Showing posts with label Seminar Buat Duit Dengan Blog. Show all posts
Showing posts with label Seminar Buat Duit Dengan Blog. Show all posts

Friday, 31 May 2013

Antara Cepat Berjaya dan Cepat Banjir

HOlla Peeps,

Tengok jam, dah pukul 5:40! "Ehh 5 minit lagi bus nak sampai!" Terus aku kemas-kemas barang takut tertinggal bus. Next bus in 30 minit. Sure sampai rumah pukul 8 lebih atau paling lewat pukul 9 malam kalau naik bus pukul 6:15 petang.

Slow slow kluar dari office takut boss nampak. Nampak permainan tu? Boss tak balik lagi, tapi pekerja dah balik dulu. Actually boss tak kesah pun aku kluar awal sebab diorang tau aku praktikal ulang alik dari Senawang everyday. Ramai masih dok tanya kenapa tak cari rumah sewa atau bilik sewa je di area Dutamas. Alasan aku, nak saving duit untuk beli Ipad sebab time Seminar Buat Duit Dengan Blog haritu tak dapat Ipad.


Pantas je aku turun ke bawah ke arah tempat tunggu bus. Memang cantik timing. Bus dah sampai pun. Ramai que nak naik. Aku dah malas nak berebut-rebut nak naik. Lantak la kena berdiri pun. Bukan lama pun nak berdiri.

Lepas dah naik bus, tersenyum je aku dengan sorang pakcik berusia 50an yang dapat tempat duduk. Aku just berdiri di sebelah dia. Pakcik tu dah sedia maklum yang aku praktikal di salah sebuah company Software House di Solaris Dutamas. Biasa sembang sembang dengan dia. Pernah sekali hujan lebat dan banjir. Banjir selalu melanda di jalan Duta sebab kerja-kerja siapkan MRT. Pakcik tu cakap "Ini la dia; Janji di Capati, Bahana Menanti." Lastly, aku agak blur kenapa dia salahkan government bila jadi banjir.


Banjir Projek MRT Jalan Duta
Janji Dicapati, Bahana Menanti?


Pernah sekali dia cerita; Kalau nak hidup senang sekarang ni kena business. Yes I agree, business sangat penting sekarang ni. Tak boleh hanya mengharap pada passive income dengan bekerja bawah orang. Dia ada suggest belajar dan pi seminar Irfan Khairi.

At first I was like, which one is Irfan Khairi ek? Adakah dia khaitan dengan Khairi Jamaluddin? Then dia mentioned Jutawan Internet. Ohhh baru aku dapat tangkap who is Irfan Khairi. He is pakar perniagaan internet. Bergelar jutawan dalam usia yang sangat muda.

Then aku google pasal Irfan Khairi dan find this great quotes from him;

“Jangan percaya kepada perniagaan yang menjamin cepat kaya atau menawarkan jalan pintas untuk berjaya.”

Yes, sangat bersetuju dengan kata-katanya. Recently ramai terperangkap dengan skim cepat kaya seperti MLM. Akibatnya ramai kerugian. Ramai terlalu percaya dan ikut fast track serta mula skip untuk berusaha keras bagi mendapatkan hasil. Ramai terlalu ingin hidup senang tanpa ingin sweat for it. Come on beb; No Sweat, No Rewards!

Mungkin diorang boleh berjaya dengan cara itu, tapi untuk berapa lama? Satu bulan? Satu tahun? Satu dekad? Rasanya tak sampai satu minggu. Sebab biasanya bila kita dapat sesuatu dengan mudah, kita jarang hargainya. Akibatnya berlaku kerugian.


Nampak tak kaitan banjir dan berjaya? Ia berkait rapat dengan istilah 'bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian'. Jika kita ingin senang untuk senang di masa hadapan, kita kena la hadapi susah pada harini. InshaAllah keberkatan akan ada untuk orang yang bersabar dengan ujianNYA. Dan akan ada jalan untuk orang yang tidak pernah kenal erti putus asa. Btw cerita ni dah berlalu about 2 months ago, dan aku baru terfikir nak ceritakannya disebabkan curiosity untuk share lebih tinggi dari biasa.. 


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: selepas balik dari Seminar Buat Duit Dengan Blog, jari jemari aku semakin rajin menaip. Adakah ini tanda aku kuat mengarut?


click ads to aid me to become your millionaire next door (",)

Wednesday, 22 May 2013

'I Ingat Dia Ajar Buat Blog, I Bukan Blogger'

HOlla Peeps,

Rasa rezeki tak sampai bila dapat tahu orang sebelah dapat Tiket ke Legoland. "Ehh dia bukan blogger ke?"Bisik hati kecilku. Maybe dia datang bila dapat tahu boleh buat duit dengan blog.




Then bila majllis dah selesai, macha sebelah aku tadi bisik dekat aku "I ingat dia ni ajar buat blog, tapi takdepun ajar. I bukan blogger. Ingat datang nak belajar la. Tapi takpa la, juga info dapat tahu." Keluhan seorang yang datang ke seminar tu. Tapi dia kata dia thankful sebab dapat tiket Legoland. And the rest is history..

Ada member-member gua heran kenapa aku pi lagi seminar? Tak cukup ke pengalaman 3 tahun tulis blog? Jawapannya mudah, 3 tahun tu terlalu singkat untuk belajar semua benda. Banyak lagi aku tak tau, banyak lagi nak kena belajar. Sebab tu sampai sekarang tak ramai kenal branding aku lagi. Mungkin ada yang just ignore je blog aku ni. Sobs..


thanks to Denaihati - Hidupkan Untuk Memberi untuk seminar yang ohsemm ni


Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Banyak input yang aku dapat selain dari cara membuat duit, moral tu penting dalam setiap seminar supaya kita tak terlena berkawan dengan 'root of all evil' which is Money...


Panel-panel otai yang hadir. 
Rasanya kalau nak dijemput semua otai, kena buat seminar satu minggu.
Barisan otai terdiri daripada: Ikhwan Nazri @ Tekong(Amanz.my), Nisa Kay (NisaKay.com), Mohd Suhaimy @ Shuth (WangCyber) dan Ahmad Faizal @ Titan (EarnCent.com)


3 Strategi buat duit dengan blog yang di kongsikan oleh Shuth adalah: Niche (Topik), Markerting (Pemasaran), Monetization (Buat Duit). Niche memang diperakui semua, satu yang sangat penting dalam penulisan blog.. the rest? Google la sendiri, sapa suruh tak pi seminar tu hehehe..

Actually terlalu banyak input sampai tengah diproses menjadi output.. Kalau nak lebih input, jangan segan segan join group Denaihati Network. Banyak input di sana, seminar, event, you name it..


And not to forget, Si Traveler Comel, Rayyan Haries!
Bro, one day we will travel together! Hehe

One of epic moment happen when salah seorang audience stand up and said
"Akak nak sponser adik punya next trip!

Alhamdulillah, rezeki Si Traveler Comel ni..


Dan tak lupa, makanan yang dihidangkan sangat sedap. 
Berbaloi aku habiskan karipap inti serunding ni sementara tunggu diberi makan.


Review gua pasal seminar Buat Duit Dengan Blog:
"Sempoi, setiap masa digunakan dengan baik, panel-panel sangat otai dan tak kedekut ilmu, persembahan sempoi dari Zarul dan tak lupa karipap sodappp hingga menjilat jari.."

Dan Thanks kepada Shakiddo kerana sponser seminar ni.. Thanks bro, akhirnya dapat jumpa geng-geng blogger lain selepas lama gua menyepikan diri dari event.. Its time to get back to the stage..


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: den domam, larat tulis entry sempoi-sempoi je ni.. 


meh tolong aku buat duit (",)

Saturday, 18 May 2013

Apo Den Buat Kek Situ? Zuan dan Denaihati

HOlla Peeps,

19 Mei 2013,
Hotel Singahsana, Petaling Jaya.
Event: ???



Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: teka teki teka ketuk, sapa salah kena ketuk~ hehe update cincai cincai je den boleh buat weekend ni.. busy beb.. Tadi ke Shah Alam jumper Supervisor, harini pulak gi PJ..    


click ads to show your support (",)

Tuesday, 14 May 2013

Cara Gua Saving Duit (Tips Jimat)

HOlla Peeps,

Sepanjang gua belajar di tempat orang ni (ado la 6 tahun kot) banyak dugaan bila poket tebal, bila poket nipis.. Sekarang ni bila dah mula internship (dah 2 bulan) baru la gua sedar macam mana nak elakkan diri dari boros dan hanya sibuk memuaskan nafsu yang hanya sementara. Kita ni manusia, memang mudah tewas dengan nafsu, terutama sekali nafsu makan mewah, nafsu shopping, nafsu travel dan nafsu sex berhibur!


Bila dah tak berduit baru la nak mintak kat PAMA (Papa dan Mama). Bila ada duit, ada ingat nak belanja diorang makan Dominos atau Nandos? Ado teringat nak ajak diornag pi USS atau Genting? Memang tak ada kot. Rasanya rata-rata lebih gemar menghabiskan fulus bersama kawan-kawan sebaya yang belum tentu sehidup semati dengan kita.

Sambil tu, den nak promote buku ni. Best!
Ado jual kat MPH. Arge tak baru RM18,
isinya lagi sedap dari makan Pizza arge RM30 hehehe

Yes, pengalaman hidup mengajar kita menjadi siapa kita sekarang ni. Tak ada individu normal yang lahir-lahir je dah tau apa nak buat tanpa pengalaman atau pengetahuan tengang sesuatu perkara. Mesti akan melalui zaman 'boros'. Zaman suka berhibur. Zaman ingin kemewahan. Zaman kemaruk keduniaan.

Alhamdulillah, rasanya rata-rata dah 'bangun' dari tidur. Harap kita terus terjaga dan tidak lagi dibuai mimpi-mimpi indah yang hanya sementara ni.

Ok! Dah lari pulak dari tajuk asal. Ni la akibatnya bila dah seronok menaip, terus lari dai jalan awal. Elok nak berhenti kat R&R Seremban, terus ke R&R Sungai Buluh hehe.

Berikut adalah tips saving untuk noobs yang tak tau cane nak save duit dan hanya bergantung pada PAMA (ini adalah extended version daripada versi awal yang pernah aku publish last year http://eleventx.blogspot.com/2012/06/tips-saving-duit.html):
  1. Rekod belanja (spending) harian di dalam buku. Setiap sen yang dikeluarkan perlu di kira (jangan menipu eks, please jujur dalam hal ni.. hehe) Opss kalau ada derma tu, jangan la rekod pulak sebab derma tangan kanan sorok tangan kiri hehe.. Dengan rekod ni, korang akan mula nampak mana duit tu flow.. So dari situ boleh set di dalam minda untuk kurangkan spending, supaya matlamat untuk saving duit boleh dicapai.
  2. Makan jangan mengikut nafsu. Kalau teringin sangat nak makan subway or lunch mewah mewah, time lunch save la RM2-3 setiap hari. Aku masih banyak makan roti sampai sekarang. Masih setia dengan Gardenia walaupun orang kata harga roti nak (Mana ada naik! Tipu je semua tu). Dengan makan roti time lunch, dan air buah yang harga bawah RM2.00 (Fav gua, Peel Fesh!). Aku boleh jimat up to RM3-RM5 a day! Yups! Sapa kata makan roti tak kenyang? Yang kata tak kenyang tu, korang baca bismillah tak? Hehehe
  3. Gunakan public transport! Walaupun aku ni sekarang ni mampu untuk membeli sebuah kereta murah (bukan nak berlagak), tapi aku masih tak berbuat demikian dan masih setia dengan Skooter Nouvo aku! Yeah, public slow, waste time, blablabla.. but what do you gain? Save MONEY! Time dalam public tu pula boleh dimanfaatkan dengan membaca buku dan tidur! Kan dah saving lagi masa tidur dan masa membaca buku di rumah. 
  4. Jangan berhutang dan mengunakan kad kredit sesuka hati! So berbelanjalah ikut kemampuan.  Kalau agak tak mampu nak beli Galaxy S4 tu, tunggu la dia turun harga, takpun cakap je kat tuan kedai "Saya ni comel! Boleh buat gwiyomi lebih cute dari Nora Danish! Kalau taknak jual half price, saya cari kat kedai lain!". Kita ni kalau dah tau tak mampu, tapi rasa kalau hutang, kita boleh dapat benda tu, mesti la nak berhutang kan? Tapi kira tak interest hutang tu? Kalau ada 'orang lain' tolong bayarkan interest tu, takde masalah. 
  5. Baca buku-buku ilmiah. Percaya atau tidak, yang membaca buku, akan membuatkan korang lupa akan kemewahan dunia untuk seketika. Yups! Korang akan rasakan yang ilmu ni, jauh lebih penting dari duit dalam poket. Dalam masa yang sama banyakkan bersedekah. Ia akan mengingatkan kita yang ramai saudara-saudara kita kat luar sana yang tak mampu nak makan dan minum.
  6. Disiplinkan diri untuk saving! Yups ini paling susah! Tapi paling berkesan jika mampu laksanakan! Salah satu cara yang aku nampak bekersan adalah dengan menyimpan sekurang-kurangkan 10% daripada income ke dalam bank, Tabung Haji atau unit trust seperti ASB.

Alhamdulillah, hasil dari apa yang aku slalu buat ni, aku masih mampu hangout dengan member time weekend tanpa perlu berpeluh keluarkan duit. Banyak lagi tips-tips yang boleh diamalkan rasanya. Tapi aku highlight-kan 6 ni je. Tips ni ditulis untuk ingatkan diri aku juga, supaya suatu hari nanti jangan pula 'billionare next door' ni jadi seorang yang boros dan hanya kemaruk dengan harta duniawi.


Apa pulak tips yang korang boleh kongsikan supaya kita boleh maximumkan simpanan kita untuk jangkamasa panjang?


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: alright, aku dah semakin busy lately. Praktikal dah nak habis. Ada beberapa minggu je lagi. Mayb akan kurang update dan kurang blogwalking. Maaf jika tak bekesempatan tuk drop komen di blog korang.. Chill ya~ :D 


click ads to fund me to USS (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...