Showing posts with label drama. Show all posts
Showing posts with label drama. Show all posts

Monday, 27 February 2012

> Don't You Read My Blog?

HOlla Peeps,

How awesome is your weekend? Aku dapat berjumpa dengan beberapa blogger awesome dan dapat one gift from one of my favorite blogger pada sabtu yang lepas.. Totally tiresome sabtuday, BUT totally fun and awesome. Walaupun tekak aku sakit lagi, tapi aku tak melepaskan peluang menjerit bersama Zarul. Siapa Zarul? Jeng!! jeng!!! jeng!!!! Nanti aku crita..hehe pada yang dah tau, tutup mulut.. #LOL

Alright, alright entry ni dapat idea dari Awesome Character, BARNEY from How I Met Your Mother~ Hehe ramai kawan blog aku minat siri ni.. Aku terfikir yang ada tak kawan (rapat/lama) kita selain dari kawan blog, baca blog kita? Sure ada, dan sebaliknya right? Mungkin sedikit kecil hati kalau kawan tak baca, tapi be positive, mungkin diorang tak online, mungkin diorang tak perasan entry tu, dan mungkin sebab diorang terlupa yang korang ada blog..  Jom enjoy the entry (",)


Don't You Read My Blog?


Satu hari.. Di satu kafe.. Kamera bergerak dari pintu masuk kedai ke satu sudut dimana ada satu kumpulan manusia yang sedang hu ha hu ha di satu table. Yeah mereka adalah satu kumpulan. Satu lelaki (bernama Ted), satu perempuan (bernama Robin), satu pasangan kekasih (Marshal dan Lily) dan satu lelaki (bernama Berney).. (Berapa banyak satu daaa???) Mereka sedang bersembang lebih dari satu topik,


Ted : Hey Robin, kenapa dah lama aku tak nampak kau online?
Robin : Err sebab account aku kena hack!Frust menonggeng betul!!!
Ted : Apa password?
Robin : err 'zuanmacho'
Barney : Ha! Kan aku dah tulis dulu salah satu cara nak elak kena hack adalah gunakan password yang panjang lebih dari 6 dan buat gabungan huruf dan angka!
Robin : Err bila masa kau ada cakap?
Barney : HA HA HA Don't you read my awesome blog??? Aku ada tulis entry Tech Thursday, Password Popular!
Robin :Err tak~
Barney : Hahaha tak pe la~ Cuma pastikan password korang tu bukan 'password'!




Lily : Semalam badan aku rasa kena tindih.. Sakit sangat... Susah aku nak bernafas.. 
Robin : Owhhh Maiii~ Itu hantu! Ye hantu himpap kau Lily! Dikatakan hantu suka himpap anak gadis..
Marshal : Takpe Lily, malam ni I tidur dengan U.. Kalau hantu tu datang I terajang dia!!
Lily : Ohhh Marshal-ku..
Ted : Nampaknya malam ni aku tidur sorang-sorang..
Barney : Nampaknya korang terlepas cerita hantu aku pada entry jumaat lepas. Don't you read my blog? Itu adalah Sleep Paralysis! Korang boleh baca di entry topi terbang.. Haishh karut hantu-hantu tu semua.. Ia cuma cerita dongeng supaya kita tak tidur sorang-sorang..




Lily : Hmm aku dengar movie baru ghost rider sangat best~ Ramai review best~
Marshal : Hmm menarik! Jom tengok esok~
Barney : Ehemm~ Heloooo~ Dont you read my blog? Aku dah buat review pasal tu kat entry Movie Review aku! Dan movie movie to sangat tak best~ Dont you read my blog??? Argh korang ni tak support blog member betul la~ ARGHHHHH~




Dan Barney terus bangun dari kerusi pergi dari situ..

Marshal : Dia tak perasan ke yang apa yang dia tulis tu ada kat internet?
Robin : Pernah ke korang terlintas nak cari apa yang dia tulis tu?
Marshal, Ted dan Lily : Err tak~


Credit to How I Met Your Mother sitcom for the crazy idea #LOL


-zuan-
p.s : huhu aku dah mula suka menulis di tengah tengah malam dikala otakku mula kepenatan dan meminta tidur.. kala itu otak mungkin penat, tetapi jari gigih menaip.. #LOL

Saturday, 18 February 2012

> Movie Review : The Decendants

HOlla Peeps,

#ThanksToNuffnang

Sinopsis : Dari penulis SIDEWAYS, pemenang Oscar® Alexander Payne,, THE DESCENDANTS sebuah filem yang berlatarkan Hawaii mengikuti kisah keluarga America yang tak menentu dan teratur.Matt King (lakonan George Clooney), seorang suami dan bapa kepada dua orang anak perempuan, perlu meneliti semula kesilapannya di masa lepas dan cuba mengemudi masa depannya bersama keluarganya apabila isterinya terlibat dalam kemalangan apabila menaiki bot ke Waikiki. Dia cuba membaiki semula hibungannya dengan anak perempuannya – Scottie (lakonan Amara Miller) berusia 10 tahun tetapi terlalu cepat matang dan banyak terpengaruh dengan kakaknya dan seorang yang berjiwa memberontak Alexandra (lakonan Shailene Woodley) yang berusia 17 tahun – sementara bergelut dengan keputusan untuk menjual tanah pusaka keluarganya yang mana broker hartanah yang ingin membeli harta pusaka mereka mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.


Kenapa perlu tengok filem ini?
  • Sebuah filem bergenre Komedi, Drama.
  • Memaparkan kisah hidup sebenar orang Hawaii yang sebelum ini kita anggap adalah seperti Paradise (Syurga).
  • Banyak unsur komedi dalam filem ini yang akan korang tergelak apabila menontonnya, walaupun ia bukanlah filem berbentuk komedi.
  • Mengikuti perjalanan bagaimana seorang bapa ingin membaiki hubungan dan memenangi semula hati anaknnya.
  • Perkembangan setiap watak menarik untuk diikuti. Bagaimana anak-anaknya secara perlahan berubah baik dan mula menerima bapanya, dan menerima hakikat yang ibu mereka tiada harapan.
  • Sebuah filem yang mempunyai plot yang tak membosankan sehingga membuatkan korang rasa takkan ke tandas untuk membuang air kecil supaya tak terlepas babak-babak menarik.
  • Mempunyai banyak mesej tersirat yang mengajar kita tentang erti hidup yang sebenar seperti jangan terlalu sibuk bekerja sehingga lupakan tanggungjawab terhadap keluarga, sifat sabar adalah sesuatu sifat yang mesti di dalam diri setiap individu bagi menangani sesuatu masaalah.
  • Sebuah filem yang korang takkan jangka penamatnya dan korang takkan minta untuk ditamatkan.
  • Berdurasi 2 jam, tetapi tak rasa yang ia adalah 2 jam kerana penuh dengan babak menarik dan dialog yang tak melalut.
  • Bak kata kawan aku "aku akan ingat movie ni sampai bila-bila sebab ia berkaitan dengan hidup kita".
  • Mengajak penonton berfikir apa tindakkan yang akan dilakukan jika berada didalam situasi yang sama Matt alami.
  • Lakonan mantap George Clooney dibantu beberapa pelakon yang hebat.
  • Di dalam kehidupan sebenar jangan terlalu mengharapkan keajaiban kerana tak semua benda ada keajaiban.

Rating : 8/10 (Ia sebuah filem yang sangat bagus dan sarat dengan mesej yang boleh dikatakan antara filem terbaik setakat ini untuk tahun ini. Tidak nampak kenapa anda perlu ke tandas untuk terlepas babak-babak menarik)





-zuan-
p.s : happy weekend peeps.. isnin or selasa ni aku publish review ghost rider.. 

Monday, 18 July 2011

> Juvana Finale Malam Ni? Serius la???

HOlla Peeps,

Pada pengemar Botak dan Daim, mesti tak sabar nak tengok finale malam ni.. Tapi betul ke malam ni finale? "Eh, kau minat Apek ek?" Sori-sori lupe tulis nama Apek, hehe.. Papepun, mesti rama mengharapkan penamat yang bagus sebab drama ni ada ramai pengikutnya (termasuk aku, tapi lambat sikit follow..) ah, aku suka lagu OST ceita ni, Babak Pertama nyanyian Drama.. (facebook diorang, Drama BAND)


Apa yang di dramakan? Aku pun tak tau.. enjoy lirik bawah ni (MP3 tidak disediakan~)


Babak pertama bermula saat ku terlihat mu
Waktu seakan terhenti terpinga mencari
Rasa yang takkan terungkap tak pernah ku alami
Cuba aku mengerti

(korus)
Teruja aku mengejar mu
Bermimpi memiliki mu
Tanpa perlu ku endahkan dunia, dunia
Biarkan ku terus berlari
Cuba merajai mimpi
Tiap bayang mu akan ku jejaki nanti

Oh...

Takkan ku menemui lagi walau gelapnya hari
Ku yakin akan temui semuanya di sini
Walau ke mana kau pergi tetap akan ku cari
Ku tak akan berhenti

(ulang korus)

Oh...

(ulang korus)

Oh...




-zuan-
p.s : kalau korang perasan, band drama ni memperkenalkan musik JROCKS dalam lagu mereka, kalau tak silap aku la.. sebab tu lagu diorng agak fresh dan lain dari band lain, plus dressup diorng pun dah Japanese style.. 

Monday, 11 July 2011

> Juvana Malam Ni

HOlla Peeps,

Sambil-sambil mendengar lagu 'Babak Pertama' dari kumpulan 'Drama', aku "Teruja aku mengejar mu~", hoyeahhhh Juvana semakin hampir dengan penamat.. Adakah Daim akan bebas? kekal di Juvana? atau mati di tangan Botak?

-zuan-
p.s : malam ni 9pm, di tv3 

Thursday, 7 July 2011

> Movie Review : Sekali Lagi

HOlla Peeps,


mengisahkan tentang Arman (lakonan Shaheizy Sam) yang percaya dirinya pengidap "autisme" kerana ibunya selalu berkata sedemikian. Namun realiti sebenarnya bakal berubah dalam sekelip mata, ketika dirinya semakin menghampiri hari perkahwinannya. Suatu hari, Arman bertemu dengan Amy (lakonan Mia Sara Nasuha) yang berusia lima tahun dan mereka mula bersahabat serta berkongsi masalah. Dalam masa yang sama, ibu Amy iaitu Shiela (lakonan Lisa Surihani), merasai perubahan yang berlaku pada Amy.  (sumber : murai

Penerbit : David Teo (Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.(MIG))
Pengarah : Hashim Rejab
Pelakon : Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Mia Sara Nasuha, Bront Palarae
Genre : Drama, Romance, Comedy
Durasi : 90 Minit
Tarikh Mula Tayangan : 30 June 2011

Storyline : Plot cerita yang mudah dan ringan (bermula dengan tidak perlahan), dan tidak membebakan untuk memahami cerita ni, dengan beberapa flashback yang tidak membuatkan penonton tertanya-tanya "kenapa terjadi sedemikian". Aku suka konsep storyline yang ada flashback dan flashback yang digunakan dalam filem tidak memeningkan dan berjaya membuatkan aku tersenyum pada pengakhiran cerita (rasa macam pengkiritik hebat lak, hehe~)

Humor : Watak kebudak-budakkan yang dilakonkan Sam sangat berkesan (setiap kali dia cakap, aku gelak), aku bagi full credit pada dia, bukan senang nak melakonkan watak budak-budak tambahan pula dengan usia dewasa. Cerita ni banyak bermula dengan humor dan family life (membezakan gaya hidup elite dan sederhana). kadang-kadang aku tergelak (tapi lebih respect) dengan watak "Bro" yang dilakonkan Bront Palarae, dia memang seorang pelakon yang sempoi, berjaya melakonkan watak yang tenang je walaupun dalam keadaan yang mana dia mungkin kehilangan Sheila.

Romance : Cerita ni memang fokus dengan romance, dan keromantikkan Sam teserlah ketika mereka (Sam dan Lisa) mula bercinta ketika diorang di alam peserkolahan. Sam sangat versatile, kerana dia boleh bawak 2 watak berbeza dalam cerita ni (sekali lagi kerdit diberikan kepada sam).

Apa Yang Kurang : Tak ada yang kurang pada aku dalam cerita ini kerana ia sangat mudah difahami, cuma cerita ini terlalu tipical iaitu mudah meramal apa yang akan berlaku selepas ni, dan lakonan Lisa sangat biasa, dia tidak begitu menjiwai watak Sheila.

RATING : 7/10 (berbaloi tengok di panggung, dalam review kali ni aku perlu puji filem Malaysia yang semakin berkualiti! Lineup pelakon cerita ni pun antara yang HOT di pasaran sekarang~) 

-zuan-
p.s : dua movie aku tengok semalam, salah satu darinya adalah Lada Land 

Friday, 3 June 2011

> Movie Review : X-Men: First Class

Before Charles Xavier and Erik Lensherr took the names Professor X and Magneto, 
they were two young men discovering their powers for the first time. Before they were archenemies, they were closest of friends, working together, with other Mutants (some familiar, some new), to stop the greatest threat the world has ever known. In the process, a rift between them opened, which began the eternal war between Magneto's Brotherhood and Professor X's X-MEN

HOlla Bloggers,

Dah tengok X-Men? Trust, Friendship and Betrayal (also Revenge) adalah konklusi yang aq leh simpulakan dari prequel X-Men kali ni.. Bila sebut je X-Men, mesti ada Aksi, Adventure, Drama, Sci-Fi dan Thriller dalam genre filem nya, dan seperti biasa CGI memang jarang mengecewakan (biasa la keluaran 20th Century Fox).. 

Dengan Tagline "Before he was Professor X, he was Charles. Before he was Magneto, he was Erik", dah cukup menyatakan ini adalah Origin kepada X-Men, dan bagaimana semuanya bermula dengan Persahabatan..

Ok straight to the point, dengan durasi filem 132 Minit, filem ini padat dengan aksi dan informasi berguna untuk mereka yang mungkin tertanya-tanya akan pelbagai persoalan pada filem-filem sebelum ni, pada aq yang bukan pengikut X-Men yang setia, filem ini sedikit sebanyak membantu aq untuk lebih meminati X-Men.. So agak sukar sebenarnya untuk aq tulis review kali ni (so kepada peminat X-Men, jangan marah ek klu review aq membuatkan anda kurang puas hati hehe)..

Alrite, pada awalan cerita, dia bermula Charles Xavier dan Erik Lehnsherr pada umur 12 tahun, menceritakan bagaimana mereka mendapat kuasa mereka (ops sedikit spoiler.. hehe), dan time skip beberapa tahun, dan tertumpu pada mereka di usia 20-an (Charles Xavier lakonan James McAvoy dan Erik Lehnsherr lakonan Michael Fassbender) dan watak-watak mutant lain.. 

Hmm apa lagi aq nk komen pasal movie kali ni? 

Storyline dia tersusun dan menarik pada aq, ye la dia bermula dengan waktu mereka kecil, dah besar, bersahabat dan.. (tengok sendiri kalau nk tau dan apa hehe)..  

Mesej, apa yang ingin disampaikan dalam filem ini? Ok, rajin-rajin la bergotong royong, hehe tade la.. trust la pada sahabat anda sebab kalau anda dah takde siapa lagi kat dalam dunia ni, sahabat la yang paling dekat dengan anda.. hehe

Rating : 8.0/10 (berbaloi tengok kat panggung berdekatan dan dijadikan koleksi)

-zuan-
p.s next week mayb aq kurang blogging.. so aq try post sebanyak mungkin minggu ni.. 


Friday, 27 May 2011

> Movie Review : Kung Fu Panda 2

HOlla Bloggers

Jack Black, Angelina Jolie dan Jackie Chan cerita apa lagi yang boleh menggabungkan ketiga-tiga mereka?


Po joins forces with a group of new kung-fu masters 
to take on an old enemy 
with a deadly new weapon.

Kepada penggemar panda, anda perlu menonton sekuel kali ini, kerana ia lebih bagus, dan lebih terburai perut anda menahan gelak kalau dibanding Kung Fu Panda 1.. Filem animasi bergenre aksi, adventure, komedi dan famili ini amat sesuai ditonton semua lapisan masyarakat dengan tagline Ska2oosh!.. 

Filem animasi, jarang mempunyai durasi yang panjang kerana durasi filem ini hanya 90 minit, tapi cukup untuk membuatkan anda tidak kering gusi menontonya, ia anda mungkin fikir, "kenapa filem karak si ZUAN ni kritik, tetapi filem Panda ni dia puji buka main lagi", ok bukan nk memihak kepada filem luar, tetapi filem tempatan perlu lebih berani dan terbuka untuk mengatasi filem luar.. Ya, berani dari segi bajet, dan terbuka dengan idea-idea gila dan unik, sebab unik itu adalah entertainment (bak kata Mamat Khalid).

Tak banyak aq nk kritik filem ini, kerana ia adalah filem ringan dan santai, jadi senang diterima semua lapisan masyarakat.. Tambahan rata-rata, masyarakat lebih terhibur dengan filem berunsur komedi, jadi berjayalah filem ini pada aq...

Storyline crita ni simple dan senang untuk difahami, flashback juga tidak mengelirukan

CGI, memang terbaik, disaat aq rasa panda itu sudah seperti panda yang hidup, dan real sehingga membuatkan aq ingin peluk panda itu... Memang mengagumkan CGI dari DreamWorks Animation!!! 

Mesej yang ingin disampaikan juga penuh dengan unsur kekeluargaan (Janganlah abaikan orang tua kita), dan ia memberitahu kita supaya, "janganlah bermusuh-musuh dan berdendam dengan keluarga dan orang ramai".. Hmm apa lagi mesej yang aq tinggal ek?

7.5/10 (Berbaloi tengok di panggung dan untuk dijadikan koleksi)


p.s banyak sangat filem yang aq tak dapat nk tengok sebab kekurangan bajet kewangan

Wednesday, 1 December 2010

> Jepun lak arini

HOlla Bloggers..

ok smlm aq da list down top10 fav korea drama yg aq tgk.. so arini nk share top10 jdrama lak.. hehe.. japan ni penuh ngan klaka sbb tu aq suka drama2 dirorng.. diorng x bape gempak bab ctr2 romantik mcm kdrama.. but diorng gempak ngan kreativiti2 kt drama2 lawak n unik plus diluar kotak pada aq.. hehe.. enjoy count down. ;D


1. Gokusen



2. Hana Yori Dango


3. 1 Litre No Namida


4. Team Medical Dragon


5. Mr Brain


6. Attention Please!


7. Change


8. First Kiss


9. My Boss, My Hero


10. GTO


p/s ada dlm list?? hehe ni pn fav gak.. 
Summer Snow, Engine, Attention Please!, Last Friends, PrideDragon Zakura, Nobuta wo Produce, Tokyo Dogs, My Sassy Mom, Liar Game, Galileo, Bambino..

Tuesday, 30 November 2010

> KDrama : My Fav Drama List

HOlla Bloggers..

Ok topik arini pasal drama.. hehe laki pn suke layan drama gak kay.. haha so boring2 layan JDrama, KDrama, Movie dan tak lupe Anime!!! so aq ni kaki download gak.. tp cuti2 sem ni kureng la sbb pakai broadband je.. so nk dnwnld, dia nye speed sesuai tuk web browing ringan2 je.. haha

ok kali ni lak list down fav Kdrama yg aq layan slama nie(sejak form4 klu tak silap.. :D)... hope ada dlm list korang.. hehe

1. Full House

2. IRIS 
 
3. Save The Last Dance For Me
4. Stairway To Heaven






5. Autumn In My Heart
6. My Girl

7. My Girlfriend is a Gumiho
8. Sassy Girl Chun Hyang
9. Love Story In Harvard
10. A Love To Kill

p/s bkn ni je aq layan k, ada lg but bkn dlm top10 fav aq.. Sassy Girl Chun Hyang, Yu-Hee Te Witch, My Fair Lady, Princess Hour .. sp layan iris? ada link tuk movie dia x???? plzzzzzzzz

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...