Monday, 6 May 2013

Sarjana Hartanah WTF - Seminar Istimewa Bersam Faizul Ridzuan

HOlla Peeps,

Sejak aku terjaga dari 'Tidur', aku mula mendapatkan ilmu sebanyak mungkin untuk mencapai ambisi aku. Mula menjinakkan diri didalam business dan hartanah.



Apa benda WTF ni? Wa Tak Faham la!!!


Temubual Istimewa: Rahsia Bagaimana Seorang Eksekutif Pemasaran Dari Kuala Lumpur Berjaya Memiliki 23 Buah Rumah Pada Usia 30 Tahun Dengan Modal Permulaan RM2000 Sahaja!


Haaaa ternganga mulut korang?

Siapa Faizul Ridzuan ni? Beliau adalah seorang Pelabur Hartanah Jutawan penulis buku 'WTF?23 Properties by 30'.

Apa yang boleh belajar dalam 7 hari tu?
  • Bagaimana Faizul Ridzuan berjaya memilik 23 buah rumah pada usia 30 tahun.
  • Cara bagaimana anda boleh membeli rumah sehingga 20-30% di bawah harga pasaran (Market Value).
  • Rahsia bagaimana nak beli rumah walaupun anda sudah di senaraihitamkan (blacklisted).
  • Kaedah SULIT: Bagaimana hendak mendapatkan pinjaman 90% untuk pembelian rumah ketiga dan seterusnya.
  • Bagaimana untuk terus menerus mendapatkan pinjaman walaupun anda sudah memiliki beberapa buah hartanah.


So apa tunggu lagi? Daftar sekarang sebelum terlambat!


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: ada lebih kurang satu bulan lagi nak habis praktikal.. :D 


click ads to show your support (",)

Friday, 3 May 2013

Solat Sunat Istikharah Menjelang GE13 - Tips Memilih Pemimpin

Salam Jumaat,

Debaran Pilihan Raya Umum ke 13 semakin terasa. Harap semua yang dah layak mendaftar telah mendaftar di SPR (SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA). Pilihan di tangan anda.

Aku 1st time mengundi. Masih neutral. Masih mentah. Tak tau muslihat politik. Hanya jadi orang tengah. Dengar je kata dua-dua pihak. Dok perhati je. Masih tak tau nak pangkah mana.

Pelbagai Manifesto kita dengar. Pelbagai aku janji. Calon-calon Pilihan Raya sudah kita ketahui. Semua hebat-hebat, kalau tak hebat tak mungkin tercalon. Harap tak ada yang dengki khianat. Harap semuanya berjalan lancar. Harap semuanya berfikiran matang tanpa membuat kacau di mana-mana tempat.

Dan bila keputusan di umumkan nanti, harap semua terima dengan baik keputusannya. Harap semua terima yang ia adalah takdir, ia adalah ketentuanNya. Harap tak ada yang kata tak BERSIH.




Aku belek-belek buku-buku yang pernah aku beli di MPH. Sedikit kekurangan masa untuk membaca semuanya. Tersemak pasal Solat Sunat Istikharah dari buku '110 Solat Sunat Besera Zikir dan Doa Ringkas' tulisan Ustaz Ku Muhammad Asmadi keluaran Pustaka Al Ehsan.




Jadi sangat bertepatan dengan aku. Hati masih tak tahu nak pangkah yang mana satu. Harap ia membantu.

Ramai buat Solat Sunat Istikharah ni sebab nak cari jodoh. Banyak sebenarnya kelebihan membuat Solat Sunat Istikharah ni. Just kita tak membaca untuk mengetahui lebih je.

Macam mana cara menunaikan Solat Sunat Istikharah? Sangat mudah, hanya 2 rakaat. Korang boleh google beberapa site untuk maklumat lebih terperinci mengenai panduan dan cara menunaikannya. Tak pun boleh dapatkan buku yang aku mentioned di atas. Penerangan ringkas mengenai cara menunaikan lebih 100 jenis solat sunat dengan saiz yang begitu kompak dan harga yang sangat berpatutan.


Semoga dipermudahkan. In-Shā’-Allâh


Till then, Salam

-zuan-
p.s: sejak praktikal kat solaris ni, dah 2 orang artis aku jumpa, Amy Search dan Rich Estranged. Hopefully pasni leh jumpa Hanis Zalikha, nak tengok sapa lagi tinggi..hehe 


click ads to show your support (",)

Wednesday, 1 May 2013

Jejalan : Songkran Festival di Krabi Island

HOlla Peeps,



Ketika trip kitorang ke krabi, kitorang agak lucky kerna dapat merasa sambutan Tahun Baru Thailand di sini. Songkran Festival adalah sambutan Tahun Baru (New Year) yang disambut di Thailand. Ia disambut dari 13 April sehingga 15 April. Biasanya ia disambut dengan bermain air atau membaling air ke orang lain. Tak kira pelancong atau tempatan, semua perlu bersiap sedia untuk di simbah air (ready to get wet!).


Biasaya diorang akan menggunakan pistol air untuk tembak mangsa mereka.

Menurut rakyat tempatan Thailand, ia adalah salah satu greet untuk tahun baru, jadi setiap orang harus rasa gembira di simbah dengan air. Mereka akan greet 'suk san wan songkran' kepada semua orang bermaksud 'Happy Songkran Day'


Disebabkan ramai menaiki Truck untuk menyambut festival ini, jalan menjadi Jem selama lebih 3 jam.

Budak-budak kecil pun tak ketinggalan turut serta join sambutan ini.


Mangsa-mangsa simbahan air. hehe

So, apa tunggu lagi? Set your date. Jangan lepaskan peluang menyertai Songkran festival untuk tahun depan.


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: debaran pilihanraya makin terasa.. Persoalannya, adakah undi kita masih lagi Rahsia??? 


click ads to show your support (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...