Showing posts with label karak. Show all posts
Showing posts with label karak. Show all posts

Tuesday, 16 August 2011

> Sembilan Jenis Anak Syaitan

HOlla Peeps,


Tengah-tengah malam ni cerita hantu pun syok gak an? Hehe tapi aku malas nak cerita pasal hantu la sebab aku sendiri tak ada pengalaman berjumpa makhluk ciptaan Allah S.W.T yang digelarkan hantu tu.. Lagipun kalau aku terjumpa perlu ke aku takut dengan hantu? Benda ni pun salah satu makhluk Allah S.W.T. juga, jadi perlu ke kita takut dengan hantu? Tak pe la, aku nak bercerita mengenai syaitan.. Syaitan ni pun makhluk ciptan-Nya jugak..

Aku ada terjumpa mengenai ‘9 Jenis Anak Syaitan’ dari satu blog menarik ni wanmuhammadhazem. Syaitan ni memang makhluk yang tak kenal erti putus asa menghasut anak-anak adam meninggalkan solat, bermaksiat, menfitnah, membazir, minum arak, berjudi dan macam-macam lagi perkara yang merosakkan akidah... Jom berkenalan dengan Sembilan Jenis Anak Syaitan!!!

1. ZALITUUN
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

 
2. WATHIIN
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah. 
3. A’AWAN
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama’.

 
4. HAFFAF
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh : disko, kelab malam dan tempat yang ada minuman keras).
5. MURRAH
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour.


6. MASUUD
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gossip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.
7. DAASIM
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi). 

8. WALAHAAN
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwudhuk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain. 
9. LAKHUUS
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.


sumber : http://wanmuhammadhazem.blogspot.com/2011/08/9-jenis-anak-syaitan.html
 


-zuan-
p.s : 1/2 ramadhan sudah berlalu.. Sofar ada yang tertinggal? Tertinggal puasa? Terawih? Solat 5 waktu? Selamat beribadat semua (",)   

Wednesday, 15 June 2011

> Harap Membantu

ALRIGHT, NO MORE WORDLESS WEDNESDAY!!! HEHE!!!! ;D

HOlla Bloggers,

Pada yang sudah biasa membaca Movie Review aq, hope korang berpuas hati dengan review-review yang aq buat setakat ni, setiap rating, dan komen yang aq buat berdasarkan pendapat aq sendiri dan berpandukan laman web filem itu sendiri.. Sebagai seorang yang suka tengok wayang, aq rasa best kalau share pendapat dan review aq tentang apa yang aq tengok dengan semua reader, dan suatu penghormatan kalau dapat komen mengenai review yang aq buat.. Aq masih lagi baru dalam reviewing ni, banyak lagi kena blajar, dan hope so far, review aq membantu la..



-zuan-
p.s mgu ni mungkin ada review dari aq mengenai green lantern

Friday, 27 May 2011

> Movie Review : Karak

HOlla Bloggers..

Skali lagi KRU Studio mengegarkan peminat-peminat filem tanah air, tetapi untuk pertama kali mempertaruhkan filem horror berdasarkan urban legend (berdasarkan cerita-cerita popular dan benar yang biasa diceritakan dari mulut ke mulut dan ke internet dan buku mengenai laluan puaka, karak).. Ia diarahkan oleh Yusri Kru, dan dibintangi Shahir AF8, Shera Aiyob, Along Eyzendy, Kilafairy dan Sidek Hussin.


"KaraK" mengisahkan 4 pelajar kolej yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kuantan. Mereka mengalami kesesakan luarbiasa di lebuhraya Karak dan bernekad mencari jalan alternatif iaitu melalui jalan lama tanpa menyedari keputusan ini bakal merubah kehidupan mereka selama-lamanya.

Pada permulaan cerita, aq tengok penonton di sebelah kiri dan kanan aq tidak senang duduk dikala adaya babak-babak suspen dan sedikit unsur jenaka diletakkan, tetapi berjaya membuatkan mereka menjerit... Sementara aq hanya meletakkan tangan di dalam kocek untuk mengawal ketakukan (Dengan harapan awek disebelah melabelkan aq ni MACHO) dalam diri aq.. dan ya, permulaan cerita memang bagus dan tidak mengecewakan langsung...Jadi storyline dia, sangat menarik bagi aq, walaupun ada rakan-rakan yang kurang mengemarinya (Mungkin kerana mereka berminat dengan filem genre humor).

Antara hantu dari kisah benar (berdasarkan pengalaman individu dan tragedi kemalangan maut) ialah hantu Budak Kecik mencari ibunya, Perempuan Cantik mencari anaknya. Kereta VW Kuning yang mencucuk di belakang kenderaan dan memotong kenderaan anda, dan tiba-tiba ada di belakang lagi dan memotong kenderaan anda, dan banyak lagi..

Apa yang bagus dalam cerita ini dan perlu di beri pujian ialah, kosmetik atau makeup yang dikenakan kepada pelakon dan hantu sangat baik, mereka begitu teliti mengenakannya. Dan aq paling suka bila ada cacing bergerak-gerak di muka, sangat realistik... CGI seperti biasa la, sangat OK, means bagus dan semakin bagus (walaupun masih jauh kalau nk compare ngan CGI filem-filem luar).. Sangat realistik dan memuaskan hati, kiranya, Yusri berjaya membawa hantu itu masuk ke dalam jiwa penonton dengan makeup dan CGI mereka.

Ada pelakon yang berjaya memainkan peranan mereka dengan baik, tetapi ada yang gagal memasuki watak itu dengan baik.. Mungkin kerana kurang pengalaman berlakon, dan kekurangan bakat, kerana bakat sangat penting kalau ingin berjaya dalam bidang seni terutama seni lakonan.. Bagi aq, sekeras mana anda berusaha pun, kalau tidak ada bakat dalam seni lakonan, sukar untuk berjaya. Satu-satunya pelakon yang cemerlang dan sepatutnya menjadi hero filem ini adalah pelakon senior, Sidek Hussin dan biasalah, pengalaman mengajar kita menjadi champion.. 



Apa yang kurangnya bagi aq adalah Sound Effect dia.. Bagi aq, filem seram tak perlu sangat bunyi-bunyi, cukuplah dengan bunyi cengkerik dan sunyi malam, jadi dengan itu, penonton akan lebih tertanya-tanya apa yang akan berlaku, dengan soundefek yang melampau-lampau dan sangat kuat menganggu konsentrasi aq untuk masuk ke dalam filem ini. 

Didalam filem seram, pada aq teknik pergerakkan kamera mestilah memainkan peranan penting. Tetapi di dalam filem ini, aq hanya mampu bagi ok je, sebab ia kurang membuat aq terkejut. Pergerakkan kamera yang berjaya pada aq ialah kamera yang sentiasa membuatkan orang terkejut dan Dup Dap Dup Dap, tetapi ternyata hanya beberapa babak sahaja berjaya.

Setiap filem yang berjaya pada aq, adalah filem yang berjaya memberi mesej kepada penonton, dan berjaya grab semua tahap umur (dari budak-budak ke atuk-nenek) dan filem ini terkandung mesej yang mungkin menyedarkan ramai orang yang tidak sedar-sedar dan leka dengan duniawi. Anda mungkin tertanya-tanya apakah mesej yang ingin disampaikan? Jadi jangan lupa saksikan karak di pawagam-pawagam tempatan.. Supportlah filem tempatan, kerana mereka tidak akan ke mana-mana tanpa sokongan anda semua.

Hmm sukar nk bagi rating tuk filem kali ni..

6/10 (Tidak rugi tengok di panggung bersama rakan-rakan)

p.s nantikan review kungfu panda malam ni

Wednesday, 25 May 2011

> Filem Tempatan Seperti Pisang Panas

HOlla Bloggers,

Karak, KL Gangster, antara 2 filem yang bakal mengegar industri filem tempatan dimana semakin berkembang pesat industri perfileman kita. Kalau dulu, sangat kurang filem tempatan ditayangkan di pawagam, tetapi sekarang, setiap bulan mesti ada sekurang-kurangnya 2 buah filem dipertontonkan..

Disebabkan kesuntukkan waktu, aq masih belum sempat menonton filem Nur Kasih The Movie, yang mana aq harap dapat tontonya dalam minggu ini, supaya aq boleh membuat review mengenainya di blog aq ini.. aq juga belum sempat menonton Kongsi, dan Penunggu Istana kerana tiada teman yang berminat dengan filem sebegini.. mungkin aq perlu menjerit di telinga mereka supaya mereka lebih support filem tempatan...




p.s kebelakangan ni, tak banyak filem antarabangsa dan bergenre aksi berjaya menarik minat aq untuk memberi rating yang tinggi.. mungkin selera aq sudah berubah ke filem tempatan dan bergenre romantik


>>cita-cita ku menjadi direktor

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...