Showing posts with label thriller. Show all posts
Showing posts with label thriller. Show all posts

Tuesday, 8 November 2011

> Movie Review : In Time

HOlla Peeps,

#intime

In Time, satu filem yang berkisarkan pada masa hadapan dimana manusia akan berhenti membesar pada usia 25 tahun dan hanya ditetapkan hidup lagi setahun! Apa yang anda harus lakukan ialah bekerja untuk memanjangkan jangka hayat hidup anda atau mati menanti jangka masa hidup anda tamat kerana masa adalah matawang di masa itu. Justin Timberlake sebagai Will Salas menjadi pelarian kerana menghadapi tuduhan membunuh salah seorang manusia yang mempunyai jangka hayat 100 tahun secara tak sengaja terlibat dengan penentangan sistem masa.


Kenapa perlu tengok cerita ni?
  • Apa yang menarik mengenai filem atau movie ni adalah storyline dia yang tidak berserabut, ia adalah straight forward dan tidak memerlukan penghayatan yang mendalam.
  • Aku suka idea baru dalam filem ini, permulaan, perkembangan dan penamat yang tidak seperti biasa kita ramal.
  • Tak banyak sangat aksi dalam silem ini, tapi style fight yang dipersembahkan tidak mengecewakan.
  • Seitap cetia yang bagus mempunyai mesej yang bagus, dan mesej dalam cerita ini adalah, Time Is Money, jadi hargailah masa anda. 
  • Banyak trick penipuan (leverage) untuk mendapatkan Time yang menarik dan 'stylo' dalam movie ni. 
  • Sekali lagi, Justin Timberlake membuktikan yang dia seorang pelakon yang bagus selepas lakonannya yang memberansangkan di dalam Social Network.
  • Pada yang sudah bosan dengan filem bergenre super-hero, this is the right movie to watch coz it is totally an awesome one!
  • Filem ini bukan bergenre humor, tetapi mampu membuatkan anda ketawa, kerana mempunyai beberapa babak humor yang menarik.
  • Pernah tengok muka emak dan nenek semuda muka anak mereka?


RATING : 8/10 (movie yang yang sangat berbaloi untuk ditonton)



-zuan-
p.s : kena tengok movie puas-puas sebelum balik UiTM, sebab bila dah balik sana sure dah malas nak keluar tengok 

Tuesday, 14 June 2011

> Movie Review : Super 8

HOlla Bloggers,

MysterySci-Fi dan Thriller!!! Cukup menarik adunan tiga genre ni, dan filem SUPER 8 ada ketiga-tiganya :

"In the summer of 1979, a group of friends in a small Ohio town witness a catastrophic train crash while making a super 8 movie and soon suspect that it was not an accident. Shortly after, unusual disappearances and inexplicable events begin to take place in town, and the local Deputy tries to uncover the truth - something more terrifying than any of them could have imagined"
 Mula-mula aq tgk triler citer ni, aq da melonjak-lonjak nk tengok crita ni sebab penuh dengan persoalan dalam kepala aq yang masih belum matang ni, sesuai dengan tagline "Next Summer, It Arrives", SUPER 8 adalah crita yang mesti tengok untuk pengemar filem bergenre Sci-Fi dan Misteri...

Sebuah filem arahan J.J. Abrams, dan dilakonkan pelakon-pelakon muda seperti Elle Fanning, Amanda Michalka and Joel Courtney, crita ni membawa aq ke satu demensi yang penuh tanda tanya.. Sebuah filem  keluaran Paramount, yang ber durasi 112 minit..

Storyline : Bermula dengan sedikit perlahan, tetapi mula grab attention aq dengan jenaka budak-budak dan letupan keretapi, cerita ni mempunyai storyline yang ok, tapi gagal menerangkan keseluruhan cerita, sebab ada lagi beberapa persoalan dalam kepala aq, seperti "kenapa lak airforce ad kereta kebal dan tembak tak tentu arah kat town tu?"

Aksi dan Efek : Aksi-aksi dalam filem-filem Hollywood jarang mengecewakan aq, ditambah dengan efek keretapi meletup dan "benda alah" tu yang mengerunkan!!! Apa "benda alah" tu? hehe kena tengok sendiri la kalau nak tau pe tu.. hehe ;)

Humor : Ok, cerita serius yang ada beberapa part lawak (tapi keseluruhan filem ni adalah serius!!!)


Mesej : Ada sedikit mesej yang ingin diselitkan pada crita ni, iaitu apabila ayah Joe masih lagi berdendam dengan ayah kepada Alice dangan menuduh ayah Alice telah bunuh mak kepada Joe, tapi pada klimaks crita, ayah si Joe ni mula memaafkan ayah si Alice ni dan team-up untuk mencari anak diorng. Kiranya dia nk cakap yang dendam tu tak elok la kan.

Pelakon : Filem Hollywood, dan pelakon memainkan peranan penting.. Lakonan pelakon-pelakon muda dan senior seperti Kyle Chandler, merupakan adunan yang menjadi. Tapi ada satu watak ni yang kurang menjadi, ketua operasi kepada airforce, dia cuba menjadi watak tegas dan kejam tapi gagal ditonjolkan, sebab aq tak nampak dia kejam pun..

Lain-lain : Makeup dan Costume takde pe aq nk komen, ok je pada aq.. Tempat pengambaran pun terbaik, kawasan pekan yang pinggir bandar dan ada trek kretapi, kretapi tu aset!!! Dan setting tahun 1979, adalah sesuai sebab time tu teknologi tak canggih sangat huhu ;)


RATING : 7/10 (filem ni kena tengok kat wayang, kenapa? sebab klu nk tengok kat umah, makesure ada bluray player, efek filem ni sangat best!!!)

-zuan- 
p.s dah baca review kl, gangster belum? harini aq nye futsal tournament dibatalakn sebab kurang penyertaan, so main futsal macam biasa dgn homies lain ;)

Friday, 3 June 2011

> Movie Review : X-Men: First Class

Before Charles Xavier and Erik Lensherr took the names Professor X and Magneto, 
they were two young men discovering their powers for the first time. Before they were archenemies, they were closest of friends, working together, with other Mutants (some familiar, some new), to stop the greatest threat the world has ever known. In the process, a rift between them opened, which began the eternal war between Magneto's Brotherhood and Professor X's X-MEN

HOlla Bloggers,

Dah tengok X-Men? Trust, Friendship and Betrayal (also Revenge) adalah konklusi yang aq leh simpulakan dari prequel X-Men kali ni.. Bila sebut je X-Men, mesti ada Aksi, Adventure, Drama, Sci-Fi dan Thriller dalam genre filem nya, dan seperti biasa CGI memang jarang mengecewakan (biasa la keluaran 20th Century Fox).. 

Dengan Tagline "Before he was Professor X, he was Charles. Before he was Magneto, he was Erik", dah cukup menyatakan ini adalah Origin kepada X-Men, dan bagaimana semuanya bermula dengan Persahabatan..

Ok straight to the point, dengan durasi filem 132 Minit, filem ini padat dengan aksi dan informasi berguna untuk mereka yang mungkin tertanya-tanya akan pelbagai persoalan pada filem-filem sebelum ni, pada aq yang bukan pengikut X-Men yang setia, filem ini sedikit sebanyak membantu aq untuk lebih meminati X-Men.. So agak sukar sebenarnya untuk aq tulis review kali ni (so kepada peminat X-Men, jangan marah ek klu review aq membuatkan anda kurang puas hati hehe)..

Alrite, pada awalan cerita, dia bermula Charles Xavier dan Erik Lehnsherr pada umur 12 tahun, menceritakan bagaimana mereka mendapat kuasa mereka (ops sedikit spoiler.. hehe), dan time skip beberapa tahun, dan tertumpu pada mereka di usia 20-an (Charles Xavier lakonan James McAvoy dan Erik Lehnsherr lakonan Michael Fassbender) dan watak-watak mutant lain.. 

Hmm apa lagi aq nk komen pasal movie kali ni? 

Storyline dia tersusun dan menarik pada aq, ye la dia bermula dengan waktu mereka kecil, dah besar, bersahabat dan.. (tengok sendiri kalau nk tau dan apa hehe)..  

Mesej, apa yang ingin disampaikan dalam filem ini? Ok, rajin-rajin la bergotong royong, hehe tade la.. trust la pada sahabat anda sebab kalau anda dah takde siapa lagi kat dalam dunia ni, sahabat la yang paling dekat dengan anda.. hehe

Rating : 8.0/10 (berbaloi tengok kat panggung berdekatan dan dijadikan koleksi)

-zuan-
p.s next week mayb aq kurang blogging.. so aq try post sebanyak mungkin minggu ni.. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...