Individu yang cemerlang bermula dari rumah! Eh betul ke? Tapi cemerlang tu bukan satu yang objektif, dan hanya tertumpu pada satu perkara sahaja.. Cemerlang dalam akademik, cemerlang dalam kokurikulum dan cemerlang dalam agama serta kehidupan.. Penting tuk cemerlang dalam semua bidang ni, jadi dapat C tu cemerlang la? Eh mana ada, kena la dapat A.. Tapi kalau cemerlang mana pun, kalau personaliti korang teruk, teruk gak jadinya kan?
![]() |
| #justgoogleit |
- Tidak membandingkan kehidupan dia dengan orang lain. Jangan sesekali mengatakan yang kehidupan anda lebih malang atau lebih hebat dari orang lain, bersyukur (ingat lagi kisah si miskin dan si kaya?) la dengan apa yang anda dapat dalam kehidupan ini.
- Selalu berfikiran positive. Untuk berjaya, kena selalu berfikiran positive, walaupan anda ditimpa malapetaka, anggap ia satu ujian dan ada hikmah disebaliknya.
- Ketahui tahap anda! Setiap orang ada limitasi mereka, tiada yang benar-benar hebat sehingga mampu membuat extraordinary things mengalahkan superhero di dalam komik. Jadi ketahui limitasi anda, jangan terlalu menguji sejauh mana kemampuan anda.
- Jangan membuang masa dengan bergosip! Huhu rata-rata menghabiskan masa melepak di kedai mamak dan berborak mengenai artis, dan begosip seperti makcik-makcik yang tiada kerja nak buat selepas memasak di rumah.
- Jangan terlalu berkeras kepala untuk memenangi setiap perkara! Memang bagus untuk memberi pendapat sendiri dan cuba memenangi apa yang anda sokong, tetapi kadang-kadang adalah perlu untuk step back a lil step dan agree to disagree.
- Kehidupan kita ni terlalu singkat, jadi jangan singkatkan ia dengan membenci. Agama kita melarang kita membenci manusia lain, walaupun mereka melakukan perkara tidak baik keatas kita, jangan benci atau berdendam dengan mereka! (sekali lagi diinspirasi dari aku dan sesuatu)
Banyak lagi sebenarnya, ciri-ciri personaliti yang perlu ada dalam diri kita, tapi kalau banyak sangat aku imputkan dekat korang, takut overload memory pulak kan? Jadi pelajari sedikit dahulu untuk entry kali ni, insyaAllah akan dikongsi lagi pada entry-entry akan datang, tapi dengan cara yang lain..
Jadi apa yang korang dapat dari entry kali ni? Sesuatu yang kita dah tau sebenarnya, tetapi sering kali terlupa untuk melaksanakannya. Ingatkan yang lain, dan insyaAllah kita tak terlupa untuk ingatkan diri kita..
-zuan-
p.s : kembali kepada kehidupan normal aku sebagai seorang student selepas penat menjaga booth dari khamis hingga sabtu lepas

