*PERHATIAN,
Ini adalah special entry yang mana aku dan Fifi Sazali telah make a deal untuk menulis entry dengan topik yang sama pada masa yang sama. Boleh kata ia adalah Entry Challenge..*
20:00
"Mana Awie ni?" kata Lisa
"OTW la tu, jauh aku datang, dia lambat pulak" kata Najib.
"Waduhh waduhh.. lambat bangat ya dia" kata Wulan pula.
20:15
*Najib sending text "Mana lu ni awie? Show dah nak start!".
*Awie Reply "5 minit lagi, bini gua drive slow la Jib, lek tu.. "
20:30
Masing-masing dah mula tarik muka menunggu Awie sampai.
Wulan call Awie "Mu di mana sih? Begitu lambat bangat.. sudah berpeluk ketiak menunggu mu tiba.."
"Jangan nak poyo sangat, aku memang selalu datang lambat, janji Melayu memang begini" kata Awie.
20:59
"Taraaaaa! kan on time tu! hehehehehe" Awie tiba dengan senyuman kegembiraan cuba mengubati muka masam di sahabatnya.
"Janji pukul 8! Tak on tima la kau ni..." kata Lisa.
(Watak, dialog dan plot hanya rekaan semata-mata untuk isi entry ini)
Dan..... Apa terjadi seterusnya? Tunggu aku jadi direktor filem tuk ceritakan lebih lagi..
‘Dan tunai olehmu akan janji sesungguhnya janji itu sesuatu tanggungjawab’ (Surah Al-Esw: 34) (sumber)
Agama kita iaitu Islam juga melarang supaya tidak memungkari janji dengan berpegang pada janji.. Kita hendaklah mencuba sedaya upaya untuk menunaikan janji jika kita dah berjanji supaya kita tidak tergolong di dalam golongan orang munafik;
‘Tanda orang munafik itu ada tiga perkara apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia mungkiri janji dan apabila dia diamanahkan dia mengkhianati’. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Astaghfirullah, semoga kita tak tergolong dalam golongan tersebut.. Jadi sebelum membuat janji, hendaklah fikir akan kemampuan kita untuk tepatinya. Jangan sebab tak tepati janji, kita hilang kepercayaan, kita hilang kawan..
Secara etika-nya pula, jika Awie tak dapat make it in time, dia sepatutnya call or mesej sahabat yang ingin ditemuinya mengenai kesulitan yang dialami Awie dalam perjalanan bertemu sahabatnya supaya tak timbul pula isu, melayu tepati janji, tak tepati masa, dan tak ada la sahabat yang bermasam muka..
Apa tips untuk tepati janji atau on time? Secara mudahya ada;
- Berdoa supaya tiada kesulitan pada hari yang dijanjikan
- Set reminder di phone/calendar/buku nota.
- Keep remind dalam kepala.
- Mintak someone tolong remind.
- Make sure tiada masalah pada hari yang dijanjikan, dan bersiap awal supaya boleh tiba awal.
Dan banyak lagi cara tuk tepati masa.. Semoga kita menjadi individu yang dibercayai dan boleh menepai janji InShaaAllah..
Till then, Adiós peeps ;)
-zuan-
p.s: sometime, bila kita baca komen di blog, vlog or apa-apa sahaja di laman social, begitu banyak komen berbentuk sindiran, cacian, dan jenaka yang dilontarkan.. adakah mereka benar-benar bermaksud dengan apa yang mereka taipkan? tak ke dorang fikir perasaan mereka yang menerima cacian tersebut? Is joke something positively accepted by all people? Think twice before you make a fun on anyone..
click ads to show your support (",)





