Showing posts with label Avatar. Show all posts
Showing posts with label Avatar. Show all posts

Thursday, 24 November 2011

> Tech Thursday : Future Concept

HOlla Peeps,


Lagi 5 tahun, atau mungkin 10 tahun akan datang, semua manusia akan bergantung dengan teknologi (di saat itu harga komputer mungkin semurah harga sesuap nasi).. Tidak mustahil semua apa yang kita lihat didalam filem animasi mahupun filem sci-fi terjadi. Ketika itu, telefon bimbit senipis kad pengenalan, kereta pula berbagai bentuk, manusia tidak lagi perlu berkejar-kejar ke mana sahaja mereka ingin pergi kerana segala urusan boleh diselesaikan di hujung jari.

Kita tak lagi perlu beratur panjang untuk membeli tiket wayang (scan je QR code tu), tak lagi perlu lagi berkejaran untuk ke meeting, tak lagi perlu menghabiskan minyak untuk membeli barang dapur, tak perlu menggunakan tenaga yang banyak untuk membuat makanan, kita tak perlu lagi menunggu keputusan medical checkup yang lama daripada doktor, tidak perlu masa yang lama untuk ke satu destinasi kerana sudah pasti kenderaan ketika itu semakin laju dan percaya atau tidak teori teleportasi mungkin sudah menjadi kenyataan.

Yang rabun tidak lagi perlukan cermin mata atau lenses, kita mungkin sudah punya sebuah robot di rumah yang akan membuat semua kerja rumah untuk kita, kita tidak lagi perlu menjaga anak kecil kita kerana robot akan mengawasi mereka, ketika ini robot adalah kawan baik kita (kanak-kanak mungkin tidak tau apa Apple yang sebenar).


#MicrosoftVision

#AvatarScreen
Semuanya adalah konsep, tetapi secara logiknya dan secar teorinya, semuanya didalam proses pembuatan. Lihat sahaja Jepun, teknologi mereka sudah mengatasi negara-negara Eropah. Jadi tak mustahil semua ini akan terjadi bukan? Dikala teknologi semakin murah dan senang dicari, ramai semakin berkejaran mendapatkan teknologi terkini untuk dipertontonkan kepada dunia.


*search video "Productivity Future Design" di oyutube kalau tak dapat tengok video yang aku sertakan ni 



Hayati lirik ini :


Twisted Logic by Coldplay



-zuan-
p.s : ada reader yang request aku buat review mengenai android, insyaAllah akan diusahakan review itu walaupun aku bukan pengguna android.. 

Saturday, 6 August 2011

> Movie Star Paling Hebat

HOlla Peeps,

Masih ingatkah anda dengan watak Smeagol atau seekor Gollum di dalam filem The Lord of The Rings (TLOTR)? Watak yang super psyco dan mempunyai dwi personaliti yang sering menyebut "my precious~" apabila ia melihat one ring.. Ia adalah suatu watak CG yang menggunakan pelakon asal (membuat aksi) untuk suatu watak dengan memakai suit yang diselaput dot inframerah yang kemudian ditukar kepada 3D 'puppet' di dalam komputer(komplex bukan?).

Watak Gollum di dalam filem TLOTR
Siapakah disebalik watak Smeagol (belitkan lidah untuk menyebutnya betul-betul~)?

Andy Serkis
Jangan pandang rendah dengan pelakon ni, sebab dia pernah mengondol best supporting role dan banyak dicalonkan dalam pelbagai jenis anugerah.. Ops, tengok King Kong versi 2005? Dia adalaha King Kong dalam cerita tu!!! Tu sume 6 tahun lepas, dan kini dia kembali!!! Sebagai Caesar!!! "Apa tu???" #LOL, Caesar adalah salah watak dalam Rise of the Planet of the Apes (yang akan ditayangkan minggu depan). Aku rasa kalau aku jalan-jalan kat kawasan hollywood (situasi kalau aku tak buat entry pasal ni), dan terserempak dengan Andy ni, mesti aku tak tau yang dia adalah movie star, sebab apa? Pasai dia tak ada depan tv, dia orang disebalik tv (ok aku dah mengarut)!!!

Sebelum dan selepas
Apa helmet yang dia pakai? Dengan kecanggihan teknologi yang semakin gila-gila WETA Digital (Syarikat yang sama mencipta watak Gollum, Kong, dan alien biru Avatar) mencipta suit yang boleh track movements Andy, Andy hanya perlu memakai 'special headgear' (seperti dalam gambar) dengan kamera fokus pada mukanya, register setiap 'subtle twitch' dan 'map' ke dalam 'digital chimp'. Kemudian, Andy digantikan dengan watak Caesar menggunakan komputer (Rasanya KRU pun boleh buat).

Dan pada pengemar filem, fikir masak-masak kalau nak tengok wayang bulan puasa ni sebab takut terbeli pop corn!!! Ops jaga mata sekali noh~

-zuan-
p.s :  ulser oh ulser.. lepas ni ada special entry untuk si pengidap ulser

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...