Showing posts with label 2012. Show all posts
Showing posts with label 2012. Show all posts

Tuesday, 1 January 2013

Cabaran Baru - Happy New Year!

HOlla Peeps,

Tahun 2012 sudah melabuhkan tirai.. Jika berbanding tahun 2011, tahun ini lebih banyak aku aktif dalam aktiviti blog, berbanding menulis... Bilangan entry pada tahun 2012 drop lebih kurang 50% daripada tahun 2011.. Ia bukan menunjukkan aku semakin malas menaip, ia menunjukkan aku semakin ingin memberi sesuatu, tetapi dengan cara yang berbeza.

2012 dilalui dengan menarik. Begitu ramai blogger aku dah meet-up, seperti;


Madammondoq, Bro Shakiddo, Afasz, Aslam, Bro AE, SiezukaJue & Hanie, YuiEzadDNSyazJuliet IraSalErika RainOnieSyahiro, Bro ZarulDiah, Bro Jejai, Arelan, Dhiya dan Azham

Ok, aku baru perasan, ramai benor aku jumpa tahun ni.. Patut la ada orang cakap aku ni tak reti dok diam! hahaha banyak spend masa tuk join event-event blog..

Tahun ni, aku tak berapa aktif ngan event nuffnang, ada la dapat beberapa tiket wayang, tu je la kot.. Pasal income, aku dah malas nak amek tau, haha sebab aku find-out yang attend event lebih menarik daripada bau duit..

So, whats up with 2013?

http://www.free-vector-design.com/wp-content/uploads/2012/11/calendar-1.jpg
So apa plan 2013 korang?

Well, aku dah nak abis study. Half of 2013 will be filled with my internship before grad! Then, aku akan mula bekerja. So in 2013, who knows that i might drive a VW Golf GTI cross highway from Johor to Perlis..

Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: sapa layan GTO? Special Movie 2013 akan keluar pada 2/1/13 di jepun, harap link download keluar secepat mungkin seperti biasa..hehe 


click ads to show your support (",)

Saturday, 9 June 2012

> Short Break

HOlla Peeps,


Semakin kita kurang kelapangan akibat kesuntukkan masa,
semakin kita terpaksa berenggang dengan yang rapat dengan kita,
yang rapat harap tidak di jauhi,
kerna yang rapat masih dikasihi..


-zuan-
p.s : off dari dunia blog untuk beberapa hari kerna perlu fokus dengan beberapa buah projek :) 

Sunday, 12 February 2012

> Movie Review : Chronicle

HOlla Peeps, 

Hujung minggu duduk rumah selepas kecewa tak plan untuk mandi air panas tak jadi (disebabkan kawan bangun tidur lambat).So just spend time hangout n watching movies with homies..

Chronicle 2012
Sinopsis : Tiga kawan sekolah tinggi memperoleh superpower selepas membuat satu penemuan yang luar biasa pada satu malam. Tidak lama kemudian mereka mendapati kehidupan mereka menjadi tidak terkawal dan persahabatan mereka mula teruji. Dan mereka mula menggunakan kuasa mereka untuk tujuan tidak baik.

Kenapa perlu tonton filem ini?

  • Ia filem bergenre Sci-Fi, Thriller dan Aksi.
  • Mempunyai plot yang tidak berserabut dan perkembangan cerita yang sangat menarik dan mendebarkan.
  • Perkembangan watak filem Chronicle dari setiap scene jelas ditunjukkan. Pergolakkan watak menarik.
  • Kamera efek yang jauh lebih baik dari beberapa filem bergenre found footage yang lain (Paranormal Activity, Cloverfield dan Quarantine).
  • Menggunakan pelakon yang kurang popular untuk menghidupkan cerita ini (ada sedikit je unsur lovedan romance dalam filem ini).
  • Satu bentuk filem yang lain dari filem superhero yang ada superpower yang lain yang mana biasanya kita lihat yang baik nak selamatkan, dan yang jahat nak musnahkan.
  • Efek kamera dan CGI yang awesome!!!
  • Durasi 80 minit tak terasa sebab diisi dengan drama, lawak dan aksi yang tak membosankan.  
 
Rating : 8/10 (Make sure korang tak makan sebelum tonton filem ini kerana ia ber-genre Found Footage jadi pergerakkan kamera memang memeningkan. Cerita ni tak begitu menerangkan bagaimana diorang dapat kuasa tersebut, dan ada beberapa persoalan yang memungkinkan ada sambungan cerita ini.)


-zuan-
p.s : korang dah guna voucher rm200? 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...