Normal la pada seseorang pelajar tu untuk tetiba vanish dari dunia maya disebabkan ke-busy-an melanda diri. Tapi jangan salah faham yang pelajar itu sibuk belajar (terutama aku yang pemalas membaca ni) kerna dia mungkin hilang dicolek alien!
Progress final year projek aku semakin nampak jelas. Proses siapkan proposal dah 90%, dan bulan 6 ni dah nak kena present proposal before aku kena start developing. Ingat lagi pool yang pernah aku buat bulan lepas? Projek aku ada kaitan dengan Jawi. Yups membina aplikasi mengajar membaca tulisan Jawi berbentuk interaktif (menggunakan konsep fonik) kepada murid praskolah. Satu projek amal boleh dikatakan, kerana membantu mengelakkan jawi dari pupus ditelan zaman.
![]() |
Jangan biarkan mereka senyum kerana tidak tahu menulis Jawi.. |
Jika kita lihat, akhbar-akhbar semakin kurang dalam penulisan jawi, semuanya rumi. Internasionale la kononnya? Tapi tak boleh la biarkan tulisan jawi ni pupus begitu sahaja, dan diharapkan ia digunakan dengan meluas suatu masa nanti seperti zaman kesultanan Melayu melaka dulu. Kita tengok negara maju di Asia seperti Jepun dan Korea, mereka masih menggunakan tulisan Kanji dan Hanja dalam penulisan mereka. Kenapa kita tak teruskan menggunakan Jawi dalam penulisan kita seperti mereka?
Thanks to both of my supervisor, mereka mencadangkan aku develope satu applikasi untuk mengajar membaca jawi, which is what i like, pendidikkan. Hope that one day, aku kembali dalam dunia pendidikkan :)
Jom layan lirik lagu Awie, Alif Ba Ta Duniaku (video ada kat bawah)..
Pabila ku rindu
Hiaskan diriku
Ku melawan cintaku
Pabila ku jemu
Pejamkan mataku
Ku masuk ke alam khayalku
Alif,ba,ta duniaku
Siapa yang tahu
Apakah di dadaku ini
Ku, ku, I, I, I
Hanya ku seorang
Yang tahu pergolakan
Mindaku
Kau, kau, you, you, you
tak mungkin boleh tahu
selagi ku tak cerita
Hentikanlah
Marah, marah
Dunia
Takkan berubah
Dengan amok
Dan amarahmu itu
Sedarlah
Kawanku
Aa, aa, ih, ih, uu, uu,
Tak depan, bawah, atas
tiga cara saja
Membacanya
Oh, oh
Jangan ternganga
Uh... uh...
sedihnya
Kalau kau masih
Belum belajar ( 3X )
Kawanku
Cintaku
Cintamu
Cinta
Cinta kita satu/sama
Hidup ini
Akan mudah
Kalau mimpi
Kita sama
Janganlah biar Jawi pupus ditelan zaman..
-zuan-
p.s : penat main futsal dan badminton semalam.. huhu ni la akibatnya dah lama tak bersukan, stamina pun dah tak ada..