Showing posts with label captain america. Show all posts
Showing posts with label captain america. Show all posts

Friday, 27 April 2012

> Movie Review : The Avengers

HOlla Peeps,

Yeah, terasa macam baru semalam tengok trailer The Avengersehh semalam mana tengok trailer, terus tengok premiere screening hehe (Malaysian are lucky because US people need to wait until 4 May to watch this awesome movie)..



Sinopsis : Nick Fury is director of S.H.I.E.L.D, an international peace keeping agency. The agency is a who's who of Marvel Super Heroes, with Iron Man, The Incredible Hulk, Thor, Captain America, Hawkeye and Black Widow. When global security is threatened by Loki and his cohorts, Nick Fury and his team will need all their powers to save the world from disaster. (imdb)

Kenapa perlu tonton?

  • Filem lakonan mantap Robert Downey Jr., Chris Evans, Chris Hemsworth, Samuel L. Jackson Scarlett Johansson dan Jeremy Renner.
  • Pernah tertanya-tanya bagaimana Nick Fury menyatukan semua hero ini?
  • Jika selama ini tertanya-tanya dimana Hulk bersembunyi dan bagaimana Hulk kawal kuasanya, jawapannya ada di dalam filem ini.
  • Sebuah filem aksi, sfi-fi dan adventure.
  • Ever think how a man who slept for 70 years survive today's tech?
  • Loki yang dilihat di dalam Thor begitu licik, semakin licik dan menjadi jadi tricknya di dalam filem ini.
  • Official OST untuk filem ini adalah lagu nyanyian Soundgarden, Live to Rise.
  • Jika korang lihat si Tony Stark adalah seorang yang gila gila di dalam Iron Man, di dalam movie ni, dia dilihat, lebih gila! hehehe.
  • Penuh dengan aksi, drama dan CGI yang mantap!
  • Plot cerita yang tidak membosankan, ada naik turun dimana kemelut dalaman selepas hasutan Loki keatas ahli avengers.
  • Pengkritik movie macam aku susah nak kritik movie macam ni lol.
  • Tunggu sehingga habis credit, dimana post-credit scene akan memberi klu kepada sambungan filem Avengers?
  • Situasi serius selalu bertukar menjadi humor apabila masing-masing mula naikkan ego mereka.
    • and more humor.. 
Tony Stark: When they come, and they WILL come, they'll come for you.
Loki: I have an army.
Tony Stark: We have a Hulk.
Loki: I thought the beast had wandered off...
  • Tak perlu begitu mengenali semua watak Marvels untuk menghayati filem ini.


Rating : 9/10 (Worthy to watch more than once!)




-zuan-
p.s : ada 2 hari saki baki cuti...   

Saturday, 30 July 2011

> Movie Review : Captain America: The First Avenger

HOlla Peeps,

Hujung-hujung minggu ni kalau tak ada majlis kawin, apa kata korang hit cinema-cinema terdekat korang.. Layan Captain America: The First Avenger!!! (jangan risau, tak ada Obama pun dalam crita ni.. #LOL) Lakonan pelakon kurus tapi transform menjadi fit Chris Evans (sebagai Captain America / Steve Rogers), dan  pelakon cun Hayley Atwell (sebagai Peggy Carter) (bahasa pasar tul entry aku kali ni).


Sinopsis : 
Bersettingkan tahun 1942 (Setting zaman Nazi) seorang remaja yang agak loozer (Steve Rogers) kerana berbadan kurus tapi ingin masuk military berterusan direject sebanyak 5 kali di 5 lokasi yang berbeza. Tetapi dia menunjukkan sikap tidak berputus asa dan berterusan menentang si pembuli. Dia kemudian volunteer untuk join Top Secret Research Project yang akan transformkan dia (menjadi Transformers!!!! Tipu!!!) menjadi Captain America!

Kenapa Kena Tengok :


  • Peminat filem bergenre Sci-fi, Adventure, Action, Thriller, dan Superhero jangan ketinggalan menonton filem ini.
  • Peminat superhero komik Marvel jangan ketinggalan tengok. 
  • Penggemar cerita setting classic pun digalakkan tengok.
  • Pada laki yang suka tengok awek cun2, jangan melepaskan peluang tengok aktor cun Hayley Atwell.
  • Yang style nye crita ni, setting dia, teknologi dia, berjaya bawak balik ke zaman 40an (setting kat England kot) dan ada teknologi zaman dulu (senang je nak buat zaman skrng kalau ada duit).
  • Peminat teknologi Stark, kena tengok (tapi ni bukan Tony Stark baby, bapak dia Howard Stark).
  • Rasa-rasa bulan puasa ni nak duduk rumah je, tengok la crita ni, cerita last kot sebelum puasa nak start. 
  • Jalan cerita yang flashback (tapi senang dan straight to the point nye storyline)
  • Cerita Superhero, so mesej pun berbau superhero, save your country, love your country (Malaysia!!!)
  • Aku suka mesej ketara dalam cerita ni, even kita berbadan kecil, senang dibuli, tak bermakna kita akan forever dibuli dan kalah, step up and fight!!!


Apa Yang Kureng???


  • Maybe sebab dia hero, jadi dia senang je kalahkan lawan dia.. Dia nye lawan ketara dia kena berusaha kalahkan dalam crita ni Johann Schmidt / Red Skull (lakonan Hugo Weaving).
  • Ada la beberapa CGI part yang macam kurang pada aku, tapi most of it superb CGI la..
  • 3D? No komen bab 3D ni sebab aku tgk biasa je.. Biasanya kamera tu memainkn peranan tuk 3D kan? Aku rasa ada beberapa part je yang cun tuk 3D!!
Gua tabik giler ngan editing diorng ni.. Atas tu gambar original, bawah tu selepas di edit..


RATING : 7.5 / 10 (tengok jangan tak tengok, nanti bulan puasa dah susah nk tengok movie)


-zuan-
p.s : smalam aku tengok crita ni dalam keadaan tak sehat sebenarnya.. badan panas2 je.. kena banyak rehat arini..




Sunday, 26 June 2011

> Upcoming July

HOlla Bloggers,

Aku nak share ngan korang list-list movie yang best July depan.. (reff here)

Transformers: Dark of the Moon
pembuka tirai July, dan antara filem yang dinantikan peminat-peminat robot ;D

Larry Crowne
lakonan Tom Hanks, aku tak tau la tayang tak kat Malaysia sebab aku tak perasan pun poster dia..

Monte Carlo
filem ringan lakonan awek Beiber, Selena Gomez, aku tengok trailer dia macam best je, sebab crita-crita remaja an..

Zookeeper
Ok, aku tengok trailer dia pun separuh gelak separuh tak nak, sebab banyak lawak-lawak yang dah biasa tengok.. kalau ada duit lebih dan masa lapang aku tengok la kot..

Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2
Filem yang paling aku tunggu-tunggu sebenarnya.. :D Kalau ada duit lebih, aku layan 3D kot.. Pada pembaca novel HP, jangan spoilkan aku dengan ending dia please..hehe

ok aku baru tau ada crita ni, so trailer pn tak pernah tengok, so tengok la macam mana nanti..hehe

ok ni pun salah satu yang aku nak sangat tengok, trailer padat dengan aksi-aksi menarik, latar perang, memang favorite.. 

Pada peminat Justin Timberlake, jangan terlepas crita ni, dia beganding dengan Mila Kunis..

Cerita ni penutup tirai July dan pembuka August (Puasa la time tu), aku tak ada idea apa crita ni sebenarnya, tapi poster dia macam best je.. so aq letak dalam senarai filem yang aku nak tengok nanti..




-zuan-
p.s secara keseluruhannya, bulan 7 memang padat dengan movie-movie best, so makin kering la poket aku bulan depan.. huhu
so nantikan MOVIE REVIEW transformers hari rabu ni :D
adakah movie-movie ni akan trsenarai dalam TOP RATED movie?




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...