Friday, 28 September 2012

> Apa Yang Aku Lihat dan Apa Yang Aku Pelajari

Salam Jumaat,

cloud


Sepanjang trip aku di negeri orang, mataku sibuk memerhatikan budaya mereka disamping melihat dengan lensa sendiri bagaimana keadaan negeri orang. Bak kata pepatah, "sambil menyelam minum air" tapi jangan tak larat berenang sebab perut dah kembung minum air ye hehe


Di Hat Yai, apa yang aku perhatikan di sini budaya mengemis seperti yang banyak kita lihat di dalam negara kita. Tiada pengemis duduk di tepi jalan dan menagih simpati mereka yang lalu lalang, dan tiada juga kanak-kanak ke orang dewasa meminta wang untuk makan. Tiada juga 'badan organisasi' yang menegur kita untuk meminta derma untuk sekian sekian. Ia seperti tidak pernah berlaku. Mungkin didalam pemikiran mereka, walaupun mereka hidup susah, tetap berusaha untuk mendapatkan sesuap makanan dan setitis minuman.


Budaya bertolak ansur sering kali aku lihat di sini. Aku perhatikan pemandu kereta banyak bertolak ansur dengan pejalan kaki dan pemandu yang lain. Mereka kelihatan tidak tergesa-gesa ke destinasi mereka sehinggakan sanggup memberi keutamaan untuk pejalan kaki melintas jalan walaupun hijau di line mereka. Penunggang motosikal begitu sempoi memacu kenderaan bertayar dua ke mana sahaja tanpa perlu press minyak untuk menarik perhatian ornag lain.


Berbeza dengan apa yang aku ketahui, dan apa aku dengar yang tempat ini bahaya kerna sering dibisikkan mengenai kes pengeboman di salah sebuah hotel di sini. Pada detik awal aku melangkah kaki ke negara ini, aku rasa takut dan sentiasa bersedia untuk apa apa perkara buruk yang mungkin akan timpa keatas aku. Tetapi selepas melihat dan mempelajari tempat ini, di hari kedua aku di sini, hatiku seperti tidak ada ketakutan dan keraguan lagi seperti di hari pertama. Aku rasa tenang dan selamat dari masalah. Ia seperti tidak pernah berlaku peristiwa hitam di sini. Aku boleh berjalan di kaki jalan dengan senang dan apabila senyum kepada orang di sana, dengan senang mereka membalas kembali senyuman. Ia sesuatu yang jarang aku dapat di negara aku sendiri.


Keunikkan adalah suatu yang menunjukkan keberanian untuk melakukan apa yang orang lain tak pernah buat. Keunikkan di sini yang aku perhatikan adalah keunikkan cara berdagang di floating market. Ia sesuatu yang tidak ada di dalam negara kita sendiri. Ia adalah sesuatu yang unik dan menjadi salah satu destinasi popular dan mesti dilawati di sini kerana keunikkannya yang tersendiri. Ia memberi idea kepada kita yang, jika kita berani buat sesuatu yang tidak pernah dicuba oleh orang lain, ia mungkin akan menjadi sesuatu fenomena atau keunikkan yang akan dikagumi oleh orang lain nanti. Tak kisah la ia adalah weirdo, tetapi jika berani cuba sesuatu yang baru, mungkin hasilnya lebih hebat dari mencuba sesuatu yang sudah ada.


Aku juga pelajari menghormati tempat orang yang mana pernah diberitahu "Di tempat orang jangan berlagak samseng, jangan buat hal, respect tempat mereka dan mereka akan respect kita" dan Alhamdulillah, aku selamat pergi, selamat tiba, selamat dalam trip, dan selamat pulang ke tanah air.


Its a fun trip, and next stop? Maybe Jakarta or maybe Singapore..


train station


-zuan-
p.s: rasanya dah semua benda aku cerita mengenai pengalaman aku di Hatyai (part1, part2, part3, part4).. Jika ada rezeki ke negeri lain yang menarik untuk diceritakan pengalamannya, aku kongsi nanti insyaAllah.. (",)  


click ads to show your support (",)

Wednesday, 26 September 2012

Jejalan : Gambar Sekitar Bandar Hat Yai

HOlla Peeps,

hatyai


Setelah aku berjaya membuatan ramai jeles dan teruja dengan Hat Yai di beberapa entry lepas, ini adalah finale entry bersiri Trip aku dan classmate aku ke Hat Yai Thailand.  Dah penat aku dok cerita pasal tempat ni, sampai tak cukup tidur aku nak siapakan entry ni..hehe


Kepada yang tekak raya 'loye' je nak makan makanan Thai, boleh hit Kelantan Restaurant! Makanan yang biasa kita makan seperti nasi goreng dan mee goreng dan banyak lagi ada dihidangkan disini. Dijamin halal.

Minat makanan exotic? Jangan lepaskan peluang untuk makan lipas, cengkerik dan banyak lagi di sini. Ia berdekatan dengan floating market. Loye tekak aku bila lalu gerai ni. Halal or not?

Bila korang ke Thailand, Beware of the DOG! Anjing merata-rata ada di sini.. Tapi jangan bimbang la, anjing takkan kejar kita kalau kita tak kejar dia hehehe

Agama rasmi di Thailand adalah Budha. Jadi di sini begitu banyak Temple dibina dengan senibina yang unik.

Floating market. Memang tak puas shopping makanan di sini. Banyak pilihan makanan yang awesome.
'truemove' adalah rangkaian network yang popular di Thailand.

Nasi Ayam versi Thai. Harga based on saiz ayam. Range dari 40  Baht hingga 70 Baht.

Plaza Market. One of shopping spot untuk mereka yang suka shopping! Variety of choices with reasonable price.

"Conservation of water to all life before the crisis will come"

Sentiasa ada bila masa diperlukan..

Night Hawker, atau pasar malam. Aktiviti menjual beli makan di malam hari juga sangat aktif di sini. Tetapi ia tidaklah sampai ke tengah malam kerna biasanya peniaga menutup kedai di sekitar jam 9 malam. 

Dah boleh guling guling atasa jalan dah di waktu 12 malam dan ke atas. Tiada kegiatan merempit walaupun di malam minggu di sini. Tenang je malam di kota Hat Yai.

-zuan-
p.s: apa ubat untuk orang malas?  


click ads to show your support (",)

Monday, 24 September 2012

Jejalan : Hat Yai Floating Market

Alright, sebelum start cerita mengenai Floating Market, ada readers yang masih blur dengan trip yang aku buat ni. Alright-alright, aku dan kawan-kawan aku ke sini tanpa travel agent. Apa yang aku buat is Google beberapa tempat menarik di Hat Yai, dan terus ke sana bersama yang lain. Senang cerita, gamble je pergi dengan knowledge yang ada. Di sini banyak Tuk Tuk yang akan tolong hantar korang ke destinasi yang korang nak dengan rate yang murah (rujuk entry awal kalau tak tau Tuk Tuk tu apa). Untuk budget pula, just bawak RM250 is enough untuk sightseeing, penginapan, dan makan. 

HOlla Peeps,


klonghae floating market


Floating Market atau juga dikenali sebagai Klonghae Floating Market adalah destinasi popular di Hat Yai. Sesiapa yang ke Hat Yai, mesti akan ke sini untuk melihat keunikkan tempat ini. Ia tempat dimana ramai peniaga berniaga dengan menggunakan sampan. Terdapat macam-macam jenis makanan dan minuman tempatan dijual di sini. Di situ lah mereka masak, disitulah mereka bancuh air.


Mula sesak dengan orang ramai menjelang 3 petang.


Aku pada mula ragu-ragu makanan di sini halal or not. But apabila aku mula nampak peniaga ada yang berkopiah dan ada yang bertudung, plus ada antara mereka siap letak tanda halal di sampan mereka, aku mula giat membeli makanan daripada penjual makanan yang Muslim. Ada yang paham bahasa Melayu (sebab golongan patani banyak tinggal di Songkhla), tapi mereka kurang paham dengan English. So body language pun amat penting bila ke sini untuk mudahkan urusan jual beli. Jangan terkejut bila ada yang menerima RM didalam urusan jual beli (rujuk sini kalau nak tau currency Thailand).


Salah satu keunikan di sini adalah, air yang dijual tidak diletakkan di dalam bekas plastik, ia diletakkan di dalam cawan istimewa atau buluh yang kemudiannya boleh dibawa pulang sebagai tanda kenangan atau dekorasi di rumah.

Air Oren diletak di dalam buluh. Sedap dan sejuk je tekak bila minum.

This seller's 'roti sosej' is awesome! Sosej  dibalut dengan roti dan telur, mungkin dah biasa kita makan, tapi bila pekena yang ni, lagi awesome rasanya, tambah tambah lagi letak topping dia susu, perghhh..!!! Kalau korang singgah ke sini, make sure rasa satu. Boleh didapatkan dengan hanya 25 baht.

Aku lupa apa nama makanan ni, tapi rangup dan sedap. Sos dia secukup rasa.

Cara mereka memberi makanan yang hendak kita beli adalah letakkan di dalam raga kecil yang diikat pada batang rotan dan hulurkan kepada kita. Apa yang kita perlu lakukan adalah ambil barangan itu dan letakkan bayaran di dalam raga tersebut.  

Kebanyakkan penjual di sini adalah dari kalangan kaum hawa. Dan setahu aku kawasan floating market ini boleh memuatkan sehingga 100 buah sampan pada satu masa! Banyak kan? Jadi bayangkan betapa banyak pilihan makanan yang ada di sini yang akan membuatkan korang rambang mata.


Kentang putar diorang sangat rangup. Hanya 20 baht. Memang tak puas aku makan satu sampai kawan aku cakap gaya aku makan dah macam tak makan 2 hari! hahaha

Opss, sebelum terlupa, Floating market ni jaraknya hanya 15 minit perjalanan menaiki Tuk Tuk. Untuk pengetahunan semua, Floating Market hanya dibuka pada hari Jumaat hingga Ahad, dari pukul 3 petang sehingga 9 malam. So kalau rancang nak ke Hat Yai, make sure korang datang time weekend atau korang akan terlepas peluang ke sini.

Alrite, sampai sini dulu yok? Banyak lagi nak cerita.. Kalau cerita dalam satu entry, berpeluh ketiak kome membacanya hehe (",)


-zuan-
p.s: blogger kuat makan, mesti jeles gua dapat ke sini..hehe 


click ads to show your support (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...