Showing posts with label teaser. Show all posts
Showing posts with label teaser. Show all posts

Sunday, 25 March 2012

> Teaser : The Hobbit: An Unexpected Journey

HOlla Peeps,

Apa plan korang weekend ni? Weekdays lepas aku mendapat satu news yang  mengejutkan aku apabila keluar statement yang filem hebat John Carter kerugian $200 Juta! Produksi filem Disney ini memakan kos $300 Juta dan hanya mendapat pulangan sebanyak $100 Juta! Dimana silapnya mereka sehingga kerugian sebegitu banyak? Mungkin markerting plan tak cukup hebat, mungkin disebabkan plot cerita yang kurang kuat dan mungkin disebabkan review aku minggu lepas kurang convince readers blog ini untuk menontonnya.

Hmm takpe lah, mungkin bukan rezeki Disney kalini..




Wohoooo~ filem yang paling dinanti-nantikan tahun ini.. Aku mula nantikan filem ni lepas Peter Jackson umumkan akan buat prequels The Lord Of The Rings selepas beliau siap filem King Kong pada 2005. Lama sangat beliau buat aku tertunggu-tunggu dan apa yang aku tunggu nampak berbaloi kerja filem ni akan ditayangkan dalam 2 part, The Hobbit: An Unexpected Journey (December, 2012) dan The Hobbit: There and Back Again (2013). Well, another Epic Adventure based on Tolkien's novel Is About To Begin..




Jom layan sinopsis filem ini :

Bilbo Baggins is swept into a quest to reclaim the lost Dwarf Kingdom of Erebor from the fearsome dragon Smaug. Approached out of the blue by the wizard Gandalf the Grey, Bilbo finds himself joining a company of thirteen dwarves led by the legendary warrior, Thorin Oakenshield. Their journey will take them into the Wild; through treacherous lands swarming with Goblins and Orcs, deadly Wargs and Giant Spiders, Shapeshifters and Sorcerers. Although their goal lies to the East and the wastelands of the Lonely Mountain first they must escape the goblin tunnels, where Bilbo meets the creature that will change his life forever ... Gollum. Here, alone with Gollum, on the shores of an underground lake, the unassuming Bilbo Baggins not only discovers depths of guile and courage that surprise even him, he also gains possession of Gollum's "precious" ring that holds unexpected and useful qualities ... (Written by Production)

Sure ramai readers blog ni dah tau kegilaan aku menonoton wayang, dan aku harapkan yang aku ada masa untuk menonton filem ini, kerna hujung tahun ni aku dapat rasakan ke-busy-an yang amat melampau disebabkan burden final year project. Well everything depend on my time management, if my management is good, means i will have time to watch it (",)


aku ada jumpa benda best semalam : 


apa lagi? vote r..hahaha



-zuan-
p.s : kekangan masa untuk blogwalking dalam seminggu dua ni.. maaf kalau tak terbalas kunjungan korang semua ..
p.s.2 : nuffnang dah tak sayang aku! Dah dekat 2 bulan ta dapat BE.. =P  

Saturday, 17 March 2012

> Teaser : My Way

HOlla Peeps,



Cek-cek email, jumpa something interesting send by someone i know;




"A Korean man and a Japanese man meet as enemies, but become each other's hope. And a drama of true humanity that transcends borders and nationality unfolds"


Gempak kan poster dia? Jom layan trailer filem My Way yang akan membuatkan korang tak senang duduk dan tak sabar nak  menontonnya,




Amacam? Tak sabar nak tonton? My Way adalah sebuah filem Korea terbitan Directors Production bergenre Aksi dan Perang yang akan ditayangkan bermula 19 April tahun ini. Ia adalah filem arahan Kang Je-Kyu dilakonkan oleh pelakon handalan seperti Jang Dong-Gun, Odagiri Joe, Fan Bingbing, Kim In Kwon Han Seung Hyun , Do Ji Han dan Lee Yeon Hee.


Laaaaaa~ trailer dia tak cukup nak convince korang nak tengok filem ni ke? Haha takde pengaruh k-pop dalam movie ni, jangan risau.. Checkout sinopsis  My Way  :

"Sebuah filem berdasarkan kisah benar peristiwa perang dunia kedua ini bermula dengan pertemuan dua pemuda dari dua Negara. Jun-Shik (Jang Dong-Gun), pemuda Korea yang bercita-cita ingin menjadi seorang jaguh marathon seperti idolanya dan Hasegawa Tatsuo (Joe Odagiri), pemuda Jepun yang mempunyai kehebatan larian seperti Jun-Shik. Mereka bertemu sebagai musuh pada zaman kanak-kanak lagi apabila masing-masing mahu menunjukkan kehebatan larian mereka. Namun segalanya berubah apabila Jun-Shik dan rakan baiknya Kim In-Kwon (Lee Jong-Dae) dikerah menjadi tentera Jepun akibat rusuhan yang mereka lakukan ketika kemenangan yang sepatutnya milik Jun-Shik, diberikan kepada Tatsuo dalam pemilihan marathon Olimpik Tokyo. Lebih menyakitkan apabila Tatsuo pula mengetuai tentera Jepun sebagai Kolonel.

Penglibatan mereka berdua dalam peperangan dunia kedua telah merapatkan jurang permusuhan, lebih-lebih lagi apabila tentera Jepun kalah kepada tentera Soviet dan memaksa Tatsuo melucutkan jawatannya dan menjadi tawanan perang tentera soviet bersama Jun-Shik. Mereka dikerah bersama tawanan perang yang lain untuk berperang dengan tentera Jerman sehingga menyebabkan perpisahan terjadi antara keduanya dalam peperangan paling teruk dalam era perang dunia kedua.



Tatsuo yang mula menyedari sikapnya yang mementingkan diri akhirnya berjaya bertemu kembali dengan Jun-Shik apabila mereka sama-sama berada di kem tentera Jerman di Normandy, Perancis. Kali ini mereka sepakat untuk melarikan diri dari kem tentera tersebut dan kembali ke Korea untuk meneruskan cita-cita mereka menjadi jaguh marathon. Berjayakah misi mereka? Saksikan perjalanan perit yang diharungi oleh dua pemuda ini yang dahulunya musuh kini bergantung harapan sesama sendiri demi mencapai impian mereka yang satu."



Checkout press release untuk filem ini yang merupakan filem setaraf filem Hollywood!

Jarang industri filem Malaysia menampilkan filem-filem Korea untuk santapan penggemar filem di sini. Hanya lambakkan filem Hollywood yang diiktiraf sebagai berkualiti didedahkan kepada penonton. Namun jangan dipandang rendah kemampuan negara Asia seperti Korea untuk menghasilkan sebuah filem yang gah. Walaupun karya dari Korea popular disini melalui drama-drama bersiri yang membuatkan kaum wanita menitiskan air mata kerana kisah cinta yang romantis, mereka juga berupaya menghasilkan filem hebat yang membuatkan penonton menangis kerana perang!

Setelah cemerlang mencatatkan kutipan box office di sana, Knotty Ideas Sdn Bhd mengambil inisiatif dengan membawa filem paling mahal Korea itu masuk ke Malaysia. Filem yang menelan kos sebanyak 28 bilion won ini (24.92 million USD), ‘My Way’ merupakan filem pertama Korea yang memaparkan insiden perang dunia kedua. Melalui arahan pengarah tersohor yang mula menempah nama di dunia Hollywood, Kang Je-kyu, hasil filem ini tidak perlu diragui. Kang yang menjadi pemangkin kepada industri filem Korea pernah mencipta sejarahnya tersendiri apabila berjaya mencatat penonton sebanyak 10 juta orang untuk filem arahan terdahulunya, ‘Tae Guk Gi: The Brotherhood of War.

Filem ‘My Way’ ini telah mengambil masa penggambaran selama 156 hari dengan menggunakan kamera berteknologi canggih serta binaan set dan props untuk menampakkan keadaan seakan-akan sama seperti zaman perang dunia kedua. Kang sendiri mengambil masa 3 tahun untuk menghasilkan skrip ‘My Way’ ini berdasarkan penyelidikkan mendalam mengenai sejarah perang dunia kedua yang melibatkan insiden Nomanhan, peperangan tentera Soviet dengan tentera German serta peperangan di Normandy, Perancis. Namun, paling istimewanya, cetusan idea filem ini sebenarnya berasal dari hanya sekeping gambar. Gambar di bawah simpanan arkib negara Amerika Syarikat itu didedahkan menerusi program dokumentari Korea yang ditonton oleh Kang di mana ia memaparkan imej seorang tentera berwajah Asia berdiri dikalangan tentera-tentera Jerman. Siapakah lelaki itu? Menurut sejarah, lelaki itulah satu-satunya tawanan perang berketurunan Asia yang terselamat selepas menempuh tiga insiden perang yang dahsyat.

Berasaskan gambar tersebut, Kang mencipta karyanya tersendiri melalui kisah dua watak utama yang masing-masing berasal dari Korea dan Jepun. Dua pemuda ini mengejar cita-cita yang sama iaitu ingin menjadi jaguh maraton. Namun pertemuan mereka berdua ini telah bermula dengan permusuhan dan ianya bertambah konflik apabila kedua-duanya bertempur di medan peperangan dunia kedua. Permusuhan akhirnya mulai suram dengan perlahan-lahan apabila mereka semakin mengenali di antara satu sama lain sepanjang perjalanan mereka menempuhi alam peperangan.

Cerita yang berdasarkan kisah benar ini juga telah mempertaruhkan tiga bintang terkenal dari tiga negara, Jang Dong-Sun (Korea), Joe Odagiri (Jepun) dan Fan Bing Bing (China). Pemuda Korea yang amat popular menerusi drama-drama bersiri Korea yang pernah ditayangkan di Malaysia memang tidak asing lagi pada peminat cerita Korea di Malaysia. Joe Odagiri pula walaupun berasal dari Jepun telah membina namanya sendiri di Korea dan amat digilai remaja-remaja Korea kerana wajah tampannya. Seangkatan dengan Gong Li dan Zhang Ziyi, pembawa peranan filem Bodyguards and Assassins, Fan Bing Bing perlu diakui kemantapan lakonannya menerusi ‘My Way’ ini.

Filem ‘My Way’ menjanjikan keterujaaan penonton dengan aksi-aksi perang yang sangat hebat dan meyakinkan seperti gambaran sejarah terhadap zaman perang dunia kedua. Namun disebalik pertempuran yang menakutkan itu, terselit nilai persahabatan yang ingin disampaikan telus pada jiwa penonton. Akan mula bertempur di pawagam Malaysia bermula 19 April ini, masyarakat Malaysia bakal menyaksikan sebuah filem aksi perang paling hebat pernah dihasilkan dari negara Asia setanding filem Hollywood.



So nantikan review filem ni bulan april nanti insyaAllah (",)


-zuan-
p.s : happy weekend peeps, jika minggu lepas aku jejalan di Masjid Zahir, minggu ni? 

Tuesday, 13 March 2012

> Jon Kata

HOlla Peeps,

Sedang menunggu untuk menonton filem Penunggang Hantu, keluar satu trailer dimana orang melompat lompat! kemudian dia menarik batu menggunakan besi sambil dikejar monyet putih..


Pelakon Utama Jon Kata


"Apa ke movie ni?" jerit aku di dalam panggung  yang penuh dengan manusia.


JOHN CARTER! In cinema in 3D


"Owhh Jon Kata~" kata aku kemudian menoleh ke kanan di mana aku nampak Nora Danish duduk di sebelahku..


-zuan-
p.s : nantikan reviewnya tengah malam ini.. 

Monday, 6 February 2012

> Music on Monday : It's My Life

HOlla Peeps,



"It's My Life"
by BON JOVI

This ain't a song for the broken-hearted
No silent prayer for the faith-departed
I ain't gonna be just a face in the crowd
You're gonna hear my voice
When I shout it out loud

[Chorus:]
It's my life
It's now or never
I ain't gonna live forever
I just want to live while I'm alive
(It's my life)
My heart is like an open highway
Like Frankie said
I did it my way
I just wanna live while I'm alive
It's my life

This is for the ones who stood their ground
For Tommy and Gina who never backed down
Tomorrow's getting harder make no mistake
Luck ain't even lucky
Got to make your own breaks

[Chorus:]
It's my life
And it's now or never
I ain't gonna live forever
I just want to live while I'm alive
(It's my life)
My heart is like an open highway
Like Frankie said
I did it my way
I just want to live while I'm alive
'Cause it's my life

Better stand tall when they're calling you out
Don't bend, don't break, baby, don't back down

[Chorus:]
It's my life
And it's now or never
'Cause I ain't gonna live forever
I just want to live while I'm alive
(It's my life)
My heart is like an open highway
Like Frankie said
I did it my way
I just want to live while I'm alive

[Chorus:]
It's my life
And it's now or never
'Cause I ain't gonna live forever
I just want to live while I'm alive
(It's my life)
My heart is like an open highway
Like Frankie said
I did it my way
I just want to live while I'm alive
'Cause it's my life!



-zuan-
p.s : lagu dan gambar ni ada kaitan dengan entry yang akan dipublishkan pada sabtu ini.. so setkan schedule anda untuk baca entry pada hari sabtu ini insyaAllah hehe (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...