Showing posts with label Motivation. Show all posts
Showing posts with label Motivation. Show all posts

Tuesday, 27 March 2012

> Kalah Di Awal Perlumbaan, Tapi Menang Di Hujungnya

HOlla Peeps,

Apa khabar semua? Sehat? Mood ok? Ada yang down? What the??? SPM tak berapa bagus? Adehhhh~ Dapat berapa? Ops lambat pulak aku tegur pasal SPM kat sini. But takpe, sure ramai yang dah mula nak mencari hala tuju selepas ni, so aku rekomen jadi cikgu! Kenapa cikgu? Baca entry ni kalau nak tau kenapa aku suruh jadi cikgu.

Alright gagal sekali tak bermakna gagal selamanya, "oh yeahhh selamanyaaaa harimau malayaaaaa~" (ehhh mengarut pulak dah)

Aku nak tekankan kat sini betapa ruginya orang yang dah 'white flag' bila dapat bad result in SPM. Well result "hanya di radiooooo~" eh di kertas sorry sorry sorry, terOVER pulak kat entry ni.

Korang masih ingat kisah Arnab dan Kura-kura? Hahh? yang Zizan Razak berlakon tu? Beb, tahun mana kau lahir ni? Cikgu tak cerita ke kisah kura-kura dan arnab kat korang???

Mehh sini aku cerita, di suatu hari...





Dan pemenangnya adalah? Kura kura~ yeahhhh tepat sekali!!! Macam mana arnab yang laju tu boleh kalah padahal dia dah speeding kaw kaw punya?

Sebab arnab tu ada perangai yang biasa kita tengok atau jumpa pada orang melayu, that is suka sombong dan berlagak apabila berada di hadapan. Bila dia dah kat depan, confident level dia untuk menang sangat memuncak sehingga dia leka dan lalai sehingga kura kura, haiwan yang mempunyai sifat sabar yang tinggi dan tak mudah putus asa (yang mana susah nak nampak dalam orang melayu) berjaya memotongnya dan menang pada akhirnya. Walaupun kura kura kalah pada awalnya, tapi sebab determination yang kuat yang ada di dalam diri kura kura, kura kura berjaya menang perlumbaan itu.

So lesson learned..

Bawah ni pula full video untuk cerita tadi, thanks to youtube dan filem animasi terbitan Filem Negara Malaysia.



-zuan-
p.s : majulah melayu untuk negara, throw that 3rd class mentality and be the 1st class mentality!!! 

Saturday, 25 February 2012

> Lucky Day | Wavin' Flag

HOlla Peeps,

[Short Message : Pada yang ada singgah blog ni semalam, sure ada perasan satu perubahan pada blog ni dari segi komen yang mana dibuat function reply komen. Dah lama aku berniat nak tambah function reply tu, dan di dorong beberapa blogger yang ada menyuruh menambah function reply tu. So lepas ni lebih mudah la nak reply komen pengomen tegar blog ni. Harap tak menyukarkan...]

Ingat/perasan tak yang aku ada tweet;


"cara mudah nak menang satu pertandingan,
shout "i will win!!""


Well ia bukanlah jampi untuk menang. Juga boleh kat aku akan menang dalam usaha! Ia adalah cara aku meyakinkan, mengingatkan dan menyuruh diri aku untuk buat yang terbaik dalam apa sahaja pertandingan yang aku masuk. Peluang mungkin datang sekali, GRAB IT while you still have a chance!!!

Walaupun kalah, atleast kita dah menang dengan usaha untuk menang tu! Dan memang adat pertandingan la, ada menang ada yang kalah. Dan kekalahan tu suatu yang aku selalu alami dan aku terima positif setiap kekalahan untuk berusaha lebih lagi.    


Kalah sekali,
tak bermakna kalah selamanya bukan? 



Hehe alright alright peeps, aku nak share dua good news yang aku dapat pada hari Rabu yang lepas (hari yang mana bloggers akan post Wordless Wednesday).. Alhamdulillah, 22/2 yang lepas (hari rabu la tu) adalah tarikh yang bermakna kepada aku, boleh kata My Lucky Day.. 

Sebab apa Lucky Day?

  1. Result sem 4 aku keluar pada 12 tengah malam 22 Febuari dan Alhamdulillah pointer aku naik mendadak kalau dibanding 3 sem lepas. So sepanjang hari aku tersenyum seorang diri.
  2. Pada malamnya pula aku di umum sebagai PEMENANG CONTEST KAROK With Zarul Umbrella Featuring Madammondoq, Abangensem & Eyriqazz. HEHE Peluang karaoke bersama retis Zarul Umbrella wei, sapa taknak kan? 

Alhamdulillah syukur kepada Allah.. 2 berita gembira aku dapat dalam satu hari (",) 
Apa pula kisah korang?




Jom layan lagu penaik semangat dan lagu inspirasi,
Wavin' Flag nyanyian K'Naan feat. David Bisbal (Promotional Anthem for FIFA World Cup 2010)



Give me freedom, give me fire, give me reason, take me higher
See the champions, take the field now, you define us, make us feel proud
In the streets our heads are lifting, as we lose our inhibition,
Celebration, its around us, every nations, all around us
Singing forever young, singing songs underneath that sun
Lets rejoice in the beautiful game,
And together at the end of the day.
We all say

[chorus:]
When I get older
I will be stronger
They'll call me 'Freedom'
just like a wavin' flag
and then it goes back, and then it goes back
and then it goes back, and then it goes . . .

Born to a throne, stronger than Rome
but violent-prone, poor people zone,
But it's my home, all I have known,
where I got grown, streets we would roam
Out of the darkness, I came the farthest
out of the hardest survival
Learn from these streets, it can be bleak,
accept no defeat, surrender retreat

[bridge:]
So we strugglin'
fightin' to eat
and we wonderin'
when we'll be free
so we patiently wait
for that fateful day
it's not far away,
but for now we say:

[chorus]

So many wars, settlin' scores,
bringing us promises, leaving us poor,
I heard them say, love is the way
love is the answer, that's what they say
But look how they treat us, make us believers
we fight their battles, then they deceive us
try to control us, they couldn't hold us
'cause we just move forward like Buffalo soldiers

[Bridge]
[Chorus]

#justgoogleit


-zuan-
p.s : happy weekend peeps ;) 

Monday, 5 December 2011

> Personaliti

HOlla Peeps,


Individu yang cemerlang bermula dari rumah! Eh betul ke? Tapi cemerlang tu bukan satu yang objektif, dan hanya tertumpu pada satu perkara sahaja.. Cemerlang dalam akademik, cemerlang dalam kokurikulum dan cemerlang dalam agama serta kehidupan.. Penting tuk cemerlang dalam semua bidang ni, jadi dapat C tu cemerlang la? Eh mana ada, kena la dapat A.. Tapi kalau cemerlang mana pun, kalau personaliti korang teruk, teruk gak jadinya kan?

#justgoogleit

Manusia yang cemerlang,

  • Tidak membandingkan kehidupan dia dengan orang lain. Jangan sesekali mengatakan yang kehidupan anda lebih malang atau lebih hebat dari orang lain, bersyukur (ingat lagi kisah si miskin dan si kaya?) la dengan apa yang anda dapat dalam kehidupan ini.
  • Selalu berfikiran positive. Untuk berjaya, kena selalu berfikiran positive, walaupan anda ditimpa malapetaka, anggap ia satu ujian dan ada hikmah disebaliknya.
  • Ketahui tahap anda! Setiap orang ada limitasi mereka, tiada yang benar-benar hebat sehingga mampu membuat extraordinary things mengalahkan superhero di dalam komik. Jadi ketahui limitasi anda, jangan terlalu menguji sejauh mana kemampuan anda.
  • Jangan membuang masa dengan bergosip! Huhu rata-rata menghabiskan masa melepak di kedai mamak dan berborak mengenai artis, dan begosip seperti makcik-makcik yang tiada kerja nak buat selepas memasak di rumah.
  • Jangan terlalu berkeras kepala untuk memenangi setiap perkara! Memang bagus untuk memberi pendapat sendiri dan cuba memenangi apa yang anda sokong, tetapi kadang-kadang adalah perlu untuk step back a lil step dan agree to disagree.
  • Kehidupan kita ni terlalu singkat, jadi jangan singkatkan ia dengan membenci. Agama kita melarang kita membenci manusia lain, walaupun mereka melakukan perkara tidak baik keatas kita, jangan benci atau berdendam dengan mereka! (sekali lagi diinspirasi dari aku dan sesuatu)


Banyak lagi sebenarnya, ciri-ciri personaliti yang perlu ada dalam diri kita, tapi kalau banyak sangat aku imputkan dekat korang, takut overload memory pulak kan? Jadi pelajari sedikit dahulu untuk entry kali ni, insyaAllah akan dikongsi lagi pada entry-entry akan datang, tapi dengan cara yang lain.. 

Jadi apa yang korang dapat dari entry kali ni? Sesuatu yang kita dah tau sebenarnya, tetapi sering kali terlupa untuk melaksanakannya. Ingatkan yang lain, dan insyaAllah kita tak terlupa untuk ingatkan diri kita..


-zuan-
p.s : kembali kepada kehidupan normal aku sebagai seorang student selepas penat menjaga booth dari khamis hingga sabtu lepas 

Tuesday, 20 September 2011

PENINGkatan - Kalau Tak PENING tak ada la PENINGkatan

HOlla Peeps,


"kalau kita tak pening, tak ada la PENINGkatan!"

satu ayat yang aku ingat sampai bila-bila.. eh mana aku dapat ayat ni? Raya lepas (raya ke3), gua (eh aku sudah) ada berjumpa dengan seorang BRO ni, pakar psychology.. Eh aku tak ada prob apa-apa sampai nak kena jumpa pakar psyco, TERjumpa dia time raya je, kebetulan dia datang raya rumah kawan aku time aku.. Alright, aku cerita time 1st time aku jmpa dia apa dalam kepala aku pada awalnya pasal BRO ni, 


look how PO find his inner peace..

"kecoh giler brader ni"

Ye la kan, kitorang tak kenal dia, tapi dia dengan slumber duduk lepak semeja dengan kitorang padahal banyak lagi tempat dia boleh duduk, then start topik dengan bahan-bahan kawan-kawan gua, dah la suara dia tak perlu menggunakan mike~ Gua tak de la marah sangat, tapi pada mulanya agak sedikit menyampah sebab dia bising sangat la time tu.. Alright, apa yang kurang sedap hati sebab member-member aku kena bahan dengan dia! Ouch, panas hati kena bahan??? Hehe lepas korang faham PENINGkatan ni, korang takkan panas dah kalau kena bahan!

BRO : Ko buat apa sekarang?
FIQ : Saya tengah belajar kat maktab sekarang bang..
BRO : La aku tanya ko tengah buat apa, bukan tanya ko belajar ke tak kan? Cakap la kau tengah makan kuih raya! lol~

Actually, gurauan biasa je, but a bit annoying right? Tapi selepas beberapa round kena bahan macam ni kan? Korang akan ada self counter, yang mana korang boleh balas balik apa yang ditanyakan bro ni..

First aku counter brader ni punya bahan :

BRO : Apa nama adik?
AKU : Nama adik saya kat rumah, Fatin!
BRO : Eh, aku bukan tanya nama adik kau kat rumah, aku tanya nama kau~ hehe

Alright aku gagal nak counter balik time ni, ye la, lepas tengok member kena bahan dari mainan perkataan, aku mesti dah tangkap yang dia akan trap aku dengan trick macam tu jugak, tapi dia pandai counter balik apa dia buat, A DUDE WHO WONT GIVE UP EASILY..

So in other case next time kalau kena bahan or kena kritik dengan Anon, be cool~


He's there to motivate us!

Alrite, aku mula respect ngan bro ni bila dia cakap, "Wa rock, jugak, tapi 5 ni gua tak tinggal, RUKUN ISLAM! Solat gua tak tinggal, gua tak layan air kencing syaitan ni (arak), bila kita tak tinggal 5 (solat fardu) ni, kita akan dapat 5 ni (rukun Islam), insyaAllah boleh berjaya dalam hidup, dan kawan-kawan pun akan respect kita"

pergh, start tu aku mula respect bro ni sebab dari mimik muka dia pun i can say he say no bluffing la.. (time ni kitorang tak tau lagi dia ni pakar psycologi pun)




Apa yang dimaksudkan dengan PENINGkatan?

Alrite, bila kita ada masaalah kan? Kita pening?? Betul???
Kita pening sebab kena fikir solution kepada masaalaha kita kan????
So bila dah ada solution pada masaalah tu, berlaku lah PENINGkatan!!!!!
So up one level.. experience dalam masaalah itu, mematangkan kita, menjadikan kita dewasa, and next time kalau ada problem macam ni lagi, fast and greater solution kita boleh produce..


Fail untuk dapat solution dan terus pening?

hehe ada key kepada probs ni, macam bro ni cakap sebelum tu, pegang 5 perkara, rukun Islam tu, solat jangan tinggal.. Dan "find the inner peace" insyaAllah, korang akan tenang je hadapi problem tu.. Sebab tenang kan, inner peace, dalam diri kita! Find it!!! (rujuk wiki untuk penerangan inner peace ni)

Dia banyak sebut Kungfu Panda, bila cerita pasal Inner Peace ni, sebab tu aku letak gambar PO kat atas tu, so bila korang tengok Kungfu Panda, korang teringat kat entry aku.. HEHE



"KORANG NI MEMANG BRO LA"

aku respect cara dia hargai kawan dia.. Dari segi apa? Alright, dia ada cakap, "kawan 10 tahun pun, kalau kita ada masaalah dan need kawan kita, tapi time tu dia tak ada, ada je alasan dia untuk avoid tolong kita, but true kawan pada aku, walaupun kita kenal dia kejap, tapi dia mampu tolong kita, cakap je ada probs sikit, dia akan datang tolong kita ASAP!"


From moody situation,
become MAHARAJA LAWAK situation..

He change mood of the day.. kan mulanya aku macam anti sikit dengan bro ni kan? Then lama-lama aku mula suka dengan rentak dia, cara dia cakap, cara dia motivate, cara dia sampaikan ilmu dia, cara dia develop, he's bro! 
Bayangkan, sampai tuan rumah cakap "boleh masuk maharaja lawak lepas ni
sebab bro ni memang lawak gila punya.. Aku berkali-kali tersedak sebab gelak!!!, 
tapi respon dia, "Tak boleh kak, saya dengan Johan, Zizan, Nabil semua kawan-kawan je, tak nak la.."


At the end of the day...

"ROCK, BRO, PEACE!!!"

Korang rock juga, tapi jangan lupa kawan korang (bro), dan jangan hilang peace dalam diri tu, simpan..


Siapa bro ni?

Yang aku tau dia pakar psoycologi sebab dia ada bagi name card dia time dia nak blah (dia pakai Brabus bai), tak tau banyak sangat pasal dia ni, dan dia ni memang seorang bro yang akan aku ingat pertemuan aku dengan dia sampai bila-bila.. 



*banyak dialog aku ubah sikit sebab tak berapa ingat apa dia cakap aritu, tapi mostly macam ni la.. and entry ni bukanlah copy paste dari mana-mana entry, just a pengalaman n knowledge yang aku nak share ngan semua orang (",)



Jangan tinggal 5!!
Find the Inner Peace!!

"ROCK! BRO! PEACE~"


-zuan-
p.s : sebenarnya aku dapat cabaran dari sorang blogger, "i wanna read the greatest zuan's entries!! ;)" who's that blogger? It's Arisha! So this is another entry yang i make sure i'm satisfy to finish it sebab aku huraikan balik apa yang aku paham dari apa yang bro ni cerita kat aku, and i want everyone satisfy with my huraian dari satu idea..alrite kalau korang rasa entry ni dah cukup power untuk zuan greatest entry, share la dengan kawan-kawan lain lol (",)


  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...