Showing posts with label arau. Show all posts
Showing posts with label arau. Show all posts

Friday, 25 November 2011

> Tempat Makan Best : Demi Nasi Kandar

HOlla Peeps,


"Arghhhh I WANNA EAT MEAT!!!!"

Macam tu la jeritan batinku (atau lebih tepat jeritan perutku kelaparan) ketika di dalam kelas Digital Electronics petang semalam..


"Apa Puan ajar ni? Tak paham..."

Waktu lapar, kalau ajar 1+1 pun otak aku blank, ni la akibatnya kalau tak lunch, kelas petang confirm tak boleh nak fokus.. Habis kelas je, aku ngan Ame terus ke kedai makan untuk pekena Nasi Kandar kat Restoran Yasmin! Fuhhh Ame je tau perasaan aku time Q nak order nasi tu, 30 minit kitorang beratur semalam! 


"Awat lama sangat?"

Malangnya time kitorang ke Restoran Yasmin, nasi habis!!! Disebabkan lapar dan 'ketagih' dengan 'dadah' yang dimasukkan di dalam nasi kandar tu, aku beratur dan tunggu selama hampir 30 minit kat situ. Pada yang tak tau, Restoran Yasmin ni berkonsep mamak yang baru dibuka di Arau Perlis (Back to Student Life) dan buat masa ni fokus pada Nasi Kandar!  


Jangan main-main dengan kesedapan Nasi Kandar dekat Yasmin ni, orang beratur sebegini panjang nak pekena nasi ni

"Sodap wei~"

Ame berselera makan sampai tak perasan aku snap gambar dia pakai phone murah aku LOL


So pada yang belum pekena Nasi Kandar kat Yasmin ni, mai hit kat Arau (Kalau korang kat Mesir tu, jangan la mengada-ngada nak fly mai sini pulak)! Harga? Murah dan berpatutan! Nasi Extra + Ayam, baru RM5.20 (Air kosong sudah dah la kan?).. 

Tapi memang serius sedap la Nasi Kandar dia, aku lepas ni tak perlu ke Penang kalau nak pekena nasi kandar, sebab ia sudah ada di Arau.. 


Ops, blogger Sara kata dia ada ternampak aku tengah hari tu (time tu aku lepak minum je, tak makan) tapi, 

"awat hang tak tegur den? Nextime kalau terjumpa aku, tegur-tegur la ye, aku tak makan orang hehe"



-zuan-
p.s : malam ni aku ada dinner dengan Bits bertemakan "Smart and Elegance" so gua kena dress mcm James Bond la huhu.. Tak dapat nak online sangat malam dan petang ni, so happy Friday peeps (",) 

Sunday, 11 September 2011

> Bye Seremban! Hello Arau

HOlla Peeps,

my hometown, seremban..

Entry yang membuatkan aku tak senang duduk.. Aku mengarang dari hari khamis lepas entry ni.. Menulis detik-detik bye-bye aku kat my hometown! (bajet fly ke india dan tak kembali!


I'M HOMESICK!!!


Hari-hari last kat smban, aku betul-betul manfaatkan baki cuti aku! Beraya ke rumah my bro's (geng senawang fc)! Hanging out ngan diorng smpai tak kenal dunia! Karok sampai suara jadi suara katak (aku rasa aku tau punca ribut taufan kat seremban aritu)! lepak KL! Merayap mencari kasut (kasut aku dah berlambak rasanya ~_~) tapi tak jumpa pun sebenarnya, last-last kat hometown aku gak jumpa apa yang aku nak, sampai hati aku berkata "segalanya aku leh dapat kat sini!"

arau...
Sampai je perlis, famili aku soh tunjuk jalan ke padang besar, "hmmm shopping la tu.." brjam-jam gak la layan kerenah abah, umi, adik-adik aku shopping kat sini.. 1st thing diorng carik, jersi la, apa lagi..haha then baru la carik baju-baju dan perhiasan rumah serta cendera hati tuk kawan-kawan diorang..


Kay, ni je la cerita aku tuk harini nie.. chao~

-zuan-
p.s : malas nak kemas rumah! 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...