Showing posts with label jozan. Show all posts
Showing posts with label jozan. Show all posts

Saturday, 8 December 2012

Cinta Laman Social? Dr Fadzilah Kamsah, Johan dan Zizan

HOlla Peeps,

Takde benda nak update recently.. Got lots of things to submit by nextweek.. So weekend-weekend ni tengah ada free time, apa kata layan Talk Fadzilah Kamsah dengan 2 pelawak undangan mengupas mengenai bahana laman social.. layan~

Walaupun di atas pentas nampak gila-gila, tapi diorang ni memang pro bila berbincang mengenai isu seperti ini.




-zuan-
p.s: dah berapa banyak koleksi lego ferrari korang? 


click ads to show your support (",)

Friday, 26 August 2011

> Kurangkan Ketawa

HOlla Peeps,


Ketika duduk menonton sitkom di kaca tv yang masih montel dan belum menjadi nipis, aku tertawa terbahak-bahak mendengar lawak yang dibuat oleh duo yang salah seorangnya berambut afro dan seorang darinya behidung senget.. Aku tertawa tanpa menyedari batas-batas ketawa.. Kemudian ku belek-belek google, ye la google ni memudahkn pencarian informasi di masa kini, taip je, copat bonar dia kuar apa yang kita nak cari :


Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Umar r.a. berkata: "Pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. keluar kemasjid, tiba-tiba ada orang berbicara-bicara sambil tertawa,
maka Nabi Muhammad s.a.w. berhenti didepan mereka dan memberi salam lalu bersabda: "Perbanyaklah mengingati yang merosak kelazatan."
Sahabat bertanya: "Apakah yang merosakkan kelazatan itu?"
Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Mati."
Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. keluar melihat orang-orang sedang tertawa gelak-gembira,
maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepada mereka: "Ingatlah demi Allah yang jiwaku ditanganNyaandaikan kamu mengetahui sebagaimana yang aku ketahui nescaya kamu sedikit tertawa dan banyak menangis."
Kemudian dilai hari keluar pula dan melihat orang-orang sedang gelak ketawa sambil berbicara-bicara,
maka Nabi Muhammad s.a.w. memberi salam dan berkata: "Sesungguhnya Islam ini pada mulanya asing dan akan kembali asing, maka untung bagi orang-orang yang asing pada hari kiamat."
Ditanya: "Siapakah orang-orang asing itu pada hari kiamat?"
Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Ialah mereka yang memperbaiki dimasa kerosakan manusia." (Yakni jika manusia telah rosak moralnya (akhlak) maka mereka tetap memperbaiki akhlak mereka.)

jangan lah jadi macam ni

Ibn Abbas r.a. berkata: "Siapa yang tertawa ketika berbuat dosa maka ia akan menangis ketika akan masuk neraka." Orang yang lebih banyak ketawa didunia merekalah yang lebih banyak menangis diakhirat, dan orang yang banyak menangis didunia merekalah yang banyak tertawa diakhirat.


rujukkan : http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/laranganketawa.htm


-zuan-
p.s : dah baca komik raya? harap kroang trhibur.. raya dah nak dekat, aku kena prepare bnyak draft untuk raya ni huhu..

Saturday, 25 June 2011

> Bukan Rezeki

HOlla Bloggers,

Menang kalah adat pertandingan.. Pada JOZAN, bukan rezeki korang la kali ni, kalah lagi ek, hehe jauh lagi perjalanan.. Pada NABIL, #3 OK what? 150k, sape nak bagi lu wo? Tak yah kongsi dengan sapa-sapa.. JAMBU, korang belum cukup jambu la untuk final ni, pada aku, dari minggu 1 sampai minggu 8, korang memang calon juara aku, tapi persembahan SEPAH dan JOZANyang konsisten dan semakin best, aku mula tertumpu pada dua-dua team ni, tapi SEPAH lagi champion!!! Congratulations!!!! :D

gaya JUARA!!!


-zuan- 
p.s : lepas ni apa pulak program menarik yang akan warna tayangkan? kita tunggu...

Friday, 17 June 2011

> Lupaka Nora Elena, Fokus ke Maharaja Lawak

HOlla Bloggers,

Semakin lama semakin best persembahan duo tu dalam MAHARAJA LAWAK ASTRO.. Duo mana? Ala yang tu la, yang gitu-gitu, eh yg gini-gini tu.. Dapat tak..? Ish awan nano nano nano~ haaaa JOZAN la, sapa lagi!!! Kreativiti diorng semakin memuncak dan semakin mengatasi pesaing-pesaing lain...


Aq semakin kecewa dengan persembahan JAMBU, diorng semakin merundum beberapa minggu ni, mungkin rasa selesa dengan kedudukkan diorng? Mungkin sudah kering idea? Atau simpan untuk final??? Takpe la, hope diorng perasan yang persembahan diorng makin mengecewakan aq (aq je la rasa macam tu)..

SEPAH macam biasa la, lawak kasar dan kampung!!! hehe aq, suka!!!! Memang sesuai untuk banyak lapisan masyarakat Malaysia... And for NABIL, welcome back to ML!!! Selepas beberapa persembahan yang mengecewakan (sejak Detektif Conan), Nabil akhirnya berjaya impress aq, and congrats (Macam la aq ni juri ML..hahahah)!!!

Oh lupa, R2.. Hmm.. Korang kna pecahkan tepurung kelapa!!! Jauh lagi perjalanan korang, Gudluck!!!
Hope persembahan terbaik dari semua peserta malam ni!!! ;D


Markah undian termasuk markah juri (reff here):

1. Jozan - 62
2. Sepah - 55
3. Nabil - 54
4. Jambu - 51
5. R2 - 33

-zuan-
p.s kalau aq masuk Raja Lawak nanti, vote aq ek..hahahaha


Tuesday, 14 June 2011

> Movie Review : KL Gangster

HOlla Bloggers,

Dah tengok KL Gangster? Pada aq, ni salah satu filem Malaysia arahan Syamsul Yusuf yang perlu anda tonton tahun ini!!! Kenapa aq ckp macam tu? OK layan sinopsis ni dlu :


"Menceritakan kisah dari adik beradik yang terlibat dalam dunia gangsterism.Malek (Aaron Aziz) dipenjara selama lima tahun selepas dikhianati oleh geng sendiri yang dimulakan oleh Shark (Syamsul),saudara langkah dari gangster yang paling berpengaruh di Kuala Lumpur,King (Ridzuan Hashim). Malek yang menginginkan hidup normal selepas dibebaskan, ditarik kembali ke dunia yang ditinggalkannya setelah bertahun-tahun. Terutama kerana adiknya Jai (Adyputra) dipengaruhi oleh gangster dan memutuskan untuk bekerja untuk Shark membawa semuanya jadi dalam kekacauan."

Dengan durasi filem ‎selama 1 jam dan 21 minit, bergenre‎‎ Aksi, dan salah satu lagi filem produksi berjaya dari SKOP PRODUCTIONS, filem ini mampu meraih kejayaan besar dari segi kutipan dan anugerah (barangkali)! Kenapa aq cakap macam tu?

Storyline : Aq suka jalan cerita filem ni, dia tidak terlalu melalut panjang. Ia tersusun dan mudah difahami.

Humor : Komedi dah tak boleh diabaikan dalam sesebuah filem, sebab pada aq crita tu akan jd kosong tanpa komedi, dan dengan adanya Zizan, memang komedi menjadi walaupn keadaan tengah tegang.

Aksi : Aq bukanlah peminat filem aksi, tapi pada aq aksi gaduh dalam filem ni setanding dengan filem-filem aksi dari Hong Kong (Jackie Chan dan sebagainya).

Mesej : Sesuatu cerita perlu ada mesej yang ingin disampaikan kepada penonton, antaranya adalah tanggungjawab terhadap keluarga (walaupun Malik ni jahat pada awalnya, tp dia masih tak lupa akan mak dan adik-adiknya), Setia kawan, 'justice win at the end', dan banyak lagi.

Pelakon : Pilihan pelakon untuk cerita ni bagus pada aq, setiap karaktor berjaya dihidupkan, cuma pada aq, Syamsul tu patut fokus dengan directing je la, it would be better. Cuma lain kali kalau nk buat crita gangster2 macm ni, banyakkan lagi la pelakon tambahan sebab part fight tu terlalu fokus dekat main charactor dan mengabaikan pelakon tambahan (gangster kan besar? bukan patut ahli pun banyak ke?)

Lain-lain : Music untuk setiap aksi dan drama untuk crita ni sangat sesuai dan tersusun. Latar tempat shooting filem ini juga sangat baik, KL!!! Costume dan mekap pun ok, stiap karaktor nampak garang dan sepadan dengan pakain dan gaya rambut masing-masing


RATING : 8/10 (filem ni antara filem Malaysia paling best pernah aq tengok dan berbaloi tengok dua kali)


-zuan-
p.s aq slalu perbagaikan cara aq tulis movie review untuk memastikan setiap movie review aq menepati apa yang diinginkan pembaca.. next review > Super 8


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...