Wednesday, 7 March 2012

> Sebab Naik Public Transport Seperti KTM

HOlla Peeps,

sambungan daripada Di Suatu Hari.. Sedang aku berdiri melihat telatah manusia-manusia lain di dalam komuter,

#theyHaveDifferentStories

Mama : Kita dah lewat dah ni, tu la Papa, Mama suruh naik kereta, Papa taknak! Cian Boboy dalam perut ni, dia mesti tengah panas. Dah la panas dalam train ni.
Papa : Ala Mama, Mama tau kan harini hari sabtu? Jem la Mama hari sabtu, lagipun Papa malas nak drive kalau jalan jem.
Mama : Cian Boboy dalam perut ni tau. Tengok jam tu, dah pukul berapa? Kita dah lewat nak ke wedding tau.
Papa : Sabar la Mama ya, sikit lagi nak sampai.


Kesian kat si isteri dan bayinya, disebabkan suami malas nak drive terpaksa naik komuter..


-zuan-
p.s : antara mini story dalam main story yang akan di proceed with 'Satu Aku Kenal, Lagi Satu Aku Baru Kenal'..

Tuesday, 6 March 2012

> Di Suatu Hari

HOlla Peeps,

Every main story terselit mini story.. Aku ada 2 main story lepas story Lucky Day | Wavin' Flag.. dah berapa lama gak aku simpan cerita ni..Well its aku berjumpa beberapa orang blogger.. Hehe


Syafiq : Jadi tak lepak?
Zuan : Hmm ok! Bleh. Sunway Pyramid mau? Gua ada hal kat situ malam tu, so petang tu kita lepak la area situ.


Then seperti yang dijanjikan pada 25 febuari yang lepas aku keluar rumah lebih kurang pukul 11 lebih menaiki Skuter Nouvo kesayangan aku ke KTM Nilai. Kenapa Nilai? Kenapa bukan KTM Senawang? Well ada story disebaliknya atau mini story yang aku rasa malas nak ceritakan, hehe..

Dan sampai je sana, aku lost.. Haha lost jalan ke KTM Nilai, so aku tanya la sorang pakcik yang sedang duduk smoking di tepi rumahnya ;


Zuan : Asalamualaikum, nak tanyo sikit arah mano nak ke KTM ni pakcik?
Pakcik : Waalaikumussalam, Ekau teruih, pehtu kek traffic light ekau ambik kanan, peh tu teruih jo sampai ekaou nampak stesen bas.. Haa belakang stesen tu jo Stesen KTM tu..
Zuan : Owh, arigatou uncle hehe..
Pakcik : Sesamo~


Sampai je stesen, aku terus queue.. Tengok kat platform dah sampai Tren, dan aku masih beratur di belakang seorang mamat yang aku nampak masih dalam proses membeli tiket "lamanya dia ni beli tiket" dalam kepala aku.


Then tren pun blah dari situ...

Zuan : Arghh terlepas train, kena tunggu lagi 30 minit..


Tunggu punya tunggu punya tunggu sambil cuci mata, tren yang akan membawa aku ke KL Central Pun Sampai...

Sampai je Stesen UKM, ada announcement ;

"Sila turun dari Train kerana Train ini mengalami kerosakkan Terima Kasih"


Zuan : What theeeee??

Dan aku keluar dari train, menunggu dekat sejam kat sana.. Dalam kepala aku "si Syafiq mesti dah sampai ni"

Then aku mesej Syafiq bagitau kelewatan aku. Syafiq bagitau dia dah tunggu aku dekat sejam.. Well ada tiga sebab kelewatan aku ;

#1 Sesat cari Stesen KTM Nilai.
#2 Terlepas Train dan terpaksa tunggu next tain selama lebih kurang 30 minit.

dan...

#3 Terpaksa turun train lain sebab train mengalami kegagalan.


Nasib baik si Syafiq ni tak marah yang aku dah lambat.. Selepas menunggu lebih kurang satu jam, sampai pun train yang dinantikan. Dan macam biasa, semua orang bertolak tolak nak masuk ke dalam train kerana kelewatan, dan dalam train pack macam sardin~ sepanjang perjalanan. Adeh, lepas problem pasal tiket, problem pasal ni plak.. KTM oh KTM


Alrite, korang dah terperangkap dalam entry bersiri yang akan diceritakan dalam entry akan datang.. this story will proceed with 'Sebab Naik Public Transport Seperti KTM'..


-zuan-
p.s : alhamdulillah, tajuk FYP aku dah di approve prof.. So boleh proceed dengan proposal lepas ni.. (",)

> Mintak Ubat Batuk Je Pun

HOlla Peeps,

Doc : Sakit apa ni?
Aku : Sakit tekak, hmm ada selsema sikit.
Doc : Ok ok,

*ambil alat apa tah, then letak kat leher aku*

Aku : Err dah 3 minggu batuk ni sebenarnya Doc..
Doc : Ow, ok saya ubat yang lain la macam tu.. Dari suara, dah nak ok batuk tu. Takpe ni mesti kes makan ubat batuk orang lain ni..
Aku : Err mana doc tau?
Doc : Saya kan doctor!


Macam tu la perbualan aku dan doc tengah hari tadi. Baru start sem dah mintak ubat kat Unit Kesihatan UiTM.




Haaaa ni makannya!!! Mintak ubat batuk dan selsema je, dia bagi ubat kahak, batuk, demam, antibiotik, dan selsema.. Haihhh nasib baik la free, kalau berbayo? Abis duit aku bulan ni, dah la tengah hari tadi habis RM6++ untuk sewa rumah, dan total bill lain (yang termasuk bill internet free kitorang guna setahun lebih)

Lepas lunch aku terus makan ubat tu.. Then kat kelas petangnya (lebih kurang pukul 2) Satu benda lecturer ajar aku tak leh masuk dalam kepala (padahal pengenalan je harini).

Kepala dah kejap ke kiri kejap ke kanan, aku dok heran kenapa lecturer tu ada clone kat sebelah dia, dah macam cloning-jutsu yang Naruto selalu buat tu aku tengok.. Kepala aku kejap ke kiri kejap ke kanan lagi.. Apahal ni? Berat je mata ni adeh~ "Layan je la kelas ni" dalam kepala aku..


Habis kelas, balik rumah, cek balik ubat. Kat ubat selsema ada tulis ;

'PERHATIAN! Ubat ini boleh menyebaban mengantuk. Jangan membawa kenderaan'  


Dan baru aku paham kenapa lecturer aku buat cloning-jutsu tadi dalam kelas tadi..


Moral Of The Story : Jadi janganlah makan ubat dan sebelum anda ke kelas, kerana ia mengakibatkan lecturer anda menjadi naruto..


-zuan-
p.s : aku dah malas la nak pegang gelaran 'Zuan Macho', nak jadi 'Zuan Bon Jovi' plak la.. Smart gak nama tu, thanks Bro KiD hehe~ 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...