Showing posts with label hadis riwayat. Show all posts
Showing posts with label hadis riwayat. Show all posts

Friday, 10 May 2013

Betul Ke Apa Orang Sebelah Ni Cakap? Bahana Fitnah

Salam Jumaat,


sumber gambar facebook

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."
Surah Al-Hujurat Ayat ke-6
(sumber : http://syedfadhli.blogspot.com/2011/12/hukum-percaya-sesuatu-tanpa-usul.html)

Rasanya masih belum reda bahang PRU13. Pelbagai tuduhan dikeluarkan. Ada kata tu, ada kata ni, ada kata blackout, ada kata hantu keluar siang hari, ada kata amoi dari negara cina mai undi sini. Persoalannya betul ke? Jeng jeng jeng...

google


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: Sapa dah tengok Star Trek? Best tak? Dah ada keluar download belum? hehe 


click ads to show your support (",)

Tuesday, 29 January 2013

Lots of People Are Sayin - Dunia Kerja

HOlla Peeps,
http://s3.amazonaws.com/rapgenius/going-to-work.png

Kerja...
Ada yang kata bosan..
Ada yang kata fun..
Ada yang kata terpaksa..
Kerna dunia menjadi keutamaan kita....?

Apa pun komen mereka mengenainya, aku tak peduli..
Kerna setiap jawapan, adalah hasil daripada beberapa cerita mereka sendiri..
Jadi, tak perlu aku mengerti apa ceritanya..

Kerna..
Aku inginkan kerja, ingin kumpul harta, ingin ke 'sana' suatu hari nanti..
Ingin ke tempat di mana mereka jumpa sesuatu yang agung...
Seringkali ucapan manis terdengar di bibir mereka yang baru pulang dari sana..

Seseorang pekerja apabila ia mentaati ALLAH dan majikannya, nescaya ia masuk ke dalam syurga lebih dahulu dari majikannya selama 70 tahun.” (HR at-Tabrani) (Sumber)

Kerja..
Aku ingin berkawan denganmu..
Supaya halal setiap suapku, hasil keberkatan setiap peluhku..
Supaya aku diberi minit-minit untuk menunaikan kewajipanku setiap hari pada waktu yang awal,
dan supaya aku senyum girang pulang ke rumah, dinantikan mereka yang tercinta..

Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: bulan 3 aku start internship di bake180 yang terletak di area solaris dutamas.. 
Its kinda costly place! But I will survive!!!


click ads to show your support (",)

Friday, 4 January 2013

Jangan Di Salah Erti - Puisi Budak Sengal

Salam Jumaat,


Si bongkak kembali dari bertapa,
kembali dengan wajah baru,
kelihatan berjambang.. dan sudah tak terurus,
Apakah muslihatnya kali ini? 
Persoalan negative dilontarkan mereka yang jumpanya,
Ternyata si bongkak dibenci dan dicaci masyarakat,
Si bongkak cuba berkawan,
Si bongkak cuba mengelak lawan,
Semakin rendah si bongkak tunduk,
Semakin banyak caci maki diterima si bongkak,
Si bongkak masih tidak mengalah,
Terus bersabar,
Masyarakat tidak menerima nasihat si bongkak,
apabila si bongkak cuba menyatukan masyarakat,
Masyarakat begitu ego,
Mereka mula menjadi seperti yang mana si bongkak pernah jadi,
Apakah sudah bertukar suasana?
Si bongkak mula mengalah, 
Dikala masyarakat mula rosak,
Mula runtuh akhlak,
Nama si bongkak mula bertukar,
Masyarakat menjadi si bongkak yang baru,
Dan.. Si bongkak yang lama mula membawa diri,
Niat baiknya dipersia, 
Ceritanya menjadi jenaka,
Ceritanya di salah erti, 
Dan si bongkak ke pulau, 
Duduk kesorangan,
Menanti masa dia diperlukan semula..


Firman Allah : “Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa."(Surah al-Hujurat, ayat 12) (sumber)


Sebuah cereka pendek mengenai seseorang yang pada awalnya banyak membuat kesilapan sehingga tidak diterima masyarakat. Kemudian dia sedar dengan kesilapannya, dan membawa diri ke suatu tempat sehingga dia jumpa sesuatu yang mengubah kehidupannya. Dia belajar pelbagai perkara. Dan apabila dia kembali ke tempat asalnya, segalanya berbeza dengan apa yang dia pernah jumpa sebelum ini. Ia mungkin tiada kaitan dengan dunia sebenar, dan mungkin juga berkait di mana kita sendiri tidak sedar akannya.. Semoga kisah ini menjadi pengajaran untuk semua..


Till then, As-salamu alaykum :)

-zuan-
p.s: Aku tak tau nak labelkan ini puisi atau cereka pendek? Apa pendapat kalian? 


click ads to show your support (",)

Friday, 29 June 2012

> Jangan Terputus Rezeki Dari-Nya

Salam Jumaat,

apabila hamba itu meniggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki Allah S.W.T daripadanya

(Sumber Rujukkan Riwayat: Tip Supaya Sentiasa Murah Rezeki)


-zuan-
p.s : ramai yang tertanya tanya kad apa yang aku post di entry lepas, well ia hanyalah kad perkenalkan diri aku kepada semua.. hehe 

Friday, 2 March 2012

> Penyakit Akhir Zaman

Salam Jumaat,

Salam Jumaat, setiap hari bermacam-macam berita yang kurang enak didengari kita. Kes pembuangan bayi, rogol merogol, anak bunuh bapa dan bapa bunuh emak, rompak sana sini, penyanyi popular murtad, pembukaan pusat disko baru yang menghalalkan meminum arak, Konsert Artis Ber-tattoo Allah Erykah Badukes di KLCC, Peguam menipu anak guam RM100k, Penjaga gol terima rasuah gol kemenangan dari kelab belang merah hitam, Kanak-kanak dibunuh di Palestin oleh rejim Israel dan banyak lagi yang kurang enak untuk didengari..

Dan manusia semakin menjadi Zombie.. Ya Zombie!!! Kenapa Zombie? Kita tidak membuat apa-apa untuk mengatasai masalah ini. Sebaliknya semakin leka, lalai, dan terpengaruh dengan pengaruh media barat dan berhibur tanpa mengambil peduli pasal hal-hal serius dan sensetive yang berlaku..

Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu berkata : "Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu."


Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?


Nabi Muhammad SAW menjawab : "Penyakit itu adalah terlalu banyak berseronok (berhibur/ketawa), terlalu bermewah, mengumpul harta sebanyak mungkin, tipu menipu dalam usaha merebut harta benda dunia, saling memarahi, hasut menghasut sehingga menjadi zalim menzalimi antara satu sama lain". (Hadith riwayat al-Hakim)



Astagfirullah, Sama-samalah kita berubah kearah kebaikkan. Semakin hari semakin banyak tanda-tanda khiamat kita nampak. Semakin banyak perkara tak elok berlaku. Pintu taubat, masih terbuka untuk kita semua. Sama-samalah berjalan ke arah kebaikkan, insyaAllah.. Amar makruf nahi mungkar...


Firman Allah:
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (at-Taubah: 71) (sumber)


-zuan-
p.s : aku berangkat pulang ke arau untuk meneruskan perjuangan pagi ni (mungkin time korang baca enty ni aku dalam perjalanan), moga-moga dipermudahakan perjalanan balikku, amin.. (",) 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...