Saturday, 15 October 2011

> Gua Melalut Sebab Hanie dan Jue

HOlla Peeps,


Kisah Homecoming yang akan difilemkan?


Gua sering terfikir nak berlakon dalam filem CICAKMAN sebab gua macho dan ada gaya KL GANGSTER dalam diri gua! Lu tak rasa macam tu ke? Gua ada gegar geng CONGKAK dekat FLAT 3A aritu lepas gua tengok NASI LEMAK 2.0 dengan kawan gua ADNAN SEMPIT, hahaluuuuu jangan ingat gua dok BULI si pelakon BINI-BINIKU GANGSTER tu sebab wa dan dia sama-sama up!!! Kitorang berpegang dengan prinsip JANGAN PANDANG BELAKANG, sebab tu kitorang berani bukak AL-HIJAB kitorang dan kitorang LIBAS geng CONGKAK sesame (woi bukan Sesame Street la) sampai geng GERAK KHAS mengKHASkan gerakkan mereka!!!

Eh, lu dah tengok cerita GENG : PENGEMBARAAN BERMULA? Jangan terkejut yang suara Upin Ipin tu tak macam gua, sebab suara gua lagi macho dari suara pelakon KARIPAP KARIPAP CINTA (siapa nama pelakon citer tu? Wa macho lagi dari dia ok!!!)! Fuhh, nasib baik Makcik Karipap Tak datang umah gua malam tu, time gua tengok HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA (dengan gumiho), then gua hantar la HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH sebab dia goyang benar dengan HANTU KAK LIMAH (nama dia pun HANTU KAK LIMAH nak goyang ngan HANTU KAK LIMAH buat apa kan?) tu, adoi, mana la wujud hantu dalam filem GERAK KHAS?




Sol sol sol... soley soley~ Wa anti climax sikit serita ni sebab takut jadi balik Kisah Pertarungan Antara Gajah Dan Ular, ada ingat lagi?


-zuan-
p.s : aku ada janji nak join Mari Bercerita, tapi lambat pulak submit entry #LOL sorry Jue and Hanie 

Jejalan : Island Hopping at Langkawi

HOlla Peeps,

Holiday, sapa tak suka an? Dan untuk holiday yang best, kena la buat perancangan teliti dan bajet kewangan yang mencukupi.. Jangan jadi macam aku, plan pun tak de jadi Plan B la  kot. Duit pula? Ngam-ngam je untuk tambang, tiket semua, makan and buah tangan? Tak cukup duit nak beli #LOL

Entry kalini aku nak bercerita pengalaman menaik aku di Langkawi ("eleh aku pn pernah gi langkawi, kecoh r mamat ni"), so dalam masa yang sama, aku perkenalkan Labels 'Jejalan' khas untuk traveling guide kepada korang..

Bila ke Langkawi, tak lengkap rasanya tanpa touring Island Hopping! Last year aku ada ke Langkawi, tapi tak merasa Island Hopping ni, so memang rasa empty dan kurang complete je bila balik.. Last week (holiday lagi?), dapat juga rasa Island Hopping! Yeay!!! Best? Pada pecinta alam dan yang suka mandi-manda seperti aku, syok ar.. 


Island Hopping

Tempat berkumpul sebelum naik boat

Apa pulau yang korang akan pergi semasa Island Hopping ni? 

  • 1st pulau yang korang akan pergi adalah Pulau Dayang Bunting (Lake of the Pregnant Maiden Island) adalah pulau yang dipercayai mempunyai kesan ajaib kepada wanita subur. 

Pandangan Pulau Dayang Bunting dari jauh

Sampai je ke pulau Dayang Bunting, korang akan disambut oleh
'penyambut tetamu' yang sangat suka akan makanan

p.s pegang elok-elok beg tu ya

Kena jalan (jungle tracking) selama lebih kurang 5 minit untuk sampai ke Tasik Dayang Bunting, jangan risau sebab ada tangga disediakan, dan watch your steps, nanti terjatuh pula..

Tak ada lifeguard yang akan selamatkan atau pantau keadaan korang kalau lemas kat sini,
so pada yang tak pandai berenang tu, jangan la menggatal kaki nak berenang, untuk langkah keselamatan, pakai Life Jackets..

Tekun membaca sejarah Pulau Dayang Bunting, 
korang tau tak sejarah dayang bunting ni?

Dipercayai sebelum ni ada Bunian Wanita dan Bunian Lelaki mempunyai hubungan dan mendapat anak, tapi selepas dilahirkan, anak itu meninggal selepas berusia 7 hari, jadi si ibu menyemadikan anaknya di dalam tasik itu, sempena memperingati peristiwa it, pulau itu diberi nama Pulau Dayang Bunting

  • Kemudian ke kawasan kepulauan kecil yang mempunyai pemangandan cantik sambil melihat burung helang beterbangan di udara mendapatkan buruanya (p.s aku angkat lengan tangan dengan harapan ada yang hinggap kat lengan tangan aku..lol tapi jangan tiru aksi aku tu, bahaya!). 

Abang Tour Guide kitorang yang kacak...


Kira ada berapa banyak Burung Helang?

Nampak kelajuan si helang tu menangkap mangsanya?

  • Destinasi terakhir adalah Pulau Beras Basah, pulau tropical yang santai dan korang boleh menghabiskan masa lapang anda dengan berenang di dalam air yang jernih dan baring di pasir yang putih. Masa untuk mandi-manda adalah lebih kurang sejam.. Waktu ni, konfirm lapar, tapi jangan risau sebab ada kedai yang menjual makanan di situ.

Pandangan laut dari tempat kitorang bersantai

5 daripada 6 yang terlibat dalam tour kalini

Gambar photographer yang disengetkan



ok abaikan yang bajet tuff tu.. #LOL


*gambar-gambar tak pakai baju semasa mandi manda banyak di Pantai Beras Basah ni, disebabkan ada readers dikalangan perempuan, jadi atas dasar hormat pada mereka gambar-gambar tu di filter..


Masa yang korang akan spend untuk Island Hopping adalah lebih kurang 3 jam.. So 3 jam tu mungkin kejap, sebab fun dan trust me, abis je trip ni, konfirm penat dan nak baring tidur di hotel..



"Sampai sini dulu tour guide aku dalam Labels Jejalan untuk kalini, kita ketemu lagi di entry akan datang.. Sayonara~"


-zuan-
p.s : boleh jadi tour guide tak? hehe 
aku perasan ramai yang masih tak tau mana satu aku pada entry lepas, hmm teka-teka je la smpai korang perasan mana satu aku huhu 

Friday, 14 October 2011

> Apakah Benar Perang Dah Tamat?

HOlla Peeps,

The world now lives in fear, We are afraid of everything
Alhamdulillah
Kita selamat
Kabus dah hilang
Perang dah tamat
Nyanyikan lagu
Damai dalam lena
Jangan buka mata
Realitinya sungguh berbeza

Berita yang ditunggu
Kini sedang tersebar
Seluruh umat manusia
Boleh tersenyum lebar
Perang sudah tamat
Terpampang di dada akhbar
Senjata dah dilucutkan
Malahan dibakar

Jalan dah dibuka
Bekalan dah dihantar
Pengawal sempadan bersalaman
Dan bergambar
Tiada lagi askar-askar luka
Main kejar-kejar
Kerna dunia tidak lagi perlukan pendekar

Bumi berhenti bergetar
Tak perlu rasa gentar
Tiang dah dipacakkan
Bendera berkibar
Yang sembunyi keluar
Dah bersinar di luar
Burung besi pulang
Yang sebenar legar-legar

Langit koyak dah ditampal
Tiada halilintar
Laut merah pudar
Jala kembali ditebar
Di desa bunga mekar
Di bandar bangunan tegar
Bunyi mercun
Bunga api gantikan bunyi bom dan mortar
Apakah benar perang dah tamat?

Alhamdulillah
Kita selamat
Kabus dah hilang
Perang dah tamat
Nyanyikan lagu
Damai dalam lena
Jangan buka mata
Realitinya sungguh berbeza

Perang sudah tamat
Kita jadi buta warna
Lihat kulit manusia
Semuanya sama saja
Pembunuhan
Permusuhan
Semua syak wasangka
Harus dihentikan
Berkuatkuasa serta merta

Piagam Madinah dihidup dan dijana
Semua agama Ibrahim aman hidup bersama
Perang cuma tinggal kata dalam kamus lama
Tak disebut
Tak diguna
Tak lagi dicari makna

Perang sudah bubar
Perang sudah bubar
Ganti sebiji peluru
Dapat sebatang cigar
Perang sudah bubar
Perang sudah bubar
Ganti sebatang senapang
Dapat sebiji gitar

Mereka kata tidak mungkin
Aku balas benar
Cuba tutup mata
Baca risalah diedar
Perang sudah tamat
Ku nyanyi separa sedar
Perang dah tamat
Maaf bukan cerita sebenar


Alhamdulillah
Kita selamat
Kabus dah hilang
Perang dah tamat
Nyanyikan lagu
Damai dalam lena
Jangan buka mata
Realitinya sungguh berbeza

Uthrul Horriyah
Auqifull Haq

Hari-hari tengok berita buruk jam lapan
Hari-hari tengok saudaraku berbunuhan
Bukankah mengambil nyawa itu kerja Tuhan
Bukan aku
Bukan kamu
Ajal Dia yang tentukan

Ada Torah
Zabur
Injil
Ada Quran
Kalau Iqra'
Tiada ibu-bayi mati berpelukan
Ada I-Ching
Ada Tipitaka
Ada Veda
Habis baca semua
Baru sedar kita tiada beza

Kita manusia
Lain nama dan fizikal
Persamaan utamanya kita ada akal
Biar haiwan saja bersifat territorial
Ok, hypothetical - tiada peta politikal

Saya orang aman
Saya bukan orang jahat
Saya benci perang
Saya rela bersahabat
Nyanyi lagu damai
Satu dunia ikut rapat
Sambil tunggu hari Osama dan Obama berjabat

Alhamdulillah
Kita selamat
Kabus dah hilang
Perang dah tamat
Nyanyikan lagu
Damai dalam lena
Jangan buka mata
Realitinya sungguh berbeza

War must therefore be made illegal


-zuan-
p.s : perang mungkin dah tamat di negara kita, tapi perang media? perang politik?
minda kita dikawal media, maklumat kita dikawal kita, benarkah semua informasi yang kita dapat di media?
benarkah semua yang diceritakan di buku sejarah? 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...