Showing posts with label shakiddo. Show all posts
Showing posts with label shakiddo. Show all posts

Monday, 27 May 2013

Kronologi: Battle for the Top 3 Commentator! Only @Shakiddo.com (Part 1)

HOlla Peeps,

Pada yang follow dan selalu baca blog Kid, akan perasan rivalry antara aku dan Ezad! Cerita rivalry ni bermula selepas Kid announce reward tuk top komen di blog beliau pada 1 Jan 2013 kalau tak silap gua. Since gua dah tau yang dia ni seorang full-time dan sangat komited dengan Blog Shakiddo dia, gua cuba la support dari belakang dengan komen 1 jam sehari (Sebenarnya nak dapatkan duit poket huhuhu), sebab lagi 23 jam gua nak tidur, makan dan korek telinga.

So dari situ, bermula kronologi pertempuran Top Commentator di blog Shakiddo (Sila mainkan soundtrack filem 300 untuk mendapatkan feel Epic Battle);


Top Commentator January (0-1)

Bulan Januari memang bulan Ezad tame semua orang. Satu bulan penuh dengan cabaran pada aku sebab aku masih di Arau dan sibuk siapkan full report untuk Final Year Project - Bijak Jawi aku. Kebetulan persaingan kuat juga datang dari blogger gila komen, Afasz time tu. FYI, Afasz ni pernah belajar di UiTM Arau seperti aku juga. Kira dia senior aku la, tapi lain tahun sebab tu tak pernah bersua muka.




Top Commentator February (1-1)

Selepas kembali dari dunia student life, akhirnya aku ada peluang untuk bagi komitment untuk komen gila-gila di blog kid. Akhirnya aku berjaya menjaringkan gol penyamaan pada bulan Febuari untuk menyamakan kedudukkan dengan Ezad. Kelihatan Afasz tiada didalam persaingan dan Dayah mula masuk stage untuk saingi Top 3! Walaupun total komen bulan Febuari tak sebanyak bulan Januari, aku masih mampu jadi top komentar untuk bulan tu. Alhamdulillah. 


Top Commentator March (2-1) 

Dan surprisingly, total komen di bulan 3 juga menurun. Dan lagi terkejut, giliran Dayah pula hilangkan diri di saingan bulan March. Aku baru mula praktikal di bulan March, masa agak limit untuk komen tapi masih mampu beri komitmen di bulan March sehingga menjaringkan gol ke 2 mengatasi Ezad. Datin Tyka a.k.a Zorro naik ke stage! Dari mana dia datang? Untuk apa dia datang? Menjadi persoalan hingga kini. Adakah dia akan hilang di bulan April seperti Afasz dan Dayah???


Top Commentator April (2-1)
Nampaknya ramalan yang Datin Tyka akan terkeluar dari saingan ternyata meleset! Dan kalini battle for Top 3 berterusan sampai pukul 11.59 tengah malam. Babak kejar mengejar mungkin tak selaju Fast 6. Tetapi memberi impak sehingga aku tak sempat nak minum air. Ezad yang stop komen untuk beberapa hari kerana tak sihat kembali mengejar. Tapi sudah terlambat sebab masa begitu cepat berlalu pada malam tersebut. 

Dan begitulah kronologi pertempuran top komentar di blog KID! Persaingan untuk bulan May masih lagi berlangsung! Adakah Ezad akan menjaringkan gol penyamaan di bulan May? Atau adakah Datin Tyka akan meneruskan serangan??? Dan aku tertanya-tanya di mana Dayah dan Afasz? Adakah diorang akan kembali ke stage Top Commentator di bulan akan datang? Masih menjadi tanda tanya..

To be continued...


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: bila aku nak dapat offer berlakon dengan Wawa Zainal atau Nora Danish ek? 


click ads to help be win next goal (",)

Wednesday, 22 May 2013

'I Ingat Dia Ajar Buat Blog, I Bukan Blogger'

HOlla Peeps,

Rasa rezeki tak sampai bila dapat tahu orang sebelah dapat Tiket ke Legoland. "Ehh dia bukan blogger ke?"Bisik hati kecilku. Maybe dia datang bila dapat tahu boleh buat duit dengan blog.




Then bila majllis dah selesai, macha sebelah aku tadi bisik dekat aku "I ingat dia ni ajar buat blog, tapi takdepun ajar. I bukan blogger. Ingat datang nak belajar la. Tapi takpa la, juga info dapat tahu." Keluhan seorang yang datang ke seminar tu. Tapi dia kata dia thankful sebab dapat tiket Legoland. And the rest is history..

Ada member-member gua heran kenapa aku pi lagi seminar? Tak cukup ke pengalaman 3 tahun tulis blog? Jawapannya mudah, 3 tahun tu terlalu singkat untuk belajar semua benda. Banyak lagi aku tak tau, banyak lagi nak kena belajar. Sebab tu sampai sekarang tak ramai kenal branding aku lagi. Mungkin ada yang just ignore je blog aku ni. Sobs..


thanks to Denaihati - Hidupkan Untuk Memberi untuk seminar yang ohsemm ni


Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Banyak input yang aku dapat selain dari cara membuat duit, moral tu penting dalam setiap seminar supaya kita tak terlena berkawan dengan 'root of all evil' which is Money...


Panel-panel otai yang hadir. 
Rasanya kalau nak dijemput semua otai, kena buat seminar satu minggu.
Barisan otai terdiri daripada: Ikhwan Nazri @ Tekong(Amanz.my), Nisa Kay (NisaKay.com), Mohd Suhaimy @ Shuth (WangCyber) dan Ahmad Faizal @ Titan (EarnCent.com)


3 Strategi buat duit dengan blog yang di kongsikan oleh Shuth adalah: Niche (Topik), Markerting (Pemasaran), Monetization (Buat Duit). Niche memang diperakui semua, satu yang sangat penting dalam penulisan blog.. the rest? Google la sendiri, sapa suruh tak pi seminar tu hehehe..

Actually terlalu banyak input sampai tengah diproses menjadi output.. Kalau nak lebih input, jangan segan segan join group Denaihati Network. Banyak input di sana, seminar, event, you name it..


And not to forget, Si Traveler Comel, Rayyan Haries!
Bro, one day we will travel together! Hehe

One of epic moment happen when salah seorang audience stand up and said
"Akak nak sponser adik punya next trip!

Alhamdulillah, rezeki Si Traveler Comel ni..


Dan tak lupa, makanan yang dihidangkan sangat sedap. 
Berbaloi aku habiskan karipap inti serunding ni sementara tunggu diberi makan.


Review gua pasal seminar Buat Duit Dengan Blog:
"Sempoi, setiap masa digunakan dengan baik, panel-panel sangat otai dan tak kedekut ilmu, persembahan sempoi dari Zarul dan tak lupa karipap sodappp hingga menjilat jari.."

Dan Thanks kepada Shakiddo kerana sponser seminar ni.. Thanks bro, akhirnya dapat jumpa geng-geng blogger lain selepas lama gua menyepikan diri dari event.. Its time to get back to the stage..


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: den domam, larat tulis entry sempoi-sempoi je ni.. 


meh tolong aku buat duit (",)

Wednesday, 20 March 2013

Shakiddo Top Commentator Februari 2013 - Alhamdulillah Menang Lagi

HOlla Peeps,

Alhamdulillah, rezeki lagi.. Thanks Shakiddo
Kerna insentif dari KID, aku boleh buat belanja makan untuk satu minggu hehe..
Arigatou! Bulan depan harap dapat lagi..hehe


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: aku dengar sekarang ni Watsons ada buat Win Our Wheels (WOW) Contest. Pemenang akan dapat Ford Fiesta! Woahhh!!! (Ini bukan iklan berbayar......................lol)
Harap ada rezeki menang contest ni, amin.. 


click ads to show your support (",)

Saturday, 28 July 2012

> Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 shakiddo.com

HOlla Peeps,

Blog ni dulu well known ngan Tech Technology dan Movie Review. Ada juga blogger yang pernah komen diornag rasa nak jadi baik dan insaf bila masuk blog ni sebab banyak ilmiah dan islamic yang di kongsi, dan Alhamdulillah itu lah niat aku, kongsi benda menarik kepada pembaca (dan sometime aku kongsi di SB FB Page). Pernah skali digelar Blogger Yang Suka Karok..Hehe skarang pula rasanya blogger yang suka join contest. Hehe actually join contest tanda support.. Sorry peeps, aku outdated pasal Tech untuk masa ni. Bulan puasa ni berehat dari tengok movie, so no Movie Review untuk di bulan yang mulia ini.. Alrite cukup panjang intro kali ni, dan adakah ini tanda aku ada free time? Well aku ambil keputusan untuk off kejap harini sebab dah siap bab desining untuk projek aku, so lepas ni focus untuk module dan music pula..hehe




Contest apa pula kalini? Well ia adalah



Hadiah bernilai RM200k untuk dimenangi!! Hehehe kidding, lebih RM200 untuk dimenangi sebenarnya yang mana #1 akan mendapat RM50.00, #2 RM30.00 dan #3 RM20.00! Bukan itu sahaja, 4 hadiah khas juga disediakan untuk Like Terbanyak, SEO Carian Google Tertinggi, Referral tertinggi, dan Random Pick! Menarik bukan? 


#dapat bonus tak klu tolong promote? huhu



Apa kena buat?
Buat CERITA DAN GAMBAR mengenai bulan ramadhan dan tahun ini sahajadan masukkan di blog anda. Konsepnya adalah CERITA PUASA RAMADHAN 2012. Tak kisah lah anda nak cerita sepanjang mana pun asalkan ia ORIGINAL (plagiat akan automatik reject). Buka puasa, sahur, tarawikh, shopping masa puasa atau apa-apa sahaja mengenai CERITA PUASA RAMADHAN 2012. Gambar akan dimasukkan ke dalam FACEBOOK SHAKIDDO.COM


Well kalau nak diceritakan plan, memang tak terkira plan yang aku nak fulfill time puasa ni, yela cuti semester la katakan.. Tapi perlu delay kerna beberapa perkara perlu di utamakan,


1. Siapkan Projek Jawi aku! Memang top priority sekarang ni sebab naik semester bulan 9 ni supervisor mau 80% siap (sekarang ni baru siap design, lepasni nak kena coding, scripting, recording n editing). Hmm well i wanna say to her "Madam, lets present the project!!" hehe




2. Ini memang dah lama niat aku nak buat. Belajar baca balik Quran. Dah lama tak baca, so kita pun tak pasti samaada betul bacaan kita kan? Aku discover satu tempat belajar ni, Al-Baghdadi! Ia mengajar Quran melalui teknik ketukkan! Menarik bunyinya kan? Dengan bantuan alat ketukkan, kita diajar menyebut setiap tajwid dengan jelas dan lancar. Sungguh menarik, Al-Baghdadi ni dah banyak ada di setiap negeri.




3. Dan tidak ditinggalkan, nama pun bulan puasa, so Puasa dan menunaikan solat Terawih adalah salah satu priority aku juga untuk bulan Ramadhan yang mulia ini. Opss tak payah la scroll bawah carik gambar aku puasa n terawih, kerna tak sempat aku nak bergambar dengan tok imam lagi.. huhu!!!

Shopping? Dah buat beberapa hari sebelum bermula puasa! Well malas nak sesak-sesak time bulan puasa. Plus bulan puasa kan bulan beribadah? Bukannya bulan shopping..hehe

Hmm antara benda yang aku nak buat tapi tolak tepi adalaha workout! Hehe nak badan ketul ketul macam HULK! Tapi bila fikir balik, kalau workout petang, mesti penat n dahaga, tapi advantage dia, bila balik rumah dah nak berbuka puasa. Disadvantage dia pula, penat tu mungkin tak hilang di malam hari dan akan menyebabkan mengantuk~ hasilnya? Tiada la terawih di malam hari~ 


Alrite, rasanya ini sahaja cerita aku untuk bulan ramadhan ini.. Kisah tulis ikhlas dari Zuan Macho!!!


-zuan-
p.s: ingatkan bulan puasa ni boleh cukup tidur, tapi bila nsk tidur je otak dok running fikir pasal design..adehhh~


click ads to show your support (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...