Sapa tak kenal jenama Samsung? Jenama yang popular dari Korea ini terkenal dengan pengeluaran skrin dan sekarang popular dengan pengeluaran Smart Phone sekali lagi bakal mengegarkan dunia dengan teknologi mereka! Mereka telah mengeluarkan video mempromosikan konsep skreen fleksible dan berkemungkinan akan memperkenalkannya dalam masa terdekat.
"Teruja", "WOW", "tak tekata".. Hampir tak percaya yang syarikat dari asia seperiti samsung mampu mengeluarkan teknologi sehebat ini.. Walaupun ia hanya konsep, tetapi sudah cukup meyakinkan aku yang semua teknologi yang kita pernah tengok di dalam filem seperti Avatar dan Tron tak mustahil akan ada di tangan kita suatu hari nanti. Nantikan update mengenainya..
-zuan-
p.s : teknologi semakin banyak dan semakin murah, apa pendapat anda mengenai kesan teknologi kepada manusia?
Lagi 5 tahun, atau mungkin 10 tahun akan datang, semua manusia akan bergantung dengan teknologi (di saat itu harga komputer mungkin semurah harga sesuap nasi).. Tidak mustahil semua apa yang kita lihat didalam filem animasi mahupun filem sci-fi terjadi. Ketika itu, telefon bimbit senipis kad pengenalan, kereta pula berbagai bentuk, manusia tidak lagi perlu berkejar-kejar ke mana sahaja mereka ingin pergi kerana segala urusan boleh diselesaikan di hujung jari.
Kita tak lagi perlu beratur panjang untuk membeli tiket wayang (scan je QR code tu), tak lagi perlu lagi berkejaran untuk ke meeting, tak lagi perlu menghabiskan minyak untuk membeli barang dapur, tak perlu menggunakan tenaga yang banyak untuk membuat makanan, kita tak perlu lagi menunggu keputusan medical checkup yang lama daripada doktor, tidak perlu masa yang lama untuk ke satu destinasi kerana sudah pasti kenderaan ketika itu semakin laju dan percaya atau tidak teori teleportasi mungkin sudah menjadi kenyataan.
Yang rabun tidak lagi perlukan cermin mata atau lenses, kita mungkin sudah punya sebuah robot di rumah yang akan membuat semua kerja rumah untuk kita, kita tidak lagi perlu menjaga anak kecil kita kerana robot akan mengawasi mereka, ketika ini robot adalah kawan baik kita (kanak-kanak mungkin tidak tau apa Apple yang sebenar).
Semuanya adalah konsep, tetapi secara logiknya dan secar teorinya, semuanya didalam proses pembuatan. Lihat sahaja Jepun, teknologi mereka sudah mengatasi negara-negara Eropah. Jadi tak mustahil semua ini akan terjadi bukan? Dikala teknologi semakin murah dan senang dicari, ramai semakin berkejaran mendapatkan teknologi terkini untuk dipertontonkan kepada dunia.
*search video "Productivity Future Design" di oyutube kalau tak dapat tengok video yang aku sertakan ni