Showing posts with label jalan jalan cari makan. Show all posts
Showing posts with label jalan jalan cari makan. Show all posts

Tuesday, 7 May 2013

#FoodPorn - Meatball Abang Burn

HOlla Peeps,


Meatball Abang Burn

Lokasi: Kedai Burger Bakar Abang Burn (Rujuk di laman FB untuk maklumat Jajahan lokasi)
Harga: RM9.90

Meter Kenyang: 4/5
Meter Pedas Black paper: 2/5
Meter Jilat Lidi: 3/5


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: #foodporn di inspirasikan dari blogger kuat makan, Hazman Fadzil.


click ads to show your support (",)

Friday, 22 February 2013

Benda Alah Ni - Durian Crepe Abang Burn

HOlla Peeps,



And yup, akhirnya aku berjaya merasa benda alah ni.. Rasanya, lain.. Rasanya tidak pernah aku rasa.. Rasanya tak cukup.. Rasanya tak puas.. Aku tak tau apa nak kata, rasanya ia tak mahal, dan rasanya ia tidak murah.. Bak kata umi aku "Lapisan luaran dia tak berapa lembut la.." Ya aku hanya merasa, merasa sesuatu yang dibuat dan dijual business person..

Ia terjadi apabila one of my best buddies ajak pergi makan burger bakar Abang Burn pada petang tadi dekat Pulai Perdana berdekatan dengan Temiang, N9. Kebetulana aku dah dekat 3 minggu mencari benda alah ni, benda alah yang banyak ditunjuk gambarnya di muka buku, di aplikasi instagram dan di laman blog masing-masing. Terliur aku melihatnya walaupun aku tak pernah merasanya sebelum ini (outdated bab makanan). Dan buddy aku ternampak ads Durian Crepe ada di jual di kedai Abang Burn. Dia tunjuk aku dan aku; "WOW! Jom beli" keputusan dibuat tanpa berfikir kerna nafsu makan aku kembali naik kebelakangan ini..




Dan yeah, akhirnya aku berjaya membelinya dan membekunya di dalam peti ais.. Yaaaa aku juga membekunya di dalam laman blog aku, tapi belum di applikasi instagram seperti mereka yang lain telah lakukan yang mana seperti biasa, mengikut trend masa kini yang mereka katakan trendy..

Pada sesiapa yang nak try Durian Crepe keluaran Abang Burn, boleh dapatkannya di jajahan yang terdekat..


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: boleh beli galaxy tab pakai rebate rm200 tak? Dah mula rasakan ia satu keperluan.. 


click ads to show your support (",)

Friday, 25 November 2011

> Tempat Makan Best : Demi Nasi Kandar

HOlla Peeps,


"Arghhhh I WANNA EAT MEAT!!!!"

Macam tu la jeritan batinku (atau lebih tepat jeritan perutku kelaparan) ketika di dalam kelas Digital Electronics petang semalam..


"Apa Puan ajar ni? Tak paham..."

Waktu lapar, kalau ajar 1+1 pun otak aku blank, ni la akibatnya kalau tak lunch, kelas petang confirm tak boleh nak fokus.. Habis kelas je, aku ngan Ame terus ke kedai makan untuk pekena Nasi Kandar kat Restoran Yasmin! Fuhhh Ame je tau perasaan aku time Q nak order nasi tu, 30 minit kitorang beratur semalam! 


"Awat lama sangat?"

Malangnya time kitorang ke Restoran Yasmin, nasi habis!!! Disebabkan lapar dan 'ketagih' dengan 'dadah' yang dimasukkan di dalam nasi kandar tu, aku beratur dan tunggu selama hampir 30 minit kat situ. Pada yang tak tau, Restoran Yasmin ni berkonsep mamak yang baru dibuka di Arau Perlis (Back to Student Life) dan buat masa ni fokus pada Nasi Kandar!  


Jangan main-main dengan kesedapan Nasi Kandar dekat Yasmin ni, orang beratur sebegini panjang nak pekena nasi ni

"Sodap wei~"

Ame berselera makan sampai tak perasan aku snap gambar dia pakai phone murah aku LOL


So pada yang belum pekena Nasi Kandar kat Yasmin ni, mai hit kat Arau (Kalau korang kat Mesir tu, jangan la mengada-ngada nak fly mai sini pulak)! Harga? Murah dan berpatutan! Nasi Extra + Ayam, baru RM5.20 (Air kosong sudah dah la kan?).. 

Tapi memang serius sedap la Nasi Kandar dia, aku lepas ni tak perlu ke Penang kalau nak pekena nasi kandar, sebab ia sudah ada di Arau.. 


Ops, blogger Sara kata dia ada ternampak aku tengah hari tu (time tu aku lepak minum je, tak makan) tapi, 

"awat hang tak tegur den? Nextime kalau terjumpa aku, tegur-tegur la ye, aku tak makan orang hehe"



-zuan-
p.s : malam ni aku ada dinner dengan Bits bertemakan "Smart and Elegance" so gua kena dress mcm James Bond la huhu.. Tak dapat nak online sangat malam dan petang ni, so happy Friday peeps (",) 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...