HOlla Peeps,
Sangat jarang
#saiazuanblog memaparkan tutorial atau
tips kepada pembaca.. Eh, ni 1st time kot aku nak buat tutorial, tips tu mungkin dah banyak!!! Err, ada yang mintak aku buat tutorial
papercraft, well kawan, papercraft tak perlukan tutorial sebab setiap model dah ada tutorial yang simple disediakan.. So, aku buat tutorial origami la, aku nak share skill aku membuat
origami ros! Mau blaja macam mana nak buat origami ros? Excited nak buat then bagi kat pasangan masing-masing? Jom!! *
Sapa pandai buat Origami Ros? Tengok-tengok la ye tutorial ni, klu aku ada salah buat part tutorial ni..
*bermula dari atas (kiri), atas (kanan), bawah (kiri) dan bawah (kanan)
 |
1. Atas (kiri) : pastikan anda ada kertas bersais sama (segi empat sama) dan lipat kertas itu mengikut gambarajah (ikut arrow kalau lost)..
2. Atas (kanan) : Kemudian lipat sedikit di hujung kertas, dan lipat sekali di bucu.. (berpandukan arrow yang diletakkan) besarkan gambarajah kalau kurang jelas.
3. Bawah (kiri) : kemudia buka semula lipatan itu.. Pastikan ada lipatan seperti dalam bulatan.
4. Bawah (kanan) : Bahagian ni sedikit sukar. Ikut langkah pertama, lipat dua bahagian pada kertas. Kemudian (langkah2), tekan pada kedudukan seperti arrow 2.
|
 |
5. Atas (kiri dan kanan) : Selepas bahagian 4 ditekan, ia sepatutnya menjadi seperti dalam rajah 5 dan 6..
6. Bawah (kiri dan kanan) kemudian mengikut di kedudukan arrow 1,2 dan 3 (gambar bawah kiri), ada perlu lipat dibahagian tersebut magi menjadi seperti di rajah8 (gambar bawah kanan).
|
 |
7. Atas (kiri) : kemudia buka semula lipatan, pastikan menjadi seperti di rajah 9 (atas kiri) pastikan ada lipatan seperti yang ditunjukkan pada kedudukkan arrow.
8. Atas (kanan) : terbalikkan kertas (atas ke bawah) seperti di rajah 10 (atas kanan) pastikan ada lipatan di bahagian arrow.
9. Bawah (kiri) : Bahagian yang penting dan menarik untuk dibuat.. Selepas anda terbalikkan kertas seperti di rajah 10, ikut arrow yang diberikan, 1 dan 1 ditolak, 2 dan 2 ditolak.. Anda akan nampak kertas itu dah mula membengkok ke atas..
10 Bawah (kanan) : teruskan seperti di rajah 12, bentuk ros dah mula kelihatan.. Secara kesimpulannya, anda hanya perlu tolak mengikut arrow yang ditunjukkan..
|
 |
11. Atas (kiri) : Selepas langkah ke 10, terbalikkan origami anda seperti rajah 13, pasti jadi macam gambarajah,
12. Atas (kanan) : nampak tak arrow pada gambarajah 14? Langkah ni perlu dibuat dengan gentle, atau lembut sebab ia penting untuk memberi bentuk bunga itu..
13. Bawah (kiri) : terbalikkan semula dan tekan bahagian yang kembung.. Seperti yang ditunjukkan pada gambarajah
14. Bawah (kanan) : dan origami anda (dari bawah) sepatunya menjadi seperti gambarajah 16.
|
 |
15. Atas (kiri kanan) : bentuk origami anda sepatutnya sudah seperti gambarajah 17 dan 18.
16. Bawah (kiri) : bukak origami anda perlahan-lahan mengikut arrow yang ditunjukkan. Jangan bukak semua, sikit je sampai sama seperti gambarajah.. kalau terbuka sepenuhnya, kembali ke step 10.
17. Bawah (kanan) : dari pandangan tepi. Perhatikan arrow 1, anda perlu lipat arrow 1 ke arrow 2..
|
 |
18. Atas (kiri) : jika cara lipatan anda betul, (langkah 17) origami anda sudah sepatutnya sudah seperti di gambar atas kiri, Jika kurang tepat, cuba tengok balik di mana anda lipat..
19. Atas (kanan) Bawah (kiri kanan) : Teruskan lipatan seperti yang ditunjukkan. Langkah ini perlu anda lipat betul betul, sebab origami anda mungkin akan tercabut bahagian daunnya jika salah dilipat.
|
 |
20. Atas (kiri kanan) Bawah (kiri) : Lipatan terakhir (langkah 18 dan 19) untuk mengikat daun. sekarang ikut arrow 1 dan 2.. tolak perlahan-lahan (rujuk gambar atas kiri kanan dan bawah kiri)
21. Bawah (kanan) : Jika cara lipatan anda pada langkah 20 betul, sepatutnya origami anda sudah menunjukkan seperti gambarajah bawah kanan. Kemudian perhatikan bucu pada arrow tersebut.. Lipatkan ia ke dalam untuk menyembunyikannya.. Lipat setiap bucu (di bahagian bawah) yang ada dan pastikan bahagian bawah anda rata
|
 |
22. Atas (kiri kanan) : Seperti diterangkan pada langkah 21.\
23. Bawah (kiri kanan) : Jika langkah anda pada 21 dan 22 betul, origami anda sepatutnya mampu diletakan seperti di gambarajah bawah (kiri) dan sekarang perhatikan pula bucu (pada gambarajah bawah kiri) seperti yang ditunjukkan pada arrow dan lipatkannya. Dan gambarajah bawah kanan adalah hasil origami anda..
|
Siap? Jadi tak? Harap jadi la ye, lagipun ni tutorial 1st aku dan harap korang tak sesat jalan dengan tutorial ni (aku malas nak buat video tutorial sbb nak upload video tu lambat pulak nanti.. habis quota broadband aku kang, huhu).. So lepas ni boleh la buat origami ni then bagi dekat your mom korang, tak pun bagi kat your dad, suruh bagi kat your mom hehe..
Bila masa aku blaja buat benda alah ni? *Aku blaja kat jepun la bai! haha kidding..
Ada suatu kesah menyayat hati disebalik origami ros ni (
sempat bercerita lak), it starts with
uninteresting two weeks in april.. Guess what? aku pernah buat 30 origami ros special for someone, but in return, i got nothing back.. After that event, one thing i learn, "
you may give something but it doesnt confirm you that you will get something in return" so move on, coz there is someone else who will appreciate what you give..
-zuan-
p.s : aku nak tanya girls la, klu sorang laki ni buat origami ros depan-depan korang tuk bagi special for korang kan, korang suka tak? hurm.. klu tak suka, means aku pernah buat big mistake la.. :(