Showing posts with label pass percuma. Show all posts
Showing posts with label pass percuma. Show all posts

Sunday, 8 January 2012

> Email, dan Pangilan Telefon

HOlla Peeps,


Tangan gua gatal-gatal lepas taip entry ni minggu lepas, biasa la, blogger mana leh dok diam-diam tanpa menaip entry kan? kan? kan? Idea ada untuk menulis, tapi tak boleh nak curahkan dalam bentuk entry sebab exam gua top priority sekarang ni! Tapi apasal aku mengada-ngada tulis entry ni? Haha sebab aku gatal tangan nak menaip la aku taip gak entry ni.. 

Alright, back to main topic, "Email, dan Pangilan Telefon"! Semuanya bermula dengan Bismillah dan komen di bawah ni (di sini (nuffnang)),



Then email sampai,



Yeah, ia adalah invitation dari nuffnang! Bertambah lagi achievement aku dalam dunia blog ni Alhamdulillah.. Tapi malangnya aku tak dapat nak join Nuffnang Premiere Screening, so melepas la nak tengok Contraband.. 


So apa aku buat untuk mengelakkan kerugian 2 pass percuma?
Calling....
Tuut tuuut...
 
Jue : Hello,
Zuan : Hello, adakah anda mengenali hero terkacak di malaysia, Zuan???
Jue : Maaf salah nombor!!!
Zuan : Pergh salah nombor! Sampai hati kau!
Jue : Haha sapa suruh kau main-main! 
bla bla bla.. 
Jue : Sorry aku tak dapat pergi beb, try carik orang lain..
*dialog diubah untuk tujuan bukan personal #LOL

Hmm next,

Calling...
Tuut tuuuuut... 
Zuan  : Hmm tak dapat pulak 
Tuut tuuuut.... 
Finaz : Hello siapa ni?
Zuan  : Hello anda penulis Blog Puteri Beribiru? (berbelit lidah aku cakap)
Finaz : Ya saya,
Zuan  : Hello, i'm Zuan! i'm sure u sure have heard the name (Ayat Shahrukh Khan, dalam Dil To Pagal Hai ketika mengurat gadis)
Finaz  : Err....
Zuan  : Adoi kecewa lagi.. Hahaha aku la, Zuan, penulis Saiazuan Blog, ingat tak?
Finaz : Owhhh yang hencem tahap gaban tu? (dialog ini tak ada sebenarnya) Ingat-ingat, nak apa? 
bla bla bla.. 
Finaz : Hmm nanti aku konfirmkan balik.. Thanks..  

Then aku dapat mesej, Finaz juga tak boleh nak pergi! So sapa lagi? Aku call dan mesej lagi beberapa orang kawan aku, tapi diorang pun tak available at that time..

Dan akhirnya, aku memutuskan untuk memberi free pass tu kepada Hanie_Dew (Let The Blog Do The Talking, Aight!)! Dan beliau pergi invitation tu bagi pihak aku (susah betul nak carik orang nak bagi benda free ni.. huhu)..

So sapa nak free pass untuk next premiere screening (kalau aku ada dapat la), rajin-rajin la komen/tweet ngan aku kat facebook atau twitter ek, #LOL (",)


BTW thanks soooooooooooooo much pada Yui Light,
kerana buatkan aku sketch yang ohsemmmm ni!!! Arigatou!!!! 


-zuan-
p.s : 2 more papers... 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...