Showing posts with label aaron aziz. Show all posts
Showing posts with label aaron aziz. Show all posts

Wednesday, 3 August 2011

> Sahabat Lama

HOlla Peeps,

Selepas aku selesai menunaikan solat Tarawih (تراويح), mataku terarah ke seorang lelaki yang sedikit rendah dariku, berbadan gempal, memakai songkok berbaju hijau.. Setelah diamati, baru aku sedar beliau adalah salah seorang sahabatku ketika di sekolah dahulu...Alangkah lama tidak ku temu dia.. Sudah semakin naik berat badannya barangkali.. Aku tergurnya, lama dia tenung aku kembali dengan muka curiga..

"La, engkau.. Lama tak nampak, muka dah lain" katanya kepadaku.. Tanda soal bersaiz XL keluar di atas kepalaku, apa yang sudah lain di mukaku? Seperti Aaron Aziz barangkali, hidungku sedikit kembang selepas membayangkannya.. "Kau buat apa sekarang?" aku mula terfikir soalan yang slalu ditanyakan, adalah menjadi kebiadaban kalau aku cakap "sedang bercakap dengan kau la" jadi aku dengan baik menjawab sedang cuti semester menanti panggilan semester ke empat insyaAllah..

Alhamdulillah sahabatku sudah bekerja, jadi tidak sia-sia dia menyambung pelajaran ketika tamat SPM dahulu... Dan aku? Masih memerah otak mudaku untuk mendapatkn segulung ijazah sebelum aku jaja ijazahku di tempat orang.. Dengan masa yang sedikit, aku sudah cukup puas, puas dan gembira melihat salah seorang sahabatku sudah berjaya..


-zuan-
p.s : Alhamdulillah, malam ke 3 aku bertarawih di surau taman ku.. eh, ada orang tegur aku ni Indonesia ke? Ops, kena perkemas bahasa #LOL

Saturday, 23 July 2011

> Kesilapan Harimau

HOlla Peeps,

livescore.com

Sepanjang perlawanan tadi aku mengutuk perlawanan Malaysia, terutama pertahanan yang trlalu leka tidur diatas bantal yang empun tanpa menghiraukan singa-singa yang ingin membaham mereka.. Tiada semangat Malaysia Boleh dalam hati mereka, dan tak ada bersungguh-sungguh.. Terlalu mengharapkan Sali untuk gol.. Tapi sampai bila Safi boleh gol? Beliau hanya mampu menjaringkan 2 gol dari 8 gol dalam perlawanan ni.. Dengan kekalahan 5-3 aku rasa macam tengok Liverpool lwn Malaysia.. Bukan aku tak sokong Malaysia, tapi sebab aku sokong la aku kutuk, sebab kritikkan boleh membina seseorang menjadi lebih bagus.. Kalau selalu kena puji boleh membuatkan seseorng hanyut dibuai mimpi.. Harap perlawanan di Bukit Jalil lebih bagus.. See ya there peeps..

Total credits to Forward, and for the defensive, try Italian football style..Look at how they defend.. and to Singapore, is it total satisfaction to have an import player scored for you?


-zuan-
p.s :  Aaron Aziz penyokong Malaysia atau Singaura?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...