Showing posts with label ubat. Show all posts
Showing posts with label ubat. Show all posts

Tuesday, 6 March 2012

> Mintak Ubat Batuk Je Pun

HOlla Peeps,

Doc : Sakit apa ni?
Aku : Sakit tekak, hmm ada selsema sikit.
Doc : Ok ok,

*ambil alat apa tah, then letak kat leher aku*

Aku : Err dah 3 minggu batuk ni sebenarnya Doc..
Doc : Ow, ok saya ubat yang lain la macam tu.. Dari suara, dah nak ok batuk tu. Takpe ni mesti kes makan ubat batuk orang lain ni..
Aku : Err mana doc tau?
Doc : Saya kan doctor!


Macam tu la perbualan aku dan doc tengah hari tadi. Baru start sem dah mintak ubat kat Unit Kesihatan UiTM.




Haaaa ni makannya!!! Mintak ubat batuk dan selsema je, dia bagi ubat kahak, batuk, demam, antibiotik, dan selsema.. Haihhh nasib baik la free, kalau berbayo? Abis duit aku bulan ni, dah la tengah hari tadi habis RM6++ untuk sewa rumah, dan total bill lain (yang termasuk bill internet free kitorang guna setahun lebih)

Lepas lunch aku terus makan ubat tu.. Then kat kelas petangnya (lebih kurang pukul 2) Satu benda lecturer ajar aku tak leh masuk dalam kepala (padahal pengenalan je harini).

Kepala dah kejap ke kiri kejap ke kanan, aku dok heran kenapa lecturer tu ada clone kat sebelah dia, dah macam cloning-jutsu yang Naruto selalu buat tu aku tengok.. Kepala aku kejap ke kiri kejap ke kanan lagi.. Apahal ni? Berat je mata ni adeh~ "Layan je la kelas ni" dalam kepala aku..


Habis kelas, balik rumah, cek balik ubat. Kat ubat selsema ada tulis ;

'PERHATIAN! Ubat ini boleh menyebaban mengantuk. Jangan membawa kenderaan'  


Dan baru aku paham kenapa lecturer aku buat cloning-jutsu tadi dalam kelas tadi..


Moral Of The Story : Jadi janganlah makan ubat dan sebelum anda ke kelas, kerana ia mengakibatkan lecturer anda menjadi naruto..


-zuan-
p.s : aku dah malas la nak pegang gelaran 'Zuan Macho', nak jadi 'Zuan Bon Jovi' plak la.. Smart gak nama tu, thanks Bro KiD hehe~ 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...