Showing posts with label kung fu panda 2. Show all posts
Showing posts with label kung fu panda 2. Show all posts

Tuesday, 20 September 2011

PENINGkatan - Kalau Tak PENING tak ada la PENINGkatan

HOlla Peeps,


"kalau kita tak pening, tak ada la PENINGkatan!"

satu ayat yang aku ingat sampai bila-bila.. eh mana aku dapat ayat ni? Raya lepas (raya ke3), gua (eh aku sudah) ada berjumpa dengan seorang BRO ni, pakar psychology.. Eh aku tak ada prob apa-apa sampai nak kena jumpa pakar psyco, TERjumpa dia time raya je, kebetulan dia datang raya rumah kawan aku time aku.. Alright, aku cerita time 1st time aku jmpa dia apa dalam kepala aku pada awalnya pasal BRO ni, 


look how PO find his inner peace..

"kecoh giler brader ni"

Ye la kan, kitorang tak kenal dia, tapi dia dengan slumber duduk lepak semeja dengan kitorang padahal banyak lagi tempat dia boleh duduk, then start topik dengan bahan-bahan kawan-kawan gua, dah la suara dia tak perlu menggunakan mike~ Gua tak de la marah sangat, tapi pada mulanya agak sedikit menyampah sebab dia bising sangat la time tu.. Alright, apa yang kurang sedap hati sebab member-member aku kena bahan dengan dia! Ouch, panas hati kena bahan??? Hehe lepas korang faham PENINGkatan ni, korang takkan panas dah kalau kena bahan!

BRO : Ko buat apa sekarang?
FIQ : Saya tengah belajar kat maktab sekarang bang..
BRO : La aku tanya ko tengah buat apa, bukan tanya ko belajar ke tak kan? Cakap la kau tengah makan kuih raya! lol~

Actually, gurauan biasa je, but a bit annoying right? Tapi selepas beberapa round kena bahan macam ni kan? Korang akan ada self counter, yang mana korang boleh balas balik apa yang ditanyakan bro ni..

First aku counter brader ni punya bahan :

BRO : Apa nama adik?
AKU : Nama adik saya kat rumah, Fatin!
BRO : Eh, aku bukan tanya nama adik kau kat rumah, aku tanya nama kau~ hehe

Alright aku gagal nak counter balik time ni, ye la, lepas tengok member kena bahan dari mainan perkataan, aku mesti dah tangkap yang dia akan trap aku dengan trick macam tu jugak, tapi dia pandai counter balik apa dia buat, A DUDE WHO WONT GIVE UP EASILY..

So in other case next time kalau kena bahan or kena kritik dengan Anon, be cool~


He's there to motivate us!

Alrite, aku mula respect ngan bro ni bila dia cakap, "Wa rock, jugak, tapi 5 ni gua tak tinggal, RUKUN ISLAM! Solat gua tak tinggal, gua tak layan air kencing syaitan ni (arak), bila kita tak tinggal 5 (solat fardu) ni, kita akan dapat 5 ni (rukun Islam), insyaAllah boleh berjaya dalam hidup, dan kawan-kawan pun akan respect kita"

pergh, start tu aku mula respect bro ni sebab dari mimik muka dia pun i can say he say no bluffing la.. (time ni kitorang tak tau lagi dia ni pakar psycologi pun)




Apa yang dimaksudkan dengan PENINGkatan?

Alrite, bila kita ada masaalah kan? Kita pening?? Betul???
Kita pening sebab kena fikir solution kepada masaalaha kita kan????
So bila dah ada solution pada masaalah tu, berlaku lah PENINGkatan!!!!!
So up one level.. experience dalam masaalah itu, mematangkan kita, menjadikan kita dewasa, and next time kalau ada problem macam ni lagi, fast and greater solution kita boleh produce..


Fail untuk dapat solution dan terus pening?

hehe ada key kepada probs ni, macam bro ni cakap sebelum tu, pegang 5 perkara, rukun Islam tu, solat jangan tinggal.. Dan "find the inner peace" insyaAllah, korang akan tenang je hadapi problem tu.. Sebab tenang kan, inner peace, dalam diri kita! Find it!!! (rujuk wiki untuk penerangan inner peace ni)

Dia banyak sebut Kungfu Panda, bila cerita pasal Inner Peace ni, sebab tu aku letak gambar PO kat atas tu, so bila korang tengok Kungfu Panda, korang teringat kat entry aku.. HEHE



"KORANG NI MEMANG BRO LA"

aku respect cara dia hargai kawan dia.. Dari segi apa? Alright, dia ada cakap, "kawan 10 tahun pun, kalau kita ada masaalah dan need kawan kita, tapi time tu dia tak ada, ada je alasan dia untuk avoid tolong kita, but true kawan pada aku, walaupun kita kenal dia kejap, tapi dia mampu tolong kita, cakap je ada probs sikit, dia akan datang tolong kita ASAP!"


From moody situation,
become MAHARAJA LAWAK situation..

He change mood of the day.. kan mulanya aku macam anti sikit dengan bro ni kan? Then lama-lama aku mula suka dengan rentak dia, cara dia cakap, cara dia motivate, cara dia sampaikan ilmu dia, cara dia develop, he's bro! 
Bayangkan, sampai tuan rumah cakap "boleh masuk maharaja lawak lepas ni
sebab bro ni memang lawak gila punya.. Aku berkali-kali tersedak sebab gelak!!!, 
tapi respon dia, "Tak boleh kak, saya dengan Johan, Zizan, Nabil semua kawan-kawan je, tak nak la.."


At the end of the day...

"ROCK, BRO, PEACE!!!"

Korang rock juga, tapi jangan lupa kawan korang (bro), dan jangan hilang peace dalam diri tu, simpan..


Siapa bro ni?

Yang aku tau dia pakar psoycologi sebab dia ada bagi name card dia time dia nak blah (dia pakai Brabus bai), tak tau banyak sangat pasal dia ni, dan dia ni memang seorang bro yang akan aku ingat pertemuan aku dengan dia sampai bila-bila.. 



*banyak dialog aku ubah sikit sebab tak berapa ingat apa dia cakap aritu, tapi mostly macam ni la.. and entry ni bukanlah copy paste dari mana-mana entry, just a pengalaman n knowledge yang aku nak share ngan semua orang (",)



Jangan tinggal 5!!
Find the Inner Peace!!

"ROCK! BRO! PEACE~"


-zuan-
p.s : sebenarnya aku dapat cabaran dari sorang blogger, "i wanna read the greatest zuan's entries!! ;)" who's that blogger? It's Arisha! So this is another entry yang i make sure i'm satisfy to finish it sebab aku huraikan balik apa yang aku paham dari apa yang bro ni cerita kat aku, and i want everyone satisfy with my huraian dari satu idea..alrite kalau korang rasa entry ni dah cukup power untuk zuan greatest entry, share la dengan kawan-kawan lain lol (",)


  

Wednesday, 15 June 2011

> Harap Membantu

ALRIGHT, NO MORE WORDLESS WEDNESDAY!!! HEHE!!!! ;D

HOlla Bloggers,

Pada yang sudah biasa membaca Movie Review aq, hope korang berpuas hati dengan review-review yang aq buat setakat ni, setiap rating, dan komen yang aq buat berdasarkan pendapat aq sendiri dan berpandukan laman web filem itu sendiri.. Sebagai seorang yang suka tengok wayang, aq rasa best kalau share pendapat dan review aq tentang apa yang aq tengok dengan semua reader, dan suatu penghormatan kalau dapat komen mengenai review yang aq buat.. Aq masih lagi baru dalam reviewing ni, banyak lagi kena blajar, dan hope so far, review aq membantu la..



-zuan-
p.s mgu ni mungkin ada review dari aq mengenai green lantern

Friday, 27 May 2011

> Movie Review : Kung Fu Panda 2

HOlla Bloggers

Jack Black, Angelina Jolie dan Jackie Chan cerita apa lagi yang boleh menggabungkan ketiga-tiga mereka?


Po joins forces with a group of new kung-fu masters 
to take on an old enemy 
with a deadly new weapon.

Kepada penggemar panda, anda perlu menonton sekuel kali ini, kerana ia lebih bagus, dan lebih terburai perut anda menahan gelak kalau dibanding Kung Fu Panda 1.. Filem animasi bergenre aksi, adventure, komedi dan famili ini amat sesuai ditonton semua lapisan masyarakat dengan tagline Ska2oosh!.. 

Filem animasi, jarang mempunyai durasi yang panjang kerana durasi filem ini hanya 90 minit, tapi cukup untuk membuatkan anda tidak kering gusi menontonya, ia anda mungkin fikir, "kenapa filem karak si ZUAN ni kritik, tetapi filem Panda ni dia puji buka main lagi", ok bukan nk memihak kepada filem luar, tetapi filem tempatan perlu lebih berani dan terbuka untuk mengatasi filem luar.. Ya, berani dari segi bajet, dan terbuka dengan idea-idea gila dan unik, sebab unik itu adalah entertainment (bak kata Mamat Khalid).

Tak banyak aq nk kritik filem ini, kerana ia adalah filem ringan dan santai, jadi senang diterima semua lapisan masyarakat.. Tambahan rata-rata, masyarakat lebih terhibur dengan filem berunsur komedi, jadi berjayalah filem ini pada aq...

Storyline crita ni simple dan senang untuk difahami, flashback juga tidak mengelirukan

CGI, memang terbaik, disaat aq rasa panda itu sudah seperti panda yang hidup, dan real sehingga membuatkan aq ingin peluk panda itu... Memang mengagumkan CGI dari DreamWorks Animation!!! 

Mesej yang ingin disampaikan juga penuh dengan unsur kekeluargaan (Janganlah abaikan orang tua kita), dan ia memberitahu kita supaya, "janganlah bermusuh-musuh dan berdendam dengan keluarga dan orang ramai".. Hmm apa lagi mesej yang aq tinggal ek?

7.5/10 (Berbaloi tengok di panggung dan untuk dijadikan koleksi)


p.s banyak sangat filem yang aq tak dapat nk tengok sebab kekurangan bajet kewangan

Thursday, 28 April 2011

> Coming This May

HOlla Bloggers!!!

Sure rite now ramai student-student still busy dengan study weeks sebab Minggu Peperiksaan telah bermula (For UiTM student), and ad yang dah nak habis exam, ada juga yang masih belum mula exam.. Gambatte to all of  you!!! Jom DL sememester ni!!! hehe tu la yang aq slalu cakap dekat diri aq and kawan-kawan aq yang lain..

Movie-movie.. Alright, bulan 5 ni sure banyak cerita-cerita menarik yang akan ditayangkan kat TGV, GSC, MBO dan cinema-cinema tempatan yang lain.. Antara cerita-cerita yang bakal aq tak kan miss is

  • Fast And Furious 5
  • Kongsi
  • Kung Fu Panda 2 
  • Pirates Of The Caribbean : On Stranger Tides
dan banyak lagi la.. tapi dalam list ni paling aq tak nak miss.. So kalau sapa-sapa yang nak tengok wayang, tapi tak de teman, jangan lupe ajak aq skali.. hoho jom meriahkan wayang (bukan kena senyap ke dalam panggung??)

p.s bile la aq ada peluang nak buat filem ni..  8->
ok pada yang belum join churpchurp, apa kata tekan kt bawah nie




SOCIAL SHARINGRM 1.00 per signup

ARE YOUR FRIENDS ON CHURPCHURP?

Ready to burst out all the latest awesome news to your friends? Get rewarded by doing so!

Bring your friends to sign up today and get rewarded RM 1.00 per friend invited.

The more, the merrier!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...