Showing posts with label kru studio. Show all posts
Showing posts with label kru studio. Show all posts

Friday, 27 May 2011

> Movie Review : Karak

HOlla Bloggers..

Skali lagi KRU Studio mengegarkan peminat-peminat filem tanah air, tetapi untuk pertama kali mempertaruhkan filem horror berdasarkan urban legend (berdasarkan cerita-cerita popular dan benar yang biasa diceritakan dari mulut ke mulut dan ke internet dan buku mengenai laluan puaka, karak).. Ia diarahkan oleh Yusri Kru, dan dibintangi Shahir AF8, Shera Aiyob, Along Eyzendy, Kilafairy dan Sidek Hussin.


"KaraK" mengisahkan 4 pelajar kolej yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kuantan. Mereka mengalami kesesakan luarbiasa di lebuhraya Karak dan bernekad mencari jalan alternatif iaitu melalui jalan lama tanpa menyedari keputusan ini bakal merubah kehidupan mereka selama-lamanya.

Pada permulaan cerita, aq tengok penonton di sebelah kiri dan kanan aq tidak senang duduk dikala adaya babak-babak suspen dan sedikit unsur jenaka diletakkan, tetapi berjaya membuatkan mereka menjerit... Sementara aq hanya meletakkan tangan di dalam kocek untuk mengawal ketakukan (Dengan harapan awek disebelah melabelkan aq ni MACHO) dalam diri aq.. dan ya, permulaan cerita memang bagus dan tidak mengecewakan langsung...Jadi storyline dia, sangat menarik bagi aq, walaupun ada rakan-rakan yang kurang mengemarinya (Mungkin kerana mereka berminat dengan filem genre humor).

Antara hantu dari kisah benar (berdasarkan pengalaman individu dan tragedi kemalangan maut) ialah hantu Budak Kecik mencari ibunya, Perempuan Cantik mencari anaknya. Kereta VW Kuning yang mencucuk di belakang kenderaan dan memotong kenderaan anda, dan tiba-tiba ada di belakang lagi dan memotong kenderaan anda, dan banyak lagi..

Apa yang bagus dalam cerita ini dan perlu di beri pujian ialah, kosmetik atau makeup yang dikenakan kepada pelakon dan hantu sangat baik, mereka begitu teliti mengenakannya. Dan aq paling suka bila ada cacing bergerak-gerak di muka, sangat realistik... CGI seperti biasa la, sangat OK, means bagus dan semakin bagus (walaupun masih jauh kalau nk compare ngan CGI filem-filem luar).. Sangat realistik dan memuaskan hati, kiranya, Yusri berjaya membawa hantu itu masuk ke dalam jiwa penonton dengan makeup dan CGI mereka.

Ada pelakon yang berjaya memainkan peranan mereka dengan baik, tetapi ada yang gagal memasuki watak itu dengan baik.. Mungkin kerana kurang pengalaman berlakon, dan kekurangan bakat, kerana bakat sangat penting kalau ingin berjaya dalam bidang seni terutama seni lakonan.. Bagi aq, sekeras mana anda berusaha pun, kalau tidak ada bakat dalam seni lakonan, sukar untuk berjaya. Satu-satunya pelakon yang cemerlang dan sepatutnya menjadi hero filem ini adalah pelakon senior, Sidek Hussin dan biasalah, pengalaman mengajar kita menjadi champion.. 



Apa yang kurangnya bagi aq adalah Sound Effect dia.. Bagi aq, filem seram tak perlu sangat bunyi-bunyi, cukuplah dengan bunyi cengkerik dan sunyi malam, jadi dengan itu, penonton akan lebih tertanya-tanya apa yang akan berlaku, dengan soundefek yang melampau-lampau dan sangat kuat menganggu konsentrasi aq untuk masuk ke dalam filem ini. 

Didalam filem seram, pada aq teknik pergerakkan kamera mestilah memainkan peranan penting. Tetapi di dalam filem ini, aq hanya mampu bagi ok je, sebab ia kurang membuat aq terkejut. Pergerakkan kamera yang berjaya pada aq ialah kamera yang sentiasa membuatkan orang terkejut dan Dup Dap Dup Dap, tetapi ternyata hanya beberapa babak sahaja berjaya.

Setiap filem yang berjaya pada aq, adalah filem yang berjaya memberi mesej kepada penonton, dan berjaya grab semua tahap umur (dari budak-budak ke atuk-nenek) dan filem ini terkandung mesej yang mungkin menyedarkan ramai orang yang tidak sedar-sedar dan leka dengan duniawi. Anda mungkin tertanya-tanya apakah mesej yang ingin disampaikan? Jadi jangan lupa saksikan karak di pawagam-pawagam tempatan.. Supportlah filem tempatan, kerana mereka tidak akan ke mana-mana tanpa sokongan anda semua.

Hmm sukar nk bagi rating tuk filem kali ni..

6/10 (Tidak rugi tengok di panggung bersama rakan-rakan)

p.s nantikan review kungfu panda malam ni

Sunday, 20 March 2011

> Movie Review : Hikayat Merong Mahawangsa

‎"Sampai masa tibanya waktu, redup hati kaum berdua, 
bila dua jasad menjadi satu, hidup mati jadi bersama"


HOlla Bloggers..

korang sure dah tengok nye an filem tempatan Hikayat Merong Mahawangsa!!! alrite, aq lambat.. baru tengok tadi okay..hahah.. da 11 hari tayang, and aq baru dapat tengok.. all thanks to Laily and Amir sebab sudi bawak aq ngan Miho aq pergi tengok skali crita tu.. thanks guys.. :D alrite aq pun tak nak citer panjang sangat.. just nak komen2 pasal movie ni la an.. hehe..

For me, jalan crita HMM ni sangat menarik, sebab perjalanan dia lancar tnpa banyak tanda tanya kt audience. setting dia pun superb, memang rm8 juta nye filem la. caya la KRU!!! Pemilihan watak pun okay, sume hidup, but kesian kat Jehan Miskin, babak2 untuk dia kejap je.. teknik CGI dia ok for local movie, banyak  nak kena push lagi nk kasi real and hidup crita tu.. aq sdkt kecewa la ngan scene malam dia, xbrapa jadi sangat, but ok la i give credit for dat.. 

sound dia sedikit kecewa, music ok, just yang kureng sound dari plakon, ada somethin yang kurang dari kualiti suara dari pelakon.. (mayb aq salah dengar kot, lama tak korek hidung.. hehe) yang menarik pasal HMM ni, diorng nye cara promote filem tu, medium paling banyak orang pakai skarang is INTERNET dan FB.. so KRU promote filem ni guna medium macam tu...so credit for that.. aq tabik ngan poster pormotion dia.. superb smart beb.. macam filem international nye standard..

first time aq tengok filem malaysia yang begitu bagus macam ni.. so 4.5/5 rating for them!!!


so pada yg belum like page HMM, jangan lupe like kat link kat bawah ni.. :D

p/s hope dapat pecah rekod kutipan filem malaysia! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...