Showing posts with label rating. Show all posts
Showing posts with label rating. Show all posts

Sunday, 12 February 2012

> Movie Review : Chronicle

HOlla Peeps, 

Hujung minggu duduk rumah selepas kecewa tak plan untuk mandi air panas tak jadi (disebabkan kawan bangun tidur lambat).So just spend time hangout n watching movies with homies..

Chronicle 2012
Sinopsis : Tiga kawan sekolah tinggi memperoleh superpower selepas membuat satu penemuan yang luar biasa pada satu malam. Tidak lama kemudian mereka mendapati kehidupan mereka menjadi tidak terkawal dan persahabatan mereka mula teruji. Dan mereka mula menggunakan kuasa mereka untuk tujuan tidak baik.

Kenapa perlu tonton filem ini?

  • Ia filem bergenre Sci-Fi, Thriller dan Aksi.
  • Mempunyai plot yang tidak berserabut dan perkembangan cerita yang sangat menarik dan mendebarkan.
  • Perkembangan watak filem Chronicle dari setiap scene jelas ditunjukkan. Pergolakkan watak menarik.
  • Kamera efek yang jauh lebih baik dari beberapa filem bergenre found footage yang lain (Paranormal Activity, Cloverfield dan Quarantine).
  • Menggunakan pelakon yang kurang popular untuk menghidupkan cerita ini (ada sedikit je unsur lovedan romance dalam filem ini).
  • Satu bentuk filem yang lain dari filem superhero yang ada superpower yang lain yang mana biasanya kita lihat yang baik nak selamatkan, dan yang jahat nak musnahkan.
  • Efek kamera dan CGI yang awesome!!!
  • Durasi 80 minit tak terasa sebab diisi dengan drama, lawak dan aksi yang tak membosankan.  
 
Rating : 8/10 (Make sure korang tak makan sebelum tonton filem ini kerana ia ber-genre Found Footage jadi pergerakkan kamera memang memeningkan. Cerita ni tak begitu menerangkan bagaimana diorang dapat kuasa tersebut, dan ada beberapa persoalan yang memungkinkan ada sambungan cerita ini.)


-zuan-
p.s : korang dah guna voucher rm200? 

Wednesday, 1 February 2012

> Movie Review : Underworld Awakening

HOlla Peeps,

Niat nak tengok 2 filem (Underworld dan Journey 2) tapi bujet kewangan tak ada. Huhu bila la wayang tempat aku nak bagi tiket free ni, dah banyak review aku buat nak promote tempat diorang (TGV Seremban 2, MBO Cinema Terminal 2 dan GSC Terminal 1)


#Kate Beckinsale Returns
Synopsis : Kate Beckinsale, star of the first two films, returns in her lead role as the vampire warrioress Selene, who escapes imprisonment to find herself in a world where humans have discovered the existence of both Vampire and Lycan clans, and are conducting an all-out war to eradicate both immortal species (Rotten Tomatoes)


Kenapa Perlu Tonton Filem Underworld : Awakening :

  • Ia adalah sambungan Underworld 2 (Evolution).
  • Sebuah filem bergenre fantasi, aksi dan seram.
  • Penuh dengan aksi dari awal sehingga akhir filem dan jika dibandingkan dengan aksi 3 filem lepas, rasanya aksi yang kalini lebih baik.
  • Ada lycans terbesar dan terkuat dalam filem ini yang mana ia adalah gen hybrid hasil experimen makmal.
  • Penggemar aksi violent, permusuhan Vampire dan Lycans perlu menonton filem ini.
  • Cerita ini tak terlalu menunjukkan kekuatan Vampire, sebaliknya menunjukkan yang Lycan mula berkuasa dan mencari jalan untuk menjatuhkan kaum Vampire.
  • Pernah tengok anak comel bertukar muka garang menjadi hybrid Vampire dan Lycan?

Rating : 7/10 (Awalan dan perkembangan cerita yang menarik, tetapi pengakhiran cerita tergantung dan mungkin akan membawa kepada Underworld 5, secara keseluruhannya berbaloi ditonton)


-zuan-
p.s : lepas ni dah kurang tengok movie la rasanya sebab bajet kewangan semakin kurang.. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...