Showing posts with label Solat Sunat. Show all posts
Showing posts with label Solat Sunat. Show all posts

Friday, 3 May 2013

Solat Sunat Istikharah Menjelang GE13 - Tips Memilih Pemimpin

Salam Jumaat,

Debaran Pilihan Raya Umum ke 13 semakin terasa. Harap semua yang dah layak mendaftar telah mendaftar di SPR (SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA). Pilihan di tangan anda.

Aku 1st time mengundi. Masih neutral. Masih mentah. Tak tau muslihat politik. Hanya jadi orang tengah. Dengar je kata dua-dua pihak. Dok perhati je. Masih tak tau nak pangkah mana.

Pelbagai Manifesto kita dengar. Pelbagai aku janji. Calon-calon Pilihan Raya sudah kita ketahui. Semua hebat-hebat, kalau tak hebat tak mungkin tercalon. Harap tak ada yang dengki khianat. Harap semuanya berjalan lancar. Harap semuanya berfikiran matang tanpa membuat kacau di mana-mana tempat.

Dan bila keputusan di umumkan nanti, harap semua terima dengan baik keputusannya. Harap semua terima yang ia adalah takdir, ia adalah ketentuanNya. Harap tak ada yang kata tak BERSIH.




Aku belek-belek buku-buku yang pernah aku beli di MPH. Sedikit kekurangan masa untuk membaca semuanya. Tersemak pasal Solat Sunat Istikharah dari buku '110 Solat Sunat Besera Zikir dan Doa Ringkas' tulisan Ustaz Ku Muhammad Asmadi keluaran Pustaka Al Ehsan.




Jadi sangat bertepatan dengan aku. Hati masih tak tahu nak pangkah yang mana satu. Harap ia membantu.

Ramai buat Solat Sunat Istikharah ni sebab nak cari jodoh. Banyak sebenarnya kelebihan membuat Solat Sunat Istikharah ni. Just kita tak membaca untuk mengetahui lebih je.

Macam mana cara menunaikan Solat Sunat Istikharah? Sangat mudah, hanya 2 rakaat. Korang boleh google beberapa site untuk maklumat lebih terperinci mengenai panduan dan cara menunaikannya. Tak pun boleh dapatkan buku yang aku mentioned di atas. Penerangan ringkas mengenai cara menunaikan lebih 100 jenis solat sunat dengan saiz yang begitu kompak dan harga yang sangat berpatutan.


Semoga dipermudahkan. In-Shā’-Allâh


Till then, Salam

-zuan-
p.s: sejak praktikal kat solaris ni, dah 2 orang artis aku jumpa, Amy Search dan Rich Estranged. Hopefully pasni leh jumpa Hanis Zalikha, nak tengok sapa lagi tinggi..hehe 


click ads to show your support (",)

Monday, 10 September 2012

> 110 Solat Sunat

HOlla Peeps,

Sebelum balik ke Arau, aku habiskan masa jejalan di Giant Senawang, dan masuk ke dalam kedai buku MPH, nampak satu buku yang menarik perhatianku 110 Solat Sunat Beserta Zikir & Doa Ringkas..

Didalam hatiku "Banyak lagi perlu aku tahu dan perlu aku amalkan di dunia ini, sikit sangat pengetahuanku.."




Review dari aku :

Buku bersaiz kecil yang boleh dimuatkan didalam poket dan mudah dibawa kemana-mana kita ingin pergi.
Guide untuk melalukan solat sunat mudah difahami dan dijelaskan dengan mudah.



-zuan-
p.s: kembali menghidu udara di Arau.. Back to Student Life 


click ads to show your support (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...