Salam Jumaat,
Debaran
Pilihan Raya Umum ke 13 semakin terasa. Harap semua yang dah layak mendaftar telah mendaftar di
SPR (SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA). Pilihan di tangan anda.
Aku 1st time mengundi. Masih neutral. Masih mentah. Tak tau muslihat politik. Hanya jadi orang tengah. Dengar je kata dua-dua pihak. Dok perhati je. Masih tak tau nak pangkah mana.
Pelbagai Manifesto kita dengar. Pelbagai aku janji. Calon-calon Pilihan Raya sudah kita ketahui. Semua hebat-hebat, kalau tak hebat tak mungkin tercalon. Harap tak ada yang dengki khianat. Harap semuanya berjalan lancar. Harap semuanya berfikiran matang tanpa membuat kacau di mana-mana tempat.
Dan bila keputusan di umumkan nanti, harap semua terima dengan baik keputusannya. Harap semua terima yang ia adalah takdir, ia adalah ketentuanNya. Harap tak ada yang kata tak BERSIH.
Aku belek-belek buku-buku yang pernah aku beli di
MPH. Sedikit kekurangan masa untuk membaca semuanya. Tersemak pasal
Solat Sunat Istikharah dari buku '110 Solat Sunat Besera Zikir dan Doa Ringkas' tulisan
Ustaz Ku Muhammad Asmadi keluaran
Pustaka Al Ehsan.
Jadi sangat bertepatan dengan aku. Hati masih tak tahu nak pangkah yang mana satu. Harap ia membantu.
Ramai buat
Solat Sunat Istikharah ni sebab nak cari jodoh. Banyak sebenarnya kelebihan membuat Solat Sunat Istikharah ni. Just kita tak membaca untuk mengetahui lebih je.
Macam mana
cara menunaikan Solat Sunat Istikharah? Sangat mudah, hanya 2 rakaat. Korang boleh
google beberapa site untuk maklumat lebih terperinci mengenai panduan dan cara menunaikannya. Tak pun boleh dapatkan buku yang aku
mentioned di atas. Penerangan ringkas mengenai cara menunaikan lebih 100 jenis solat sunat dengan saiz yang begitu kompak dan harga yang sangat berpatutan.
Semoga dipermudahkan.
In-Shā’-Allâh
Till then, Salam
-zuan-
p.s: sejak praktikal kat solaris ni, dah 2 orang artis aku jumpa, Amy Search dan Rich Estranged. Hopefully pasni leh jumpa Hanis Zalikha, nak tengok sapa lagi tinggi..hehe
click ads to show your support (",)