Showing posts with label chronicle. Show all posts
Showing posts with label chronicle. Show all posts

Sunday, 12 February 2012

> Movie Review : Chronicle

HOlla Peeps, 

Hujung minggu duduk rumah selepas kecewa tak plan untuk mandi air panas tak jadi (disebabkan kawan bangun tidur lambat).So just spend time hangout n watching movies with homies..

Chronicle 2012
Sinopsis : Tiga kawan sekolah tinggi memperoleh superpower selepas membuat satu penemuan yang luar biasa pada satu malam. Tidak lama kemudian mereka mendapati kehidupan mereka menjadi tidak terkawal dan persahabatan mereka mula teruji. Dan mereka mula menggunakan kuasa mereka untuk tujuan tidak baik.

Kenapa perlu tonton filem ini?

  • Ia filem bergenre Sci-Fi, Thriller dan Aksi.
  • Mempunyai plot yang tidak berserabut dan perkembangan cerita yang sangat menarik dan mendebarkan.
  • Perkembangan watak filem Chronicle dari setiap scene jelas ditunjukkan. Pergolakkan watak menarik.
  • Kamera efek yang jauh lebih baik dari beberapa filem bergenre found footage yang lain (Paranormal Activity, Cloverfield dan Quarantine).
  • Menggunakan pelakon yang kurang popular untuk menghidupkan cerita ini (ada sedikit je unsur lovedan romance dalam filem ini).
  • Satu bentuk filem yang lain dari filem superhero yang ada superpower yang lain yang mana biasanya kita lihat yang baik nak selamatkan, dan yang jahat nak musnahkan.
  • Efek kamera dan CGI yang awesome!!!
  • Durasi 80 minit tak terasa sebab diisi dengan drama, lawak dan aksi yang tak membosankan.  
 
Rating : 8/10 (Make sure korang tak makan sebelum tonton filem ini kerana ia ber-genre Found Footage jadi pergerakkan kamera memang memeningkan. Cerita ni tak begitu menerangkan bagaimana diorang dapat kuasa tersebut, dan ada beberapa persoalan yang memungkinkan ada sambungan cerita ini.)


-zuan-
p.s : korang dah guna voucher rm200? 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...