Kebanyakkan pasangan kini akan ada hubungan "couple" sebelum berkahwin.. Banyak yang aku nampak (dari kalangan kawan dan family aku sendiri) couple dalam jangkamasa yang panjang dan Alhamdulillah selamat diijab kabulkan.. Ada jugak yang bru in relationship, then kawin.. Tapi banyak yang putus di tengah jalan gara-gara orang ke3? Ops jangan selalu salahkan orang ke3, kadang-kadang disebabkan relationsip yang lama, perasaan sayang tu mungkin berkurang dan semakin banyak kelemahan pasangan terdedah sehingga "boring" menjalani relationship.. Hmm yeke?
Couple sebelum kawin
Dengan couple ni, hampir semua kebaikkan dan keburukkan pasangan akan terdedah pasangan masing-masing.. Sepandai mana korang cover pun, akan bocor juga macam-macam perkara, macam-macam rahsia.. Couple ni secara bagusnya merapatkan hubungan kan? Dengan couple ni boleh memahami hati budi masing-masing.. Sapa kata couple ni tak bagus? Tapi setiap perkara ada kebaikkan dan keburukkan..
- Kenapa bagus?
Jika niat kita adalah baik, iaitu untuk mengadakan ikatan sebelum kawin, its ok la bagus la kan..? Plus, jika kita masih menjaga adat dan batas pergaulan dalam agama, still dikonsider, couple itu bagus.. Percaya atau tidak yang jika kita pandai pilih pasangan, kita akan lebih save duit? Kenapa aku buat statement macam tu? Sebab pasangan yang bagus, tidak akan membiarkan pasangannya membazir duit untuk something yang tak perlu, dia akan mengingatkan pasangannya untuk tidak membazir.. Dan couple ni, boleh saling mengingatkan antara satu sama lain untuk beribadah, "u dah solat belum?".
- Kenapa tak bagus?
Kalau berlawanan dengan yang atas, mesti la tak bagus kan? Dan couple ni, kalau iman tak kuat, mesti kata ikut nafsu punya.. Sebab apa? Sebab iman tak kuat, sebab ikut nafsu bukan akal, dan sebab ingin mencuba something new? Ehem.. (macam aku cerita kat entry lepas la) "apabila berdua-duaan mesti ada yang ketiga.." But orang ke3 tu boleh tewas kalau korang kuat.. Kuat apa? Kuat iman! Malu itu sebahagian dari iman kan? So sapa kata malu tu tak bagus?
Tapi macam mana gua nak kawin kalau tak kenal si dia kan?
I mean, kan couple tu bagus before kawin
I mean, kan couple tu bagus before kawin
Lama gak aku fikir jawapan soalan ni, tapi satu jawapan yang aku rasa solid adalah, "tak tau ke korang yang coupe itu seperti satu lakonan di dalam sebuah drama?" Percaya atau tidak yang semua ber couple ni berlakon baik di depan pasangan diorang, lemah lembut, gentle, sweet, semuanya yang baik baik, tapi once get married, dah lain pula jadinya.. Boleh terima tak idea aku? OK sorry-sorry memang tak semua pun macam tu hehe, aku dapat idea ni dari lagu Senario, Sebelum Selepas. Hayati liriknya..
Sebelum kahwin dia
Janji nak hidup sama
Sudah berumahtangga
Hilang entah kemana
Kata ke pejabat
Rupanya dia ligat
Cari-cari calon
Hendak cukupkan empat
Hendak cukupkan empat
Dua dah dapat
Tiga dah dapat
Empat tak sempat
Sebelum bekeluarga
Jalan-jalan berpimpin tangan
Pegang bahu tak mahu lepas
Sesudah anak tiga
Dah mula rasa
Nak pimpin tangan isteri pun dah naik malas
Suami sebatu di depan isteri di belakang
Hmm boleh terima alasan aku? TAPI betul, tak semua orang macam ni kan? (",)
Jadi konklusinya bercinta selepas kawin?
Percintaan selepas kawin sangat diredhai Allah S.W.T. sebab apa? Sebab ia menjaga pergaulan antara lelaki dan wanita disamping mengelakkan fitnah dari banyak pihak (boleh juga kalau nak cakap dengki, jeles, dan sebagainya).. Jadi ia juga mengelakkan dari melakukan perbuatan terkutuk (dan saving duit kot, klu kuar dating, abis berapa ratus? hehe)
Macam mana nak cari pasangan yang bagus?
Ye la kan, kata bercinta lepas kawin,
salah pilih kang, masak gua~
Aku sendiri belum ada calon aku, tapi dari bacaan dan pemahaman aku, calon yang bagus adalah calon yang mampu membahagiakan rumah tangga itu dengan memberikan ketenangan, kerahmatan dan keharmonian di dalam masjid yang dibina.. Calon yang paling sesuai adalah yang taat kepada agama dan berakhlak mulia. Berikut adalah sabda Rasulullah mengenai calon yang bagus untuk dipilih,
Sabda Rasulullah s.a.w : "Perempuan dikahwini atas empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Pilihlah perempuan yang beragama, nescaya kamu akan diberkati Allah." (Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim dan lain-lain)
Sebagai konklusi..
Nampak indah bukan kalau bercinta selepas kawin? Bayangkan kisah Adamaya dan juga kisah Nora Elena terjadi dalam kehidupan korang (but it sound ridiculous kan? But walaupn ridiculous, tapi logik dan tak mustahil terjadi)
-zuan-
p.s : weekend ni aku on holiday, so sorry kalau tak bw ke blog korang..
btw ada special entry untuk korang disini, jangan lupa join..
i'll be back on sunday (",)
btw ada special entry untuk korang disini, jangan lupa join..
i'll be back on sunday (",)