Showing posts with label Affiliate Earning. Show all posts
Showing posts with label Affiliate Earning. Show all posts

Monday, 11 November 2013

40 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Beli Rumah

HOlla Peeps,

Tajuk macam panjang.. Tapi isi panjang tak? We'll see... hehe

Harini ramai cakap rumah dah mahal.. Betul ke?

Pada pandangan den, Sebenarnya rumah tak mahal, gaji kita yang sikit sangat.. Berapa sangat gaji naik dalam tempoh 10 tahun? RM 10k ada tak? Tak ada kan?

So cakap dekat majikan, "Lu untung juta juta, berapa sangat lu bayar? Mana cukup!!!"


Tapi bila dah ada duit, bukan boleh terus gedah je beli  rumah.. Kena ada knowledge juga. Kalau tak, senang senang je kena kencing. 


 

Perkenalkan, Lawyer Hartanah yang amat disegani dan berpengalaman lebih 11 tahun dalam guaman hartanah, Khairul Anuar. Bukan sahaja berpengalaman banyak, beliau juga telah menulis buku "40 Lagi Soalan Yang Anda Patut Tanya Kepada Peguam Anda Sebelum Membeli Rumah di Malaysia" yang agak hangat di pasaran hari ini.

So kalau ada apa apa nak tanya, tanya padal hartanah, tanya Lawyer Hartanah korang ni. Jangan tanya aku.. Hehe

Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: sejak dua menjak ni, aku teringin nak makan subway la.. hehe


click ads to show your support (",)

Saturday, 9 November 2013

2 Blog... Cool Blog?

HOlla Peeps,

Hmm..

Lama aku fikir..

Banyak masa dah aku gunakan..

Relation..

Idea..

Writing...

Macam macam la..


Kemudian,

fikir macam tak sampai hati...


Tak sampai hati nak tinggalkan blog ini kesepian...

Rasanya...


Aku....


Kena manage dua dua blog....

Ok.. Mesin duit.......mula beroperasi semula.. hehe

Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: ready for more???


click ads to show your support (",)

Friday, 31 May 2013

Antara Cepat Berjaya dan Cepat Banjir

HOlla Peeps,

Tengok jam, dah pukul 5:40! "Ehh 5 minit lagi bus nak sampai!" Terus aku kemas-kemas barang takut tertinggal bus. Next bus in 30 minit. Sure sampai rumah pukul 8 lebih atau paling lewat pukul 9 malam kalau naik bus pukul 6:15 petang.

Slow slow kluar dari office takut boss nampak. Nampak permainan tu? Boss tak balik lagi, tapi pekerja dah balik dulu. Actually boss tak kesah pun aku kluar awal sebab diorang tau aku praktikal ulang alik dari Senawang everyday. Ramai masih dok tanya kenapa tak cari rumah sewa atau bilik sewa je di area Dutamas. Alasan aku, nak saving duit untuk beli Ipad sebab time Seminar Buat Duit Dengan Blog haritu tak dapat Ipad.


Pantas je aku turun ke bawah ke arah tempat tunggu bus. Memang cantik timing. Bus dah sampai pun. Ramai que nak naik. Aku dah malas nak berebut-rebut nak naik. Lantak la kena berdiri pun. Bukan lama pun nak berdiri.

Lepas dah naik bus, tersenyum je aku dengan sorang pakcik berusia 50an yang dapat tempat duduk. Aku just berdiri di sebelah dia. Pakcik tu dah sedia maklum yang aku praktikal di salah sebuah company Software House di Solaris Dutamas. Biasa sembang sembang dengan dia. Pernah sekali hujan lebat dan banjir. Banjir selalu melanda di jalan Duta sebab kerja-kerja siapkan MRT. Pakcik tu cakap "Ini la dia; Janji di Capati, Bahana Menanti." Lastly, aku agak blur kenapa dia salahkan government bila jadi banjir.


Banjir Projek MRT Jalan Duta
Janji Dicapati, Bahana Menanti?


Pernah sekali dia cerita; Kalau nak hidup senang sekarang ni kena business. Yes I agree, business sangat penting sekarang ni. Tak boleh hanya mengharap pada passive income dengan bekerja bawah orang. Dia ada suggest belajar dan pi seminar Irfan Khairi.

At first I was like, which one is Irfan Khairi ek? Adakah dia khaitan dengan Khairi Jamaluddin? Then dia mentioned Jutawan Internet. Ohhh baru aku dapat tangkap who is Irfan Khairi. He is pakar perniagaan internet. Bergelar jutawan dalam usia yang sangat muda.

Then aku google pasal Irfan Khairi dan find this great quotes from him;

“Jangan percaya kepada perniagaan yang menjamin cepat kaya atau menawarkan jalan pintas untuk berjaya.”

Yes, sangat bersetuju dengan kata-katanya. Recently ramai terperangkap dengan skim cepat kaya seperti MLM. Akibatnya ramai kerugian. Ramai terlalu percaya dan ikut fast track serta mula skip untuk berusaha keras bagi mendapatkan hasil. Ramai terlalu ingin hidup senang tanpa ingin sweat for it. Come on beb; No Sweat, No Rewards!

Mungkin diorang boleh berjaya dengan cara itu, tapi untuk berapa lama? Satu bulan? Satu tahun? Satu dekad? Rasanya tak sampai satu minggu. Sebab biasanya bila kita dapat sesuatu dengan mudah, kita jarang hargainya. Akibatnya berlaku kerugian.


Nampak tak kaitan banjir dan berjaya? Ia berkait rapat dengan istilah 'bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian'. Jika kita ingin senang untuk senang di masa hadapan, kita kena la hadapi susah pada harini. InshaAllah keberkatan akan ada untuk orang yang bersabar dengan ujianNYA. Dan akan ada jalan untuk orang yang tidak pernah kenal erti putus asa. Btw cerita ni dah berlalu about 2 months ago, dan aku baru terfikir nak ceritakannya disebabkan curiosity untuk share lebih tinggi dari biasa.. 


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: selepas balik dari Seminar Buat Duit Dengan Blog, jari jemari aku semakin rajin menaip. Adakah ini tanda aku kuat mengarut?


click ads to aid me to become your millionaire next door (",)

Thursday, 23 May 2013

Jang! Jangan Maleh Poi Sawah!

HOlla Peeps,

Banyak kali Umi den pesan, carik kerja! Kerja jangan part time je.. Kerja full-time! Partime kalau dapat sekurang-kurang 1k sebulan takpe la jugak, boleh buat bayar bill telefon, bill internet, bill Astro, dan segala macam bill. Tapi 50 sen sebulan je dapat? Baik pi bendang, lagi banyak dapat. Kata-kata Umi tu banyak betulnya, jangan malas dapatkan duit, sebab sekarang ni semua benda kena pakai duit. Nak lap hingus pun pakai duit!??




Ikut resmi padi,
makin berisi, makin kita tunduk
(gambar wikipedia)

Aku ni pulak pemaleh nak cari. Ada 2 minggu lagi praktikal. Tengah praktikal pun den tak reti-reti nak bodek boss kasi kerja pas abis praktikal.. Patut ke aku apply kerja kat boss? Aku ni dah la pemalu. Tapi ornag cakap, malu biar bertempat. Kalau malu je sampai bila nak maju? "Jang oh jang, jangan la malas bekerja. Haritu pergi Seminar Buat Duit Dengan Blog, tak belajar pape ke?"


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: ramai dah mula spoil kan cerita Fast 6! Nak kena tengok cepat ni.. Grrr 


click ads to show your support (",)

Tuesday, 14 May 2013

Cara Gua Saving Duit (Tips Jimat)

HOlla Peeps,

Sepanjang gua belajar di tempat orang ni (ado la 6 tahun kot) banyak dugaan bila poket tebal, bila poket nipis.. Sekarang ni bila dah mula internship (dah 2 bulan) baru la gua sedar macam mana nak elakkan diri dari boros dan hanya sibuk memuaskan nafsu yang hanya sementara. Kita ni manusia, memang mudah tewas dengan nafsu, terutama sekali nafsu makan mewah, nafsu shopping, nafsu travel dan nafsu sex berhibur!


Bila dah tak berduit baru la nak mintak kat PAMA (Papa dan Mama). Bila ada duit, ada ingat nak belanja diorang makan Dominos atau Nandos? Ado teringat nak ajak diornag pi USS atau Genting? Memang tak ada kot. Rasanya rata-rata lebih gemar menghabiskan fulus bersama kawan-kawan sebaya yang belum tentu sehidup semati dengan kita.

Sambil tu, den nak promote buku ni. Best!
Ado jual kat MPH. Arge tak baru RM18,
isinya lagi sedap dari makan Pizza arge RM30 hehehe

Yes, pengalaman hidup mengajar kita menjadi siapa kita sekarang ni. Tak ada individu normal yang lahir-lahir je dah tau apa nak buat tanpa pengalaman atau pengetahuan tengang sesuatu perkara. Mesti akan melalui zaman 'boros'. Zaman suka berhibur. Zaman ingin kemewahan. Zaman kemaruk keduniaan.

Alhamdulillah, rasanya rata-rata dah 'bangun' dari tidur. Harap kita terus terjaga dan tidak lagi dibuai mimpi-mimpi indah yang hanya sementara ni.

Ok! Dah lari pulak dari tajuk asal. Ni la akibatnya bila dah seronok menaip, terus lari dai jalan awal. Elok nak berhenti kat R&R Seremban, terus ke R&R Sungai Buluh hehe.

Berikut adalah tips saving untuk noobs yang tak tau cane nak save duit dan hanya bergantung pada PAMA (ini adalah extended version daripada versi awal yang pernah aku publish last year http://eleventx.blogspot.com/2012/06/tips-saving-duit.html):
  1. Rekod belanja (spending) harian di dalam buku. Setiap sen yang dikeluarkan perlu di kira (jangan menipu eks, please jujur dalam hal ni.. hehe) Opss kalau ada derma tu, jangan la rekod pulak sebab derma tangan kanan sorok tangan kiri hehe.. Dengan rekod ni, korang akan mula nampak mana duit tu flow.. So dari situ boleh set di dalam minda untuk kurangkan spending, supaya matlamat untuk saving duit boleh dicapai.
  2. Makan jangan mengikut nafsu. Kalau teringin sangat nak makan subway or lunch mewah mewah, time lunch save la RM2-3 setiap hari. Aku masih banyak makan roti sampai sekarang. Masih setia dengan Gardenia walaupun orang kata harga roti nak (Mana ada naik! Tipu je semua tu). Dengan makan roti time lunch, dan air buah yang harga bawah RM2.00 (Fav gua, Peel Fesh!). Aku boleh jimat up to RM3-RM5 a day! Yups! Sapa kata makan roti tak kenyang? Yang kata tak kenyang tu, korang baca bismillah tak? Hehehe
  3. Gunakan public transport! Walaupun aku ni sekarang ni mampu untuk membeli sebuah kereta murah (bukan nak berlagak), tapi aku masih tak berbuat demikian dan masih setia dengan Skooter Nouvo aku! Yeah, public slow, waste time, blablabla.. but what do you gain? Save MONEY! Time dalam public tu pula boleh dimanfaatkan dengan membaca buku dan tidur! Kan dah saving lagi masa tidur dan masa membaca buku di rumah. 
  4. Jangan berhutang dan mengunakan kad kredit sesuka hati! So berbelanjalah ikut kemampuan.  Kalau agak tak mampu nak beli Galaxy S4 tu, tunggu la dia turun harga, takpun cakap je kat tuan kedai "Saya ni comel! Boleh buat gwiyomi lebih cute dari Nora Danish! Kalau taknak jual half price, saya cari kat kedai lain!". Kita ni kalau dah tau tak mampu, tapi rasa kalau hutang, kita boleh dapat benda tu, mesti la nak berhutang kan? Tapi kira tak interest hutang tu? Kalau ada 'orang lain' tolong bayarkan interest tu, takde masalah. 
  5. Baca buku-buku ilmiah. Percaya atau tidak, yang membaca buku, akan membuatkan korang lupa akan kemewahan dunia untuk seketika. Yups! Korang akan rasakan yang ilmu ni, jauh lebih penting dari duit dalam poket. Dalam masa yang sama banyakkan bersedekah. Ia akan mengingatkan kita yang ramai saudara-saudara kita kat luar sana yang tak mampu nak makan dan minum.
  6. Disiplinkan diri untuk saving! Yups ini paling susah! Tapi paling berkesan jika mampu laksanakan! Salah satu cara yang aku nampak bekersan adalah dengan menyimpan sekurang-kurangkan 10% daripada income ke dalam bank, Tabung Haji atau unit trust seperti ASB.

Alhamdulillah, hasil dari apa yang aku slalu buat ni, aku masih mampu hangout dengan member time weekend tanpa perlu berpeluh keluarkan duit. Banyak lagi tips-tips yang boleh diamalkan rasanya. Tapi aku highlight-kan 6 ni je. Tips ni ditulis untuk ingatkan diri aku juga, supaya suatu hari nanti jangan pula 'billionare next door' ni jadi seorang yang boros dan hanya kemaruk dengan harta duniawi.


Apa pulak tips yang korang boleh kongsikan supaya kita boleh maximumkan simpanan kita untuk jangkamasa panjang?


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: alright, aku dah semakin busy lately. Praktikal dah nak habis. Ada beberapa minggu je lagi. Mayb akan kurang update dan kurang blogwalking. Maaf jika tak bekesempatan tuk drop komen di blog korang.. Chill ya~ :D 


click ads to fund me to USS (",)

Wednesday, 13 March 2013

Tunggu Cek - Cashout Nuffnang

HOlla Peeps,

Baru 2 kali cashout..  Kali ni nak spend duit jejalan ke Krabi Island pula..hehe


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: wordless Wednesday... 


click ads to show your support (",)

Friday, 1 March 2013

Komisen Affiliate JomNiaga - Jom Buat Duit Dengan Blog

HOlla Peeps,


Jom dapatkan komisen affiliate dengan mudah dengan JomNiaga!



Aku masih baru berjinak jinak dengan JomNiaga dan tertarik untuk belajar lebih mendalam mengenai teknik menjana income melalui JomNiaga. Sebelum ini hanya bergantung dengan Nuffnang yang tidak kedekut dengan iklan dan event-event mereka. Thanks Nuffnang! Ada juga cuba pasang Google Adsense, tapi beberapa kali di reject.

Apa itu JomNiaga?

JomNiaga adalah sistem integrasi e-dagang dan affiliate yang pertama di Malaysia. Ia disyorkan oleh pakar-pakar internet dan ternyata berkesan!


Teringin nak menjana pendapatan sampingan? Teringin nak tukar phone baru? Teringin nak tukar laptop baru? Teringin nak tukar kereta baru? Apa tunggu lagi?



JOM DAFTAR SEKARANG!!! 





Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: jadikan blog salah satu sumber pendapatan anda sekarang :) 


click ads to show your support (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...