Apa khabar semua? Sehat? Mood ok? Ada yang down? What the??? SPM tak berapa bagus? Adehhhh~ Dapat berapa? Ops lambat pulak aku tegur pasal SPM kat sini. But takpe, sure ramai yang dah mula nak mencari hala tuju selepas ni, so aku rekomen jadi cikgu! Kenapa cikgu? Baca entry ni kalau nak tau kenapa aku suruh jadi cikgu.
Alright gagal sekali tak bermakna gagal selamanya, "oh yeahhh selamanyaaaa harimau malayaaaaa~" (ehhh mengarut pulak dah)
Aku nak tekankan kat sini betapa ruginya orang yang dah 'white flag' bila dapat bad result in SPM. Well result "hanya di radiooooo~" eh di kertas sorry sorry sorry, terOVER pulak kat entry ni.
Korang masih ingat kisah Arnab dan Kura-kura? Hahh? yang Zizan Razak berlakon tu? Beb, tahun mana kau lahir ni? Cikgu tak cerita ke kisah kura-kura dan arnab kat korang???
Mehh sini aku cerita, di suatu hari...
Dan pemenangnya adalah? Kura kura~ yeahhhh tepat sekali!!! Macam mana arnab yang laju tu boleh kalah padahal dia dah speeding kaw kaw punya?
Sebab arnab tu ada perangai yang biasa kita tengok atau jumpa pada orang melayu, that is suka sombong dan berlagak apabila berada di hadapan. Bila dia dah kat depan, confident level dia untuk menang sangat memuncak sehingga dia leka dan lalai sehingga kura kura, haiwan yang mempunyai sifat sabar yang tinggi dan tak mudah putus asa (yang mana susah nak nampak dalam orang melayu) berjaya memotongnya dan menang pada akhirnya. Walaupun kura kura kalah pada awalnya, tapi sebab determination yang kuat yang ada di dalam diri kura kura, kura kura berjaya menang perlumbaan itu.
So lesson learned..
Bawah ni pula full video untuk cerita tadi, thanks to youtube dan filem animasi terbitan Filem Negara Malaysia.
-zuan-
p.s : majulah melayu untuk negara, throw that 3rd class mentality and be the 1st class mentality!!!