Friday 28 September 2012

> Apa Yang Aku Lihat dan Apa Yang Aku Pelajari

Salam Jumaat,

cloud


Sepanjang trip aku di negeri orang, mataku sibuk memerhatikan budaya mereka disamping melihat dengan lensa sendiri bagaimana keadaan negeri orang. Bak kata pepatah, "sambil menyelam minum air" tapi jangan tak larat berenang sebab perut dah kembung minum air ye hehe


Di Hat Yai, apa yang aku perhatikan di sini budaya mengemis seperti yang banyak kita lihat di dalam negara kita. Tiada pengemis duduk di tepi jalan dan menagih simpati mereka yang lalu lalang, dan tiada juga kanak-kanak ke orang dewasa meminta wang untuk makan. Tiada juga 'badan organisasi' yang menegur kita untuk meminta derma untuk sekian sekian. Ia seperti tidak pernah berlaku. Mungkin didalam pemikiran mereka, walaupun mereka hidup susah, tetap berusaha untuk mendapatkan sesuap makanan dan setitis minuman.


Budaya bertolak ansur sering kali aku lihat di sini. Aku perhatikan pemandu kereta banyak bertolak ansur dengan pejalan kaki dan pemandu yang lain. Mereka kelihatan tidak tergesa-gesa ke destinasi mereka sehinggakan sanggup memberi keutamaan untuk pejalan kaki melintas jalan walaupun hijau di line mereka. Penunggang motosikal begitu sempoi memacu kenderaan bertayar dua ke mana sahaja tanpa perlu press minyak untuk menarik perhatian ornag lain.


Berbeza dengan apa yang aku ketahui, dan apa aku dengar yang tempat ini bahaya kerna sering dibisikkan mengenai kes pengeboman di salah sebuah hotel di sini. Pada detik awal aku melangkah kaki ke negara ini, aku rasa takut dan sentiasa bersedia untuk apa apa perkara buruk yang mungkin akan timpa keatas aku. Tetapi selepas melihat dan mempelajari tempat ini, di hari kedua aku di sini, hatiku seperti tidak ada ketakutan dan keraguan lagi seperti di hari pertama. Aku rasa tenang dan selamat dari masalah. Ia seperti tidak pernah berlaku peristiwa hitam di sini. Aku boleh berjalan di kaki jalan dengan senang dan apabila senyum kepada orang di sana, dengan senang mereka membalas kembali senyuman. Ia sesuatu yang jarang aku dapat di negara aku sendiri.


Keunikkan adalah suatu yang menunjukkan keberanian untuk melakukan apa yang orang lain tak pernah buat. Keunikkan di sini yang aku perhatikan adalah keunikkan cara berdagang di floating market. Ia sesuatu yang tidak ada di dalam negara kita sendiri. Ia adalah sesuatu yang unik dan menjadi salah satu destinasi popular dan mesti dilawati di sini kerana keunikkannya yang tersendiri. Ia memberi idea kepada kita yang, jika kita berani buat sesuatu yang tidak pernah dicuba oleh orang lain, ia mungkin akan menjadi sesuatu fenomena atau keunikkan yang akan dikagumi oleh orang lain nanti. Tak kisah la ia adalah weirdo, tetapi jika berani cuba sesuatu yang baru, mungkin hasilnya lebih hebat dari mencuba sesuatu yang sudah ada.


Aku juga pelajari menghormati tempat orang yang mana pernah diberitahu "Di tempat orang jangan berlagak samseng, jangan buat hal, respect tempat mereka dan mereka akan respect kita" dan Alhamdulillah, aku selamat pergi, selamat tiba, selamat dalam trip, dan selamat pulang ke tanah air.


Its a fun trip, and next stop? Maybe Jakarta or maybe Singapore..


train station


-zuan-
p.s: rasanya dah semua benda aku cerita mengenai pengalaman aku di Hatyai (part1, part2, part3, part4).. Jika ada rezeki ke negeri lain yang menarik untuk diceritakan pengalamannya, aku kongsi nanti insyaAllah.. (",)  


click ads to show your support (",)

38 comments:

  1. hmmm...cur owg kita, tak smpai satu saat lampu hijau, owg depan yg lmbat gerak sikit dah kena hon dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela..mcmdie sorg jer yg byar cukai..huhu

      Delete
    2. Anonymous29/9/14 13:26

      setuju dgn kalian... tapi bila dislidiki kenapa mereka berperangai sedemikian... sebenarnya mereka hadapi tekanan dalam kehidupan harian mereka... dan mereka tidak dapat mengatasi stress dan depression tersebut... barulah saya fhm kenapa mereka begitu... *menerusi pengalaman kenalan...tapi dia sudah pulih kini....*

      Delete
  2. zuan...'samsing'?? typo eh..rasanya ejaan 'samseng' ..erkk!! dkna pon confius :)

    dkna pernah sampai Ta'bai dan Indonesia tapi hati tetap rasa takut dan berhati-hati bila di negara orang dan terfikir gak kenapa mereka datang Malaysia penuh dengan 'kenakalan' heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe thanks sebab bgatu.. memang typo pun..hehe :)

      Delete
  3. bestnya zuan blh jln2 tgk negerii org..blh tgk budaya org kan, blh belajar benda yg positif lagi..

    ReplyDelete
  4. Belajar dri experience sendiri lagi bagus dari terus dgr pendapat org...
    Cuma pendapat org tue, sebagai berjati2 laa...

    ReplyDelete
  5. menaikkan semangat ni, all the best bro~

    ReplyDelete
  6. Memang normal bro, biasanya org yang gembar gembur cerite yg macam2 ni bukannya pernah jejak kaki pun. Dengar cerite org pasti tokok tambah yg banyak. IMHO

    ReplyDelete
  7. baguslah zuan..sambil mnyelam minum air..bbeza kan ngara kita dgn negara org lain......hurm..

    ReplyDelete
  8. peramah juga mereka kan.. kat tempat kita ni, yang peramah kebanyakannya orang luar bandar, yang kat bandar ni sombong lain macam

    ReplyDelete
  9. best kan g melancong? aku suke Bangkok sebab jalan diorang licin.. xde lubang sana sini..hehe

    ReplyDelete
  10. insyaallah nak plan ke sana next year... :)

    ReplyDelete
  11. next trip kene ajak sy la kan

    haha

    nk jugak jejalan cuci mata, cuci minda, cuci hati gini

    yelah bru mate kite terbukak, asyik2 terperap di negara sendiri je kan

    ReplyDelete
  12. wahhh habes dah part demi part zuan cite.. hehe
    menarik la zuan sbnrnye tahiland ni kan ?
    cik ana pon bile tgk berita yg bom sana sini
    jd mcm takot je nk pegi.. yelah dok imagine
    kena bom sana sini la kan.. owhh rupenya
    alhamdulillah takde pon ye.. slmt pegi & balik
    zuan dgn kawan2 kan..


    wahwahwah next trip bestnye!
    errr nak ikot jugak boleh ? hehe

    ReplyDelete
  13. lepasnie boleh la plan pergi sana. jom sepakat ramai2 pergi

    ReplyDelete
  14. wahh bestnya dpt jejalan..hat yai tu..dkt je p xdpt lg g...

    ReplyDelete
  15. untung la sempat nak jejalan sampai ke sana.

    ReplyDelete
  16. Perfect.. suka entry ni.. ;)

    ReplyDelete
  17. aku memang tertarik dengan floating market tu... tapi kalo ko makan cengkerik ke, kala jengking ke... lagi best! haahahaha

    ReplyDelete
  18. bak kata org jauh berjalan luas permandangan...^_^

    ReplyDelete
  19. Bagus sekali sekala dapat pergi tempat orang ni. Dapat lihat dan pelajari budaya mereka. Semua tu boleh dijadikan panduan kalau ianya baik.

    ReplyDelete
  20. weee....seronok zuan berjalan2..:D tapi destinasi tu sesuaitak untuk honeymoon ?? :D

    ReplyDelete
  21. lepas ni gi kemboja lak eh?

    ReplyDelete
  22. Jauh perjalanan luas permandangan

    ReplyDelete
  23. betul kata pepatah jauh berjalan luas pemandangan

    ReplyDelete
  24. menarik jugak thailand ni..selalu dengar yang negatif je

    ReplyDelete
  25. bestnya, Zuan!!! it's always worth exploring more about people, culture and customs in other countries. :) unfortunately, i haven't been to many interesting places while i was in Hatyai last time since we've rushed to get back home early. :( btw, if you want to go to Jakarta, just keep me informed, yeah? hehehe.

    ReplyDelete
  26. kadang2 dengar ceriat dari org nie lain rasanya dari kita pergi sendiri ke tempat tue dan lihat depan mata kiat sendiri..dari situ kita boleh buat penilaian betul2 dari kaca maata kita...untung awak dpt pegi becuti ke oversea..=)

    ReplyDelete
  27. singapore lahhhh zuan.
    dekat dah dengan jb ni haaa
    >.<

    ReplyDelete
  28. Anonymous29/9/14 13:34

    setuju dengan penulis blog dan entry ini.... acapkali kita yg tidak menikmati sendiri pengalaman budaya sesuatu tempat, tetapi provokasinya lebih dari perang dunia kedua.... mmg pernah kita dikejutkan dengan pengeboman di pusat Bandar hatyai satu tika dahulu, dan ramai mengatakan org thai yg bom... tahukah kita bahawa yg bom tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah warga thai yang berbangsa melayu dan islam...?

    tidak perlu keruhkan keadaan dengan isu bangsa mahupun Negara... kita serumpun... apa yg penting, kita enjoooyyyyy....!

    ReplyDelete

Every comment worth a thousand thanks.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...