aq crita tu akan jd kosong tanpa komedi, dan dengan adanya Zizan, memang komedi menjadi walaupn keadaan tengah tegang.

Aksi : Aq bukanlah peminat filem aksi, tapi pada aq aksi gaduh dalam filem ni setanding dengan filem-filem aksi dari Hong Kong (Jackie Chan dan sebagainya).

Mesej : Sesuatu cerita perlu ada mesej yang ingin disampaikan kepada penonton, antaranya adalah tanggungjawab terhadap keluarga (walaupun Malik ni jahat pada awalnya, tp dia masih tak lupa akan mak dan adik-adiknya), Setia kawan, 'justice win at the end', dan banyak lagi.

Pelakon : Pilihan pelakon untuk cerita ni bagus pada aq, setiap karaktor berjaya dihidupkan, cuma pada aq, Syamsul tu patut fokus dengan directing je la, it would be better. Cuma lain kali kalau nk buat crita gangster2 macm ni, banyakkan lagi la pelakon tambahan sebab part fight tu terlalu fokus dekat main charactor dan mengabaikan pelakon tambahan (gangster kan besar? bukan patut ahli pun banyak ke?)

Lain-lain : Music untuk setiap aksi dan drama untuk crita ni sangat sesuai dan tersusun. Latar tempat shooting filem ini juga sangat baik, KL!!! Costume dan mekap pun ok, stiap karaktor nampak garang dan sepadan dengan pakain dan gaya rambut masing-masing


RATING : 8/10 (filem ni antara filem Malaysia paling best pernah aq tengok dan berbaloi tengok dua kali)


-zuan-
p.s aq slalu perbagaikan cara aq tulis movie review untuk memastikan setiap movie review aq menepati apa yang diinginkan pembaca.. next review > Super 8


Sunday, 12 June 2011

> Dah Puas?

HOlla Bloggers,

Pada peminat AF dan peminat Hazama, dah puas dengan konsert tadi? Secara jujur, aq bukan follower dan fans AF pun (so tak de la nk kritik-kritik pasal rancangan realiti tv ni), smpai ada kwn aq message aq soh tgk Hazama, then aq ckap "sape tu???" punya la tak kenal dengan peserta AF (yang agak overrated).. Adoi mana tak nye, aq keje tgk One Piece dan Blogging je.. hehe


-zuan- 
p.s tadi aq plan nk tengok KL Gangster, skali tak jadi lak sebab tiket abis, so tunda sok.. hehe alang-alang tu aq nk double la, super 8 skali.. hehe

Wednesday, 25 May 2011

> Filem Tempatan Seperti Pisang Panas

HOlla Bloggers,

Karak, KL Gangster, antara 2 filem yang bakal mengegar industri filem tempatan dimana semakin berkembang pesat industri perfileman kita. Kalau dulu, sangat kurang filem tempatan ditayangkan di pawagam, tetapi sekarang, setiap bulan mesti ada sekurang-kurangnya 2 buah filem dipertontonkan..

Disebabkan kesuntukkan waktu, aq masih belum sempat menonton filem Nur Kasih The Movie, yang mana aq harap dapat tontonya dalam minggu ini, supaya aq boleh membuat review mengenainya di blog aq ini.. aq juga belum sempat menonton Kongsi, dan Penunggu Istana kerana tiada teman yang berminat dengan filem sebegini.. mungkin aq perlu menjerit di telinga mereka supaya mereka lebih support filem tempatan...




p.s kebelakangan ni, tak banyak filem antarabangsa dan bergenre aksi berjaya menarik minat aq untuk memberi rating yang tinggi.. mungkin selera aq sudah berubah ke filem tempatan dan bergenre romantik


>>cita-cita ku menjadi direktor

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...