Showing posts with label Floating Market. Show all posts
Showing posts with label Floating Market. Show all posts

Monday, 24 September 2012

Jejalan : Hat Yai Floating Market

Alright, sebelum start cerita mengenai Floating Market, ada readers yang masih blur dengan trip yang aku buat ni. Alright-alright, aku dan kawan-kawan aku ke sini tanpa travel agent. Apa yang aku buat is Google beberapa tempat menarik di Hat Yai, dan terus ke sana bersama yang lain. Senang cerita, gamble je pergi dengan knowledge yang ada. Di sini banyak Tuk Tuk yang akan tolong hantar korang ke destinasi yang korang nak dengan rate yang murah (rujuk entry awal kalau tak tau Tuk Tuk tu apa). Untuk budget pula, just bawak RM250 is enough untuk sightseeing, penginapan, dan makan. 

HOlla Peeps,


klonghae floating market


Floating Market atau juga dikenali sebagai Klonghae Floating Market adalah destinasi popular di Hat Yai. Sesiapa yang ke Hat Yai, mesti akan ke sini untuk melihat keunikkan tempat ini. Ia tempat dimana ramai peniaga berniaga dengan menggunakan sampan. Terdapat macam-macam jenis makanan dan minuman tempatan dijual di sini. Di situ lah mereka masak, disitulah mereka bancuh air.


Mula sesak dengan orang ramai menjelang 3 petang.


Aku pada mula ragu-ragu makanan di sini halal or not. But apabila aku mula nampak peniaga ada yang berkopiah dan ada yang bertudung, plus ada antara mereka siap letak tanda halal di sampan mereka, aku mula giat membeli makanan daripada penjual makanan yang Muslim. Ada yang paham bahasa Melayu (sebab golongan patani banyak tinggal di Songkhla), tapi mereka kurang paham dengan English. So body language pun amat penting bila ke sini untuk mudahkan urusan jual beli. Jangan terkejut bila ada yang menerima RM didalam urusan jual beli (rujuk sini kalau nak tau currency Thailand).


Salah satu keunikan di sini adalah, air yang dijual tidak diletakkan di dalam bekas plastik, ia diletakkan di dalam cawan istimewa atau buluh yang kemudiannya boleh dibawa pulang sebagai tanda kenangan atau dekorasi di rumah.

Air Oren diletak di dalam buluh. Sedap dan sejuk je tekak bila minum.

This seller's 'roti sosej' is awesome! Sosej  dibalut dengan roti dan telur, mungkin dah biasa kita makan, tapi bila pekena yang ni, lagi awesome rasanya, tambah tambah lagi letak topping dia susu, perghhh..!!! Kalau korang singgah ke sini, make sure rasa satu. Boleh didapatkan dengan hanya 25 baht.

Aku lupa apa nama makanan ni, tapi rangup dan sedap. Sos dia secukup rasa.

Cara mereka memberi makanan yang hendak kita beli adalah letakkan di dalam raga kecil yang diikat pada batang rotan dan hulurkan kepada kita. Apa yang kita perlu lakukan adalah ambil barangan itu dan letakkan bayaran di dalam raga tersebut.  

Kebanyakkan penjual di sini adalah dari kalangan kaum hawa. Dan setahu aku kawasan floating market ini boleh memuatkan sehingga 100 buah sampan pada satu masa! Banyak kan? Jadi bayangkan betapa banyak pilihan makanan yang ada di sini yang akan membuatkan korang rambang mata.


Kentang putar diorang sangat rangup. Hanya 20 baht. Memang tak puas aku makan satu sampai kawan aku cakap gaya aku makan dah macam tak makan 2 hari! hahaha

Opss, sebelum terlupa, Floating market ni jaraknya hanya 15 minit perjalanan menaiki Tuk Tuk. Untuk pengetahunan semua, Floating Market hanya dibuka pada hari Jumaat hingga Ahad, dari pukul 3 petang sehingga 9 malam. So kalau rancang nak ke Hat Yai, make sure korang datang time weekend atau korang akan terlepas peluang ke sini.

Alrite, sampai sini dulu yok? Banyak lagi nak cerita.. Kalau cerita dalam satu entry, berpeluh ketiak kome membacanya hehe (",)


-zuan-
p.s: blogger kuat makan, mesti jeles gua dapat ke sini..hehe 


click ads to show your support (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...