Wednesday, 3 August 2011

> Sahabat Lama

HOlla Peeps,

Selepas aku selesai menunaikan solat Tarawih (تراويح)‎, mataku terarah ke seorang lelaki yang sedikit rendah dariku, berbadan gempal, memakai songkok berbaju hijau.. Setelah diamati, baru aku sedar beliau adalah salah seorang sahabatku ketika di sekolah dahulu...Alangkah lama tidak ku temu dia.. Sudah semakin naik berat badannya barangkali.. Aku tergurnya, lama dia tenung aku kembali dengan muka curiga..

"La, engkau.. Lama tak nampak, muka dah lain" katanya kepadaku.. Tanda soal bersaiz XL keluar di atas kepalaku, apa yang sudah lain di mukaku? Seperti Aaron Aziz barangkali, hidungku sedikit kembang selepas membayangkannya.. "Kau buat apa sekarang?" aku mula terfikir soalan yang slalu ditanyakan, adalah menjadi kebiadaban kalau aku cakap "sedang bercakap dengan kau la" jadi aku dengan baik menjawab sedang cuti semester menanti panggilan semester ke empat insyaAllah..

Alhamdulillah sahabatku sudah bekerja, jadi tidak sia-sia dia menyambung pelajaran ketika tamat SPM dahulu... Dan aku? Masih memerah otak mudaku untuk mendapatkn segulung ijazah sebelum aku jaja ijazahku di tempat orang.. Dengan masa yang sedikit, aku sudah cukup puas, puas dan gembira melihat salah seorang sahabatku sudah berjaya..


-zuan-
p.s : Alhamdulillah, malam ke 3 aku bertarawih di surau taman ku.. eh, ada orang tegur aku ni Indonesia ke? Ops, kena perkemas bahasa #LOL

Tuesday, 2 August 2011

> Pengalaman Berpuasa di Tempat Orang

HOlla Peeps,


Bangunku di watu sahur untuk minum seteguk air dan cukuplah dengan sebiji kurma untuk melapik perutku di siang hari, meniti hari-hari sebagai seorang pelajar di Universiti..Ah, itu kisah tahun-tahun lepas ketika aku masih di negeri orang, cuma tahun ini aku berpuasa sepenuhnya di negeri sendiri untuk memenuhi cuti selama satu per empat tahun yang diberikan orang berkuasa.. Ahh membazir lagi masa muda aku.. masuk tahun ini sudah hampir 5 tahun aku di negeri orang.. Bukan suatu tempoh masa yang singkat untuk menuntut ilmu.

sumbangan google yang hebat

Bukan ingin mengadu kisah sebagai seorang pelajar, tetapi ingin menceritakan dugaan berpuasa di negeri orang.. Banyak dugaannya, terutama sekali ujian untuk bangun sahur, begitu liat seliat pacat.. Berbeza sungguh ketika ku dirumah, dimana aku dengan mudah dikejut Umiku, dan apabila bangun sudah terhidang lauk pauk yang sedap...
Apabila di negeri orang ni, bagun dengan tenaga sendiri sangat la susah, dan menjadi suatu kejayaan apabila sudah berjaya bangun..

Meniti kepanasan harian yang memang mengeringkan tekak sangat menguji tahap puasaku, namun aku gagah untuk melaluinya demi kewajipan. Keikhlasan dihati, tiada siapa tahu... Teringat aku akan suatu kesah sahabatku, menceritakan dengan bangga yang dia tidak puasa di hari itu.. Pening kepalaku memikirkan sikapnya, apakah menjadi kebanggaaan untuk tidak puasa? Terdetik di dalam kepala ku untuk mengucapkan kejahilannya, namun hatiku terlalu malu dan lembut untuk berkata demikian.. Ada juga suatu ketika dimana aku melihat sendiri mereka menumis sayur dan mengetuk kuali untuk santapan sementara mereka diwaktu matahari masih lagi di atas kepala.. Ahh.. itu satu ujian bagiku...

sumbangan google yang hebat
Jangan dihina sahabat-sahabat yang tidak berpuasa di siang hari, mungkin ada sebab mereka berbuat demikian...


-zuan-
p.s :  Diminta oleh seorang sahabat untuk menceritakan kisah berpuasa di negeri orang, dan aku karang dalam bahasa yang aku gemari..tak pa noh??

Monday, 1 August 2011

> ATWR Comic : #5 Selamat Berpuasa

HOlla Peeps,

Senarai siri ATWR Yang Korang Dah Terlepas :

ATWR : #5 Selamat Berpuasa


kemunculan semula Robot Kuning yang tidak bernama
Dan kemunculan semula Robot Monitor yang juga tidak bernama




-zuan-
p.s : salam ramadhan.. Aku perkenalkan pula Danbo.. Pasti ramai yang familiar dengan papercraft Danbo (papercraft yang bertemakan kotak amazon dot co dot jp ni), my latest papercraft work.. Salam Ramadhan kepada semua..Jangan ponteng puasa tau nanti mak marah... hehe ;D






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...